Malas nak keluar? Tapi Lapar? Nak rasa hidangan Raya? Jom ke Shogun2u

June 22, 2016 10 Comments A+ a-

Assalamualaikum hi semua. Minggu terakhir puasa, Alja beli makanan di Shogun2u sebab Alja diberi kredit percuma untuk membeli barangan di shogun2u. First time dengar tentang ni. Korang prnah dengar pasal ni?

Shogun2u ni merupakan satu laman web makanan, sama juga macam pizza hut, dominos. Tapi Shogun2u ni hidangkan pelbagai makanan seperti Korea, jepun, Chinese, kids, dan juga ada juadah Raya tau. Agak-2 jenis malas nak masak untuk raya, tak sempat nak masak untuk raya, boleh lah singgah shogun2u ni sebb kuih raya pun ada. Almond London dia macam mengancam je. Hihi.

Masa Alja beli ni ada promosi Buy 2 free 1 untuk hidangan Raya. Jadi bila dah dapat kredit percuma ni, Alja pun order ler Japanese Nasi Briyani Ayam percik (get 1 free) dan marmite chicken. Semua makanan Alja order berset kecuali marmite chicken. So bila berset ada sekali air tebu dan kek black forest.
Japaneese Nasi briyani ayam percik sangat sedap, teringat sampai sekarang. Yang ni boleh order buat hidangan raya nanti. Mudah sangat. Tak payah penat berkunfu dekat dapur. Pergi je laman web shogun2u dan order. Mudahkan?
Dan lagi satu Alja makan Marmite Chicken pulak mmg sedap. Ayamnya rasa kicap masam manis, dihidangkan sekali dengan nasi, nasi dia padat macam makan makanan korea, jepun gittew. Air tebu pun not bad. Cuma Alja tak suka air tebu hitam, jadi Alja rasa boleh lah rasa air tuh dan yeah, kek black forest, Kek pun sedap.
Yang bestnya, dia hantar masa pepanas tau. So masa pepanas tuh boleh terus ngap dan masa penghantaran pun lebih awal dari masa yang Alja setkan. Ya ampun rasa nak order lagi T_T hihi eh Korang nak juga? Boleh ke laman web Shogun2u tau ^^

Merasaikan keenakan makanan ala ala Arab yang membuatkan anda berpuas hati di D’Arab Station

June 21, 2016 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum hi semua. Apa macam puasa di 10 Ramadhon? Dah terkandas? Oups! Hahaha Semoga kita dipanjangkan umur dapat berpuasa di bulan mulia ni ye. InsyaAllah Aamiin.

Hari Isnin lepas ada Food review di D’Arab Station, Alam Damai. Siapa pernah pergi? Ura ura kedai ni popular tau. Bila baca review di Facebook dari pelanggan-pelanggan yang pernah datang, katanya enak? Emm betul ke enak? Enak sangat ke? MEMANG TAK DINAFIKAN! Sangat Enak tau. Memang selayaknya ramai pelanggan memberikan feedbacks yang baik. Layanan pun tiptop.

Tempoh hari, kami disajikan dengan setalam Set Combo 6 yang boleh dimakan untuk 5 orang. Iaitu Set Nasi Arab Honey Lamb & Chicken. Kambing golek, roti John serta D’Arab Falafel. See? Semua makanan Ala ala berada di padang pasir tumpuk tumpuk unta. Haha Kami makan seramai 6 orang untuk combo 6 pun tak terhabis. Fuhhhh..
Roti John Yummy tgh masak :D

Kenyang ya ampun. Alhamdulillah, Terimakasih sebab sudi jemput dan sajikan kami dengan makanan yang enak ni. Air yang disajikan pula ada 3, Jus oren, Ais lemon tea dan Teh Arab. Uishh, Teh Arab sangat sedap. Kalau datang D’Arab Station, MESTI CUBA TEH ARAB TAU! Teh Utama, rasa pun lain dari teh-teh yang kita selalu minum. Teringat ingat sampai sekarang.
Dato' sedang buat ucapan alu aluan ^^
Teh je ke ingat? Bukan setakat teh Arab je tau. Lamb dia, ya Allah, sangat-sangat lembut. TAK PAYAH TENAGA LEBIH untuk siat-siat kambing tuh. Takde liat. Tenaga korang tuh boleh disimpan, sebab sekali potong je dah boleh masuk mulut. Juicey sangat dikkkk. Kambing golek pun sekali ngap mulut. Banyak isi, rempah semua rasa. Sedap. Apatah lagi Ayam bakarnya. Terasa bagai ditarik suruh datang semula dekat kedai tuh. Hahaha T_T

