Selamat Hari Lebaran 2012

August 19, 2012 0 Comments A+ a-

Photobucket
Berlalulah sudah Ramadhan , Sebulan berpuasa 
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
anak muda dirantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Assalamualaikum andd yeoboseyo . bestnya dengar lagu raya .. wahhh alhamdullilah sudah sebulan kita berpuasa . macam tak sangka kan ? terlalu cepat masa berlalu . macam pepatah mengatakan Masa itu emas , Hargailah ia dengan sebaik mungkin . haaa Sebulan puasa nh kita manfaatkan betul-2 tak ? alja harap Kita manfaatkan ia dengan sebaik mungkin .
"Sia-sialah dan rugilah sesiapa yang melalui ramadhan tetapi tidak diampunkan dosa ke atasnya"
Pagi tadi Kita LAST bersahur , Hari ini kita LAST berpuasa , manghrib ini kita LAST beriftar dan Hari ini Kita Last Terawih . alja harap Kita dapat peluang sebegini lagi dan alja harap ramadhan ini bukan yang LAST utuk kita . Hmm masih adakah peluang sebegini lagi pada Ramadhan yang akan datang ? Walaupun Berat untuk melepaskan ia pergi tetapi Kita terpaksa melepaskan ianya jgk . Ramadhan bakal menutup tirainya dan Syawal bakal menjelma .
Syawal merupakan satu kemenangan buat umat islam
Sahabatkku , Syaitan Laknatullah akan dibebaskan bila menjelangnya syawal . Syaitan tak sabar untuk bebas demi meneruskan usaha mereka untuk memusnahkan anak cucu adam . Sahabatku , syaitan telah berjanji akan memusnahkan anak cucu adam . Kita Happy dibulan syawal biarlah berpada , jangan melebih-2 jangan membazir kerana bila kita happy dengan membuat pembaziran yang kita tak sedar seperti kita tengah happy syaitan akan dibebaskan . nauzubillah . Syaitan tengah Ketawa terbahak-2 kita taktahu . 
Taqabballahu minna waminkum Salam aidilfitri
Tadi masa Takbir Raya , alja tetiba teringat dekat arwah ayah . hmm rindu dekat ayah tetiba , rasa sebakk sangat . hmm Kita didunia bersorak gembira bila raya tiba tapi tidak pulak org yg berada didalam kubur . mereka akan menagis kerana seksa mereka akan diteruskan kembali . yaallah sedihnya . semoga roh muslim dan muslimat berada dikalangan org yang beriman . ameenn . al-Fatihah
ehh tuh cerita sedihh , kita yang masih hidup nh teruskan . so korang raya nh baju berapa pasang ? kuih raya buat ke tunjuk-2 ? balik kampung mana ? haha bila tulis macam nh teringat bila kita hantar kad raya dekat orang mesti kita tulis mcm tuh . lagi-2 masa sekolah rendah . ayat sama jee . haha 
So dikesempatan ini , alja ingin memohon maaf kepada semua orang dan sesiapa yg alja ada terkecik kan hati ke , tersalah kata , terpukul , tersepak , kekadang hati kita salah prasangka , kekadang termarah tanpa sebab .. oleh itu sempena dibulan syawal yang mulia ini , alja mohon maaf kepada korang . Kepada Sahabat Facebook alja , Twitter alja andd terutamanya kepada Followers andd Blogwalking alja . alja sayang korang sahabat :)

balik kampung , pandu hati-2 . ingat orang tersayang . jangan minum minuman keras . kereta tuh servis dulu . pastikan rehat yang secukupnya . jangan sesekali langgar lampu trafik supaya perjalanan kita berjalan dengan lancar dan selamat . insyallah :)

Kesalahan berhari Raya
  • Bermegah-2 dengan persiapan raya yang melampau dan pembaziran berleluasa
  • Beria-ia solat sunat hari raya tetapi tidak solat subuh dan zuhur
  • Bersalaman dantara lelaki dengan wanita ajnabi
  • makan berlebihan
  • mintak maaf bermusim hanya pada hari raya sahaja
  • Tabarruj (melampau dalam berhias) bagi wanita
  • Tidak mengutamakan ziarah menziarahi
  • Terlupa untuk berpuasa Enam dalam bulan syawal . Dalam islam raya aidilFitri hanyalah sehari so kita bolehlah berpuasa Enam itu . 

alja harap Kita bukan dari Golongan-2 yang diatas tuh . Insyallah . So Semoga Raya korang happy andd gembira sentiasa . Taqabballahu minna waminkum Salam aidilfitri (semoga allah menerima amalan kita) okey Takecare korang assalamualaikum bye :)

Saja nak tempek muka tak berapa comel dgn pasangan yang comel nh . haha
Salam aidilFitri Korang . tapi kalau alja , alja taknak wish salam aidilFitri . alja nak wish SAYA NAK DUIT RAYA !! haha