Giveaway untuk Bloggers

December 25, 2014 5 Comments A+ a-

[ Klik Banner untuk Join tau tau ]

Assalamualaikum dan Hai semua. Memandangkan Alja dah lama tak join giveaway, Alja nak join giveaway Kali pertama untuk tahun ini (rasanyalah) haha atas faktor faktor busy belajar (urgh alasan sangat) okey okey jangan lari, teruskan pembacaan anda atau terus saja klik banner itu, okey? :D

Tarikh Bermula 23-12-2014 SEHINGGA 28-12-2014 (11.59pm)
Tarikh Umumkan pemenang 30-12-2014 (Guna Random.org , MUKTAMAD!)

Follow Blog Empat (4) Orang sponsor (Sikit je kan? Tapi Cubalah tgk hadiahnya, GEMPAK!) 

Hadiah pertama
Telekung dan Mini Tasbih x 1 orang

Hadiah kedua
Custom made clock lokal produk x 1 orang 
Custom Made Clock-WORLD FLY WHITE (Jam Dinding) yang bernilai RM 75.00 termasuk penghantaran, sumbangan dari pop clock Inc. untuk view Custom made lokal produk tekan SINI

Hadiah ketiga
Topup tambah nilai prabayar RM 10.00 x 3 orang

Hadiah ke Empat
2 Pcs SHISEIDO FACE MASK ( pencerahan wajah dan pemutihan) x 3 Orang

Hadiah kelima 
Wang Tunai bernilai RM 70.00 x 1orang

Hadiah Keenam
Wang Tunai RM 20.00 x 1orang

Hadiah Ketujuh 
Wang Tunai RM 10.00 x 1orang

So apa lagi? Hadiah Gempak! Kalau Rezeki Alja atau awak semua dekat situ, Adalah :) Jika terpilih sebagai pemenang , ucapkan Alhamdulillah. Jika tak terpilih, jangan sedih sebab rezeki kita ada cuma dekat tempat lain. Fikir positif okey sayang, apapun selamat ber-Giveaway semua :D

USRAH: Sungguh, dalam diri Kita masih ada Sifat Tidak Bersyukur dan Tidak Berpuas Hati

December 24, 2014 4 Comments A+ a-


Assalamualaikum Hai semua. Malam ni Alja nak kongsi satu entry berkaitan dgn diri kita semua. Tentang Apa? Bersyukur? Ye, Bersyukur.

Bersyukur dengan diri kita tidak asing lagi bukan? Terkadang, apa yang kita dapat, kita terima, selalu saja akan terdetik dalam diri tak puas hati. contoh,
  • Ini je dia bagi? 
  • Asal dia bagi sikit sangat! Harap je rumah besar, ada pangkat. Tapi Kedekut.
  • Eleh, benda ni pun aku boleh beli lah.
  • barang ni mcm kat kedai daiso je, RM5 je agaknyaaaa.. Murah gila!
  • Dan lain-2, sila nyatakan .... 
Bukan awak, awak, awak kat mana awak awak kat mana.... okey okey jangan padam entry ni. 

Terkadang hati kita terdetik dgn ayat-2 kat atas kan? Kenapa pulak hang kata gitu? Sebab Alja pun buat. Well, kita manusia, buat silap tapi cepat-2 lah mintak maaf and pebetulkan kesilapan kita ye! Jangan kata "biasalah Manusia, buat silap. macam kau tak pernah buat silap je!" Jangan lah dok kata gitu, takkan lah awak nak buat silap forever sebagai alasan "Biasalah Manusia" 


Sabda Rasulullullah s.a.w;
من لم يشكر القليل لم يشكر الكثير ومن لم يشكر الناس لم يشكر الله التحدث بنعمة الله شكر وتركها كفر
Maksudnya; Sesiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, ia tidak akan bersyukur dengan yang banyak, sesiapa yang tidak bersyukur sesama manusia, ia tidak bersyukur dengan Allah swt,Menceritakan nikmat Allah adalah bersyukur dan meninggalkannya adalak kekufuran.
Walaupun apa sahaja yang kita dapat, sekecil hama pun, bersyukurlah. tapi susahkan? samalah! Jadi, apa kata, kalau kita terdetik sahaja rasa tak bersyukur tuh, kita pandang sekeliling and cakap, 
  • Orang lain mungkin tak akan dapat apa yang aku dapat
  • Masih ada org lain yang lebih susah dari aku
  • Org lain dapat ke mcm aku dapat? kenapa susah sgt aku bersyukur? Allah.. 
  • dan lain-lain, sila Nyatakan ....
Sahabat yang Alja sayang, tahukah kamu bahawa Semakin banyak Kita bersyukur. Semakin banyak Kita menerima tau. Tak percaya? Cubalah. InsyaAllah :D

"Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada, tetapi jangan lupa yang telah ada"- DrMaza

Ada Facebook? Cubalah lihat. Ada artikel-2 , post-2 mengenai
  • suami mengadu isteri begitu begini, Isteri mengadu Suami bergitu begini 
  • Anak mengadu ibu bapa tak belikan HP lah, tak belikan apa yang kawan-2 ada
  • Kawan kata kita mcm itu ini
  • dan lain-2. Sila Nyatakan ....
pernah tak korg baca artikel tentang suami yang mengadu tentang isterinya. Artikel tuh sangat popular satu ketika dulu (macam dah lama sgt pulak!) jika tahu, ulas sendirilah :)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab." (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

Tentang si anak yang paksa-2 ibu bapanya belikan handphone sebab ikut trend, kawan-2 kata tak up-to-date. So what? Hidup dgn cara sendiri, jangan ikut org lain. Paksa-2 ibu bapa, pernah terfikir tak ibu bapa kita banyak berhabis duit beli barang-2 sekolah kita, ye, mmg beli barang-2 sekolah itu tanggungjawab mereka (ibu bapa) tapi kalau beli Handphone itu rasanya bukan Keperluan, tapi KEHENDAK

Kehendak ini kita boleh Holdkan right? lagi-2 GST dah ada nh, lagi banyak duit nak digunakan. Kau asal kata begitu? dah ada pengalaman jd ibu ke? No! tapi ini adalah pengalaman sendiri, lagi-2 dah jadi pelajar IPT duit lagi guna banyak, akibat tak nak susah kan Emak Alja, Alja cuba cari alternatf lain seperti menjual online, mencaru duit dengan membuat tempahan edit blog dan lain-2. Sila Nyatakan (eh!) hahaha

B5gcPIhCAAILVvi

lagi satu, kalau siapa yang ada online shop, mungkin akan ada pelanggan yang seperti dekat atas tuh. pernah tak? Alja pernah, tapi bukan mcm atas lah. 

Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. - (Surah Gafir 40:61)

Kita ini suka sangat banding-bandingkan diri kita dgn org lain (macam Alja). Kita selalu je kata ,
  • Dia comel lah, cantik lah, hensemlah kenapa aku tak mcm dorg? 
  • Dia pandai, kenapa dia boleh? kenapa aku bodoh sgt? hmm aku sgt tak berguna
  • Dia ni serba boleh, aku serba tak boleh
  • dan lain-2. Sila Nyatakan .....
Allah dah banyak kali ingatkan dalam Al-Quran tentang BERSYUKUR ini. Tapi kita sering lalai dan alpa. Sebenarnya, diri kita adalah apa yang kita buat dalam kehidupan seharian. Jika dalam hidup kita hampir 80% fikir tentang negatif, benda semua yang kita buat semua akan jadi serba tak kena. Jika dalam hidup kita hampir 80% fikir benda-2 baik, Kita akan buat semua dgn mudah dan insyaAllah berakhir dgn Kerjayaan. Percaya dan cubalah! :)

kenapa kita sentiasa mendongak ke atas, sedangkan dibawah kita tak habis lihat lagi? Kenapa saat kita susah, kita kata Allah tidak Adil? Kenapa saat kita susah, baru kita tersedar kita ada Allah? Kenapa saat kita senang, kita mudah lupa pada Allah? Kenapa kita selalu saja minta itu ini tanpa berusaha? kenapa kita selalu saja mengadu? susah sangat ke kita untuk bersyukur? Jawapannya ada didalam diri sendiri. Terapi diri kita sendiri. lihatpada diri kita sendiri. 