Boleh ke beli lamb sahaja? Boleh lah. 200g RM10 dan tambah duit sikit untuk Nasi Arab. Menu lain and set combo apa je ada? Combo ada dari Combo 1 sehingga Combo 7. Yang bermula dari harga serendah RM13 sehingga RM50. Set Ekonomi pun ada iaitu serendah RM10. Western pun ada, Tak nak nasi? Pilih lah Ala carte ^^

Hey Dato’ Aznil Haji Nawawi pun pernah datang tau. Ingat calang-calang kedai ke? Bukan takat itu, Abon, Ustaz Don dan Ramai lagi. Ha, korang taknak datang rasa? Sambil type ni kecus ayaq liuq woi. Hahaha.

Jadi Apa lagi? Jom Ke D’Arab station. Setakat ini ada 3 cawangan iaitu di Cawangan Alam Damai, Cawangan Bank Islam (Menara Bank Islam, Jalan Perak) dan Cawangan Air Keroh (Restoran Jejantas, Ayer keroh) . Eh Cawangan baru juga akan dibuka dan akan di rasmikan selepas puasa ni. Fuhhh, lepas ni dimana-mana D’Arab Station ^^ Nak buat Tempahan pun boleh. Call 03-9108 3311 / 013-848 1014 / 013-844 1014

PEMENANG Giveaway Ramadan 2016 By NurAlja

June 15, 2016 23 Comments A+ a-

Assalamualaikum Hi semua. Sorry semalam tak sempat nak update pemenang. Maaf sesangat sebab delay lama. Harap dapat dimaafkan T_T.

Ok, tadi Alja dah pilih pemenang. Memula Alja nak guna Random.org tapi rasa geram asyik keluar nombor sama je T_T haha jadi untuk lebih adil dan saksama. Maka, Alja buat via Random Manual. Alja gunting kertas sendiri, tulis sendiri, kocak kertas pun sediri. Nanti Alja upload video, mungkin dekat Instagram juga. sebab mungkin ada yang ragu macam mana cara pemilihan pemenang.

Dengan Nama Allah yang maha pengasih dan penyayang. Alja umumkan Giveaway Ramadan 2016 By NurAlja telahpun DITUTUP. Terima Kasih banyak-2 sebab support GA Alja. Tanpa Korang apalah sangat dengan blog ni. Haha Terima Kasih juga tak terhingga buat Sponsor-2 iaitu Alja sendiri dan sponsor lain CXopportunities Blogspot  | Noor Najwa | Nisa AhmadNazfea Solehah | Haneeza Mohamad  dan Fathin Rosli

PERHATIAN.
ADA YANG BELUM BACA MAKLUMAT PENTING DI ENTRY SEBELUM NI TENTANG GIVEAWAY INI? MOHON BACA DISINI. TQ :)
Nampak tak gambar di atas ni? Seramai 29 peserta telah dipilih. Nampak nombor bertuah kalian? Nombor mana dapat? nombor ni banyak kali Alja bagitahu, boleh lihat di bahagian komen di bawah komen link korang di Entry Giveaway DISINI. Pemenang boleh tuntut hadiah.

Wide Shawl - Tuntut dengan NurAlja
1. Nombor 22
2. Nombor 1

Shawl - Tuntut dengan NISA AHMAD
3. Nombor 26
4. Nombor 34
5. Nombor 12
6. Nombor 29
7. Nombor 21
8. Nombor 31

Tudung - Tuntut dengan FATHIN ROSLI
9. 
Nombor 14

Novel (1) - Tuntut dengan CXOPPORTUNITIES BLOGSPOT
10. Nombor 9

Topup RM5 - Tuntut dengan NOOR NAJWA
11. Nombor 15

Topup RM5 - Tuntut dengan HANEEZA NEEZA 
12. Nombor 38
13. Nombor 30
14. Nombor 8

Topup RM5 - Tuntut dengan FATHIN ROSLI
15. 
Nombor 18
16. Nombor 40

Bloglist (5) - Disponsor oleh NAZFEA SOLEHAH
17. Nombor 11
18. Nombor 28
19. Nombor 36
20. Nombor 19
21. Nombor 7

