About Me

October 20, 2015 0 Comments A+ a-


Bismillahirrahmanirrahim .. Assalamualaikum andd yeoboseyo .. TerimaKasih sebab nak tahu tentang saya .. Ini Zon untuk orang-2 Comel sahaja . hahaha (Tak, tipu jangan caye)
Nama Awak Siapa ?? 
Sepertimana yang anda tahu . Nama yang telah diberikan oleh Ibu bapa saya kepada saya pada 5 March ialah Nur Aljawahir Binti Kamashah. Emak kata Emak beri nama Nur Aljawahir sebab Masa dulu , kawan emak yang bernama Nur Aljawahir adalah seorang guru , sopan santun , baik , suara lemah lembut dan penyayang. jadi Emak mengharapkan saya sebegitu. Tapi saya ? Hahaha

And, Kalau nak panggil, boleh panggil Alja, Ja, adik, achu and memana nama yang sedap. Nak panggil nama panjang siap berbinti pun boleh. hahaha

Just Nak Share - Ayah dah meninggal since Form 1, bulan 10 . Al-Fatihah
Dimana Sekolah awak ?? 
okey , Oleh kerana dah habis sekolah . Manalah tahu ada kawan-2 lama nak cari saya ke kan? :p perasan. haha
  • 5-6 tahun "Sekolah Tadika Othmaniah"
  • 7-12 tahun " Sekolah rendah Kebangsaan Bandar Tun Razak (1)"
  • 13-17 Tahun "Sekolah menengah Kebangsaan bandar Tun Razak"
  • 18 Tahun "Penganggur sementara" hahaha
  • 18 Tahun "Form 6 SMK Seri Permaisuri"
  • 18 Tahun "21 September Berhenti STPM"
  • 18-21Tahun "24 Novermber Ke PSAS (Politeknik Sulta Azlan Shah, Perak)"
Motif Berblogger?
Sebenarnya pada awal berblogger iaitu pada pertengahan bulan oktober 2009. Actually untuk suka-suka. Update itu ini and time itu kanak-2 tak dewasa lagi, update merepek, tulisan pun awuk, chaye,nucx, npew, tulisan bebetulah mcm alien! 

Mesti ada hururf 'W' kat belakang. Cikgu tak bertauliah manalah ajar. haha serius, tapi hampir separuh dah delete sebab rasa annoying tgk post tuh. hahaha T_T kalau jumpa post gini dlm blog, mohon lah bgtau. maybe terlepas pandang. haha T_T

nampak kan? sangat tak bermotif. berblog ni pun sebab suka-suka. Tengok Kakak Alja update blog dia, ada widget-2 jam lah apa lah. so suruh kakak buatkan satu untuk Alja. sampaikan URL pun tak faham lagi masa tuh. "ha url? mana satu url?" sampai mcm tuh sekali T_T

So, tak berputus asa, biasalah memula lagi berblogger, itu tak tahu, ini tak tahu. Bertekad, edit itu ini, tiru tutorial itu ini. try buat tutorial sendiri. edit gambar PNG buat sebagai freebies, edit Header untuk Freebies. memacam lagi, hanya menggunakan Photoscape! sebab Alja totally tak reti guna Photoshop, dah try banyak kali, tetap tak dpt buat. sedihnya T_T

and yeah, First blog Alja blogwalking, blog Kak Lyssa! sebab banyak guna tutorials dari blog kak lyssa. So start dari situ, Kaji punya kaji, Join giveaway, segmen, contest dari blogger-2 terkenal and power barulah faham apa itu BLOGGER. Blog-2 otai lain Alja follow masa memula Blog Abg Ben Ashaari , Kak Uzu (Emas putih) dan lain-lain. Nanti kita buat senarai panjang untuk blogger-2 Otai! hehe

Bila dah tahu sikit-2, tgk blogger-2 otai update. So belajar dari situ, Apa yang blog Alja edit, Alja share (tapi tak semua, sebab tak pnh terfikir langsung) , movie apa yang Alja tgk Alja share, Alja bercuti dimana, Alja share (tapi tak semua), Makanan sedap-2 or services dia baik or tak baik pun Alja share and supplement Alja makan, Alja share.

Apa semua yang Alja buat, Alja Share lah. ha gittew senang citer nya. hahaha tapi tak semua. sebab masalah utamanya ialah Internet T_T So banyak kali jugalah terabai blog Cahaya Permata ni. Masalah internet, PMR, SPM, IPT, Exam. Kengkangan masa sangat.

And, Maybe akan dijadikan juga blog ni as pendapatan sampingan. memang tak asing lagi blogger dan pendapatan sampingan. Edit blogger, buat doodle, apa yang ditempah semua menjadi pendapatan sampingan. cuma yang ni, Alja nak menjual produk yang Alja pakai sendiri and bukan brand nama Alja lah. Cuma yang Alja terfikir nak jual ni, nama dia popular juga, cuma Alja guna. Sebab bagus and nampak kebaikkannya, so Alja nak share sekali disamping menjual.

cuma yelah, dalam hidup as menjadi blogger (tak diiktiraf pun) tak pernah sekali dpt pergi event-2 yang dianjurkn blogger-2, macam Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) , Hai blogger! (sekarang dah tukar nama tau!) and Team Blogger Area (TBA) setakat ni dikalangan yang Alja lihat di Timeline Facebook, ni sahaja lah.

sebab segan nak tegur, join event-2 ni. Dorang gempak sangat, kita ni semut je. Lelagi Alja ni tak reti drive. semua mengharapkan public transport. so segan sgt nak join event-2 dorang buat. Kekadang rasa rugi sebab dorang dapat banyak timba ilmu. kita? ha terkapai-2 kelemasan dekat rumah. hahaha

So akhirnya, Motif berblogger ni hanyalah motif Sharing pasal diri sendiri, apa yang dibuat, penjagaan dan sebagainya. Yang boleh dibuat sebagai panduan dekat orang luar sana. InsyaAllah, harap sangat Blog ini dapat membantu orang diluar sana. Hope Enjoy baca Blog Alja (itupun kalau ada) hehe Tq! :)




Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