Tanda kita bersyukur diatas nikmat rezeki  yang dikurniakan Allah SWT ialah, Kita laksanakan zakat, sedekah dan amal jariah. Tanda kita bersyukur diatas nikmat kesihatan tubuh badan dan akal fikiran kita melaksanakan ibadah dan amalan soleh dan sentiasa mentaati Allah dan Rasul-Nya. Dan tanda kita bersyukur diatas nikmat ilmu pengetahuan yang kita peroleh adalah kita pergunakan ia untuk menegakkan Islam dan melaksanakan peraturan hidup yang diturunkan Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya. Ilmu yang kita dapat perlulah di amalkan dan disebarkan kepada orang lain, bukan terperap didada dan kedekut! Ilmu yang baik, patut dikongsi. betul? :)

Lihat pada apa yang ada, barulah kita BERSYUKUR. Jangan dikenang apa yang tiada, nanti kita KUFUR. - ILuvIslamDotCom

Buka mata, lihatlah sekeliling dan ucapkan lah Syukur Alhamdulillah :) Marilah sama-sama kita berusaha bersungguh-sungguh supaya kita semua termasuk di dalam golongan mereka yang bersyukur dan sabar yang dirahmati dan diredai oleh Allah SWT. Jika kita memiliki dua ciri-ciri tersebut yang dinyatakan di atas maka kita akan terpilih menjadi golongan tersebut. Tetapi jika kita berburuk sangka dengan Allah SWT, sentiasa mempersoalkan qada dan qadar dan asyik sahaja mengeluh akan ujian dan dugaan daripada Allah SWT maka kita akan menjadi golongan yang dimurkai oleh Allah SWT dan akan mendapat azab dan seksaan daripada-Nya. Minta dijauhkan :'(

Semoga kita bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh Allah yang tidak terhitung banyaknya. Semoga dijauhkan juga akan sifat sebegini, InsyaAllah, Allahumma Aamiin. 

Yang baik datangnya dari ALLAH, yang buruk itu datang dari Kesilapan Alja sendiri, Asif jika ada yang terasa hati and mungkin ada tersalah kata. Jika ada pandangan boleh kongsikan di comment bawah ini :D dan Jika ingin berkongsi secara privasi boleh Email Alja :) InsyaAllah. Kita sama-2 muhasabahkan diri kita.


Kembali mengasah dan menambah ketajaman pisau

December 23, 2014 3 Comments A+ a-



Assalamualaikum and Hai Korang !

yes im back. back to where? back to here! Sejak dah start study, blog makin terabai. wuuuu mesti dia sedih T_T owner dia lagi bertambah-2 sedih sbb update melalui phone jeeeee andddd makin update merapu yang tak berfaedah! ish ish ish. melalaikan.

So now, insyaAllah akan start fokus pada blog yang terabai. Guna domain, bayar je domain lebih, bayar je hosting lebih tapi taknak majukan blog sndiri. haha sedih alja nh sedih!
Hahaha tajuk bikin panasssssssssssss. Kembali mengasah dan menambah ketajaman pisau? yela, dalam dunia blog nh, kita perlu, yes KITA PERLU dan DAPAT mengasahkan lagi bakat kita dalam penulisan malah dapat menajamkan lagi idea-2 untuk berblog. percayalah! 

ketahuilah, Masa Exam, Otak kita akan ligat nak tulis macam-2, padahal atas paper je. tapi kita bayangkan mcm kita tgh berblog, habis dicurahkan segala idea, segala pendapat segala bacaan. hahaha kenapa pulak? sebab Alja yang buat mcm tuh! haha ke ada org lain juga mcm tuh? yeh kita geng! hahaha


Dulu dulu (kemain dulu dulu, mcm lama sgt 'dulunya') hahaha blog inilah yang banyak berjasa. Sehari income boleh cecah RM60-100++ . Time menjadi pelajar and skrg pun tgh menjadi pelajar IPT, jd mmg sgt dan teramat sgt perlukan duit. Nak beli itu kena duit, beli ini duit. sampai kena ikat perut sbb kalau nak call emak tak sampai hati T_T wuuuuuuu sedihnyaaaa. 

Lepastuh terus lupa pasal blog sbb dah busy sgt dgn study. takut terlalai, pendam jeeee hasrat nak edit blog, sampai ada yang tanya "still edit blog?" "Nak tempah lagi boleh?" mmg affordable price untuk blog yang Alja edit. tapi skrg, Alja nak fokus pada blog je and holdkan dulu untuk tempahan mengedit. maaf Maaf !!

satu je nak pesan, kita bila berblog, biarlah kita update yang memberi faedah kepada kita dan org lain bila membaca. Pahala pun dapat. Jika ilmu tuh berguna, and ilmu tuh disebarkan, Allahu, pahala kita dapat kawan kawan. Jadi jangan jadikan blog kita tempat 'Gosip' . Apa pun, Majukan Blogger untuk Masa Hadapan. hehehe Serious Berblogging ini best !! :D

Jadi, InsyaAllah, Mulai sekarang, inilah Dunia-Ku !!! Ayuh teruskan dunia berblogging ini ! :D