Bloglist (5) Disponsor oleh HANEEZA NEEZA
22. Nombor 32
23. Nombor 17
24. Nombor 20
25. Nombor 37
26. Nombor 4

Blog Review (3) Disponsor oleh HANEEZA NEEZA
27. Nombor 2
28. Nombor 16
29. Nombor 23

Disebabkan 29 pemenang, jadi Alja cukupkan jadi 30 pemenang. Pemenang ni Alja guna Random.org je :)
Topup RM5 - Tuntut dengan NurAlja 

Tahniah buat pemenang!! ^^ Boleh Contact Sponsor ye untuk tuntut hadiah :) Jangan rasa terbeban untuk join GA/Segmen/Contest yang Alja anjurkan :)

PERHATIAN BUAT PESERTA GIVEAWAY RAMADAN 2016 By NurAlja

June 15, 2016 26 Comments A+ a-

Assalamualaikum Hi semua. Alja ada benda nak bagitahu. Sponsor habaq ada peserta yang tak Add FB Sponsor. Jadi Boleh tak awak semua ADD Facebook CXopportunities Blogspot . ADD as friend tau bukan Follow sahaja. Entry Pemenang Alja dah siap. Tinggal nak publish je. Kalau Sponsor kata ON , baru Alja update entry pemenang. Sebab Sponsor dah penat-2 nak sponsor. Tapi awak tak mau follow syarat superb senang yang dibagi.

Boleh kan? Harap beri kerjasama. Ampun dan Maaf segala-galanya. Malam nanti Alja Publish Entry pemenang ye ^^ Sekarang tugas uolls, ADD FACEBOOK CXopportunities Blogspot sahaja. ADD AS FRIEND tau. Kalau tak, Sponsor taknak bagi hadiah sehingga awak semua buat syarat ni. hihi. Itu sahaja Pengumuman dari Alja :D

Pernah tiba tiba rasa nak menangis? Allah rindu …

June 14, 2016 8 Comments A+ a-

Assalamualaikum Hi semua. Semalam Alja ada food review di D’Arab station, Alam Damai. Penat sebab kenyang sangat. Nanti Alja citer dekat next entry ok? Kali ini nak sharing-sharing citer. Pernah tak korang rasa tetiba je sedih? Menangis? Tak sedap hati? Tapi air mata tak keluar langsung?

Alja pernah. Selalu sangat. Tak tahu lah, sampai tahap nak deactive semua media sosial. Nak menangis, tak keluar air mata. Rasa tak sedap hati, tak tahu kenapa. Tapi sedih sangat. Nak meraung T_T
sky, summer, and sunset image
Mungkin Allah rindu kita. Sebab tuh dia hadirkan perasaan sedih,tak sedap hati dalam diri. Allah rindu kita. Allah rindu nak dengar kita sujud, berdoa dan menangis memohon doa, dan ampun dan mendengar segala rintihan kita. Allah tahu apa yang terbaik buat kita.

Even kekadang rasa sedih tuh datangnya dari manusia sendiri. Kekadang rasa sedih, tak puas hati dengan seseorang tanpa sebab. Jahat betul syaitan ni. Maka sebab itu kita selalu kena berdoa supaya Allah hadirkan kekuatan buat kita.

Sebab kita manusia, tak lari dari permainan soal hati. Hati kita, hati manusia sungguh rapuh. Cepat sangat melatah, cepat sangat sedih tanpa sebab, cepat sangat marah. Hati kita kalau tak dijaga , syaitan yang bermaharajalela.

Allahu Rabbi, sungguh bebetul rasa dah tak mampu. maka kuatkanlah hati ini. Agar redha akan semua T_T

Sesi penghabisan baucer buku dengan membeli Buku Fixi Terbaik (Suka imaginasi)

June 12, 2016 6 Comments A+ a-

Assalamualaikum Hi semua. Tadi Alja pergi aeon maluri, nak beli kasut idaman gittew. Then teringat Alja still ada Baucer buku lagi, dalam RM100. Sayang kalau tak guna sebab tarikh tutup pun nak dekat. Dah alang-alang keluar, terus pergi kedai buku MPH.

Lama betul memilih. haha sebab tak tahu nak beli buku apa. Then ingat nak beli buku kekanak untuk anak buah. Tapi fikir tak payah kot. hahaha Alja suruh kakak alja beli buku. So dia ambik buku yang popular dekat wayang sekarang, iaitu "Me Before You" dengan Awang murshid. Ada lebih lagi. Jadi dah round banyak kali. End up, Alja pulak beli buku. So, Alja decided beli buku Fixi Santet dengan Kelabu.

Banyak sangat Fixi, rasa nak grab semua macam membazir. So pilih je 2 buah buku ni dulu. Tak tahu kenapa suka baca buku jenis macam ni. Kuat imaginasi betul. haha

Pernah tau Alja baca Buki Fixi ala ala version Hantu. Tapi Lupa nama tajuk. Sorry! Nanti kalau ingat alja bagitahu balik. Bila baca, sampai termimpi-2. Mcm real berpeluh bagai. serius.

Lagi satu, Alja ni kalau masuk kedai buku. Ya Rabbi rambang mata. Semua nak beli. Semua stress kalau teman Alja pergi kedai buku sbb stay kedai buku tuh lama sangat. Boleh jadi 2-3 Jamkekadang sayang nak tinggalkan kedai buku T_T teruks. haha

Susah nak cari kawan suka baca buku lelagi buku cengini. Siapa nak jadi Teman Sebuku dengan Alja? Teman sehidup semati pun boleh. hahaha :p

Teh orang Kampung? Lawas, Langsing, badan Lebih Selesa

June 11, 2016 9 Comments A+ a-

Assalamualaikum hi semua. Korang Pernah dengar tentang Teh Orang kampung tak? Macam mana? Okeh? Share sikit siapa yang pernah consume Teh Orang Kampung ni.

Alja tengok ramai kata teh ni bagus lelagi untuk orang nak kurus atau erti kata lain detox kan badan. Badan kita ni banyak toksin. Kalau ada 10 barang detox, 10-10 kita nak guna sebab taknak ada satu pun toksin pun dalam badan. Hahaha manusia sungguh.

Alja dulu minum juga air herba ni tapi jenama lain. Iaitu Teh detox clenx yang dutanya Mila AF dan Dafi AF tuh. Siapa tau? Mahai sungguh Teh ni. Dalam satu kotak ada 30 Uncang dan harga dalam around RM30 hingga RM40 macam tuh. Mahal-mahal pun still tak sedar diri lagi. Padahal student lagi, ada hati pakai Teh mahal. Emak Alja pun pakai Teh Uncang Lipton je pun. Hahaha

Itu pun baru beli 2 kotak dalam masa dua tahun. Erti kata lain, Jimat cermat! ^^ Almaklum Alja ni merangkap student tak sedar diri memang camni T_T Minum pun on off. Teh detox clenx ni memang ok. Tapi tak sehebat Teh orang kampung tau! Apa beza?
Antara yang Alja nampak perbezaan bila guna teh orang kampung ni ialah, cara membuang. Cara membuang bila minum Teh Orang Kampung ni lebih cepat tau. Takde istilah “Ha tunggu kejap, nak buat kerja sampai habis” Kalau dia nak keluar, jam tuh jugaklah nak. Hahaha Serius. Ni pengalaman. Kalau Teh Detox Clenx ni pula, Lambat sikit. 30minit sehingga 1 jam tunggu barulah proses pembuangan terasa.

Eh lupa nak bagitahu, Teh orang kampung ni ada 3 jenis. Asli, +Halia dan +Limau Purut. Satu kotak ada 20 uncang. Harga pun lebih murah dari teh detox Clenx. Apa beza ketiga-2 jenis ni? Untuk Original, semua boleh. Untuk yang ada tambahan Halia pula, untuk mengurangkan berat dan membuang angin dalam badan. Untuk tambahan limau purut untuk mengurangkan berat juga serta bau badan.

Lagi satu kan, bila guna Teh orang Kampung ni, badan rasa lebih selesa. Kalau tak macam perut tuh panas tak selesa. Mungkin dia dah buang hampir 10% sehingga 15% toksin kot? Haha. Harap sesuai dengan diri ni. Mana tau boleh Kurus raya ni. Hihi nanti bolehlah pakai balik baju tersadai dalam lemari tuh :D

Kalau ada pengalaman minum Teh Orang Kampung ni, bolehlah share dengan Alja atau isu pasal Teh ni pun boleh ^^

Tips Menggoreng ayam supaya tidak melekat di kuali

June 11, 2016 0 Comments A+ a-

Ehsan gambar Google www.lestariweb.com ]

Assalamualaikum hi semua, Rasanya Alja ada share Tips ni dekat facebook. Mungkin ada yang tak perasan. Jadi Alja share dekat sini juga ^^ Harap bermanfaat.

Siapa ada masalah menggoreng ayam lepastuh bila nak terbalikkan ayam tuh, ayam jadi melekat susah nak terbalikkan? T_T Alja ! haha lepastuh dah lah susah nak terbalikkan, kena pulak minyak panas. huwarghhh. haha

Kalau taknak ayam melekat masa menggoreng. Goreng atau panaskan kuali dengan 2 atau 3 keping Asam keping. InsyaAllah masalah susah goreng dapat diselesaikan ^^

Tropicana sponsor 1000 tiket KTM dari KL Sentral ke 4 kawasan secara PERCUMA!

June 11, 2016 1 Comments A+ a-

Tropicana sponsor 1000 tiket KTM dari KL Sentral ke 4 kawasan secara PERCUMA!

Assalamualaikum Hai semua. Ada dengar-2 tentang Tiket KTM secara Percuma tak? Ha mai Alja nak share. Program ni merupakan satu program yang dinamakan “Eratkan Jalinan Dengan Tropicana Twister (KTM)”. Pada tahun ini, mereka akan mengedarkan sehingga SERIBU (1000) tiket perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTMB) iaitu KTM Intercity dan Electric Train Service (ETS) secara PERCUMA. Diulangi, secara PERCUMA!

Tiket yang diberi ini adalah dari KL Sentral dan meliputi ke sector Utara, Selatan, dan Pantai Timur. Tujuan tiket ini diberi adalah supaya korang berpeluang berhari Raya dan berkumpul bersama keluarga tersayang. TERUTAMA kepada yang duduk jauh dan nak balik ke kampung halaman (Dari KL Ke JB, Tumpat, Ipoh dan Padang Besar) Lelagi buat pelajar. Pelajar kan tak dapat elaun tiket. Jadi inilah masanya peluang korang. Grab cepat! :D

Info Penebusan
Tarikh : 12 Jun 2016 (Ahad)
Masa : Bermula jam 10 pagi
Lokasi: Pintu Pagar B (Gate B), Aras 2, KL sentral

Tarikh dan Masa Pelepasan
  • KL Sentral ke Johor Bharu Sentral – 3 Julai 2016, Jam 11.59 Pagi
  • KL Sentral ke Tumpat – 3 Julai 2016, Jam 8.00 Malam
  • KL Sentral ke Ipoh – 4 Julai 2016, Jam 12.30 Petang
  • KL Sentral ke Padang Besar – 4 Julai 2016, Jam 9.30 Pagi

Terma dan Syarat (Antaranya)
  • Warganegara Malaysia atau penduduk tetap di Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas KECUALI kakitangan KTMB, Penganjur, Wakil atau ejen berkaitan serta ahli keluarga terdekat.
  • Peserta tidak akan dikenakan sebarang bayaran dan tiket TIDAK BOLEH ditukar dengan wang tunai.
  • Setiap Peserta hanya boleh menebus MAKSIMUM DUA (2) tiket Sahaha bagi mana-mana KTM Intercity atau ETS, dalam satu masa.
  • Penganjur berhak untuk mengubah, membatalkan atau menangguhkan kempen serta tarikh penebusan.
  • TIKET TIDAK BOLEH DIBATALKAN
  • Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang terawal. 

 Jadi apa lagi? Mana yang duduk di lokasi yang tersenarai ni, boleh lah datang esok dan rasanya students dah start cuti. Alja start cuti 2hb tapi alja duduk kl je T_T haha Sekarang dah ada peluang, percuma lagi. Rezeki ^^

Jom CLEANSE, CLEAR, CANTIK dengan ABSOLUTE 25 Pembersihan usus secara selamat dan pantas ^^

June 10, 2016 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum Hi semua, Pernah tak korang rasa 3-4 hari tak membuang? Rasa susah sangat nak membuang? Alja pernah. Kalau sehari tak membuang, mesti rasa pelik atau mesti ada problem. Sebab Alja ada baca di blog sahabat lain (tak ingat blog apa) seeloknya membuang sehari sekali atau dua kali. Bila tak membuang, mulalah badan rasa cepat letih, rasa malas. Asyik ler nak tidur. Yes, tak nafikan, sebab kalau dekat Asrama, Alja pun macam ni. Kerja nak tidur je! T_T sebab tuh makin jadi doraemon. Sebab makin malas. Kesian baju semua tak muat dah. Nak kuwus balek T_T

Tahu tak, Kalau usus kita tidak sihat atau kotor, ini bermakna badan kita banyak toksin tau! Jika banyak toksin dalam badan, akan muncullah pelbagai penyakit seperti sembelit, masalah penghadaman, kembung perut, sakit kepala, letih dan lesu, perut buncit dan mulut berbau. Mulut berbau bukan hanya penyakit resdung je tau ada simtom ni.
Jadi bila dah banyak sangat toksin dalam badan tak dibuang mulalah kulit menjadi kusam, tak bermaya, kulit berubah tona juga adalah salah satu faktor toksin banyak dalam badan. Tak percaya? Cuba minum air masak 8 gelas sehari atau 3-4 liter air masak mengikut kuantiti badan korang selama sebulan atau lebih dan jangan skip! Mesti ada perubahan pada warna kulit disamping dapat kurus. Wuuuu siapa taknak kurus sihat cantik gebu gebas! hahaha

Gegirls mana tak nak cantikkan? Ada ke yang taknak? Mestilah nak cantik depan suami kalau yang dah kahwin. Alja yang bujang ni pun nak cantik. Sebab bila kita sihat, cantik, kurus, badan pun rasa ringan dan bila berhadapan dengan orang ramai, keyakinan lagi tinggi!
Toksin dalam usus yang berkerak tuh pun sebenarnya penyebab berat badan naik tau! Ha, tapi sekarang tak lagi, mai sini, Alja nak soksek (share) dengan korang satu beauty produk ni tau. Produk ni Alja dapat semasa Alja pergi Event Absolute 25 Soft Launch bersama Kelab Blogger, Minggu lepas. Produk ni Alja dah cuba seminggu dan boleh tahan sesi kerjasama dengan toilet. Haha Senang sangat membuang. Betul tak tipu!
Bersih dalaman, cantik luaran.
Bila dalaman dah bersih, luaran pun cantik. Tak perlu lagi produk kecantikkan lain. Sebab bila dalaman kita dah bersih dari segala toksin, maka luaran pun akan terhasil. Sebab luaran kita ni dipengaruhi oleh dalaman kita. Ha Jimatkan? dengan satu produk je satu badan menjadi! Alhamdulillah.
Ehsan dari Gambar FB NutriRiche Malaysia
Absolute 25 dibawah keluaran NutriRiche Health & Beauty Sdn Bhd ini selamat dimakan kerana telah mendapat  kelulusan KKM dan disahkan Halal oleh JAKIM serta melepasi ujian kualiti makanan ketat yang diiktiraf oleh ISO17025. Bersesuaian dengan tagline Absolute 25 iaitu
CLEANSE, CLEAR, CANTIK.
Kenapa diberi nama Absolute 25? Umur 25 ke atas sahaja ke boleh makan? Ye, 25 Ke atas sahaja. Tapi boleh je umur 25 ke bawah makan. Macam Alja, Alja belum 25 lagi ok, jauh lagi cecah 25 T_T hihi, melalui Q&A tempoh hari, lebih elok diambil sebelum umur 25 sebab kita dapat bersedia lebih awal dari masalah masalah yang alja senaraikan sebelum melarat. Betul tak? Lagi lagi dengan adanya bahan Collogen didalamnya.
Penggunaannya pun mudah, dan boleh dibawa ke mana sahaja tanpa takut pecah sebab ia didatangkan secara bentuk sachet. 1 kotak ada 20 sachet. Cara makan pun mudah sahaja, hanya koyak sachet dan makan! Tak perlu nak shake shake, letih tangan tau. Bau pun wangi, bau bubblegum ^^

Ada pantang larang ke? Biasalah apa sahaja produk kita ambil dan kita nak cantik, perlulah kita kurangkan pengambilan kafein, minuman manis, bergas. Boleh ambil tapi jangan kerap Sebab minuman kafein ke bergas ke ais ni melambatkan lagi proses sesuatu produk.
Review dari Alja selepas seminggu menggunakan Absolute 25 ni, satu je nak habaq, KORANG MESTI CUBA! Sebab bila alja makan, memang mudah membuang. Tak payah nak tunggu 2-3 hari kemudian. Pagi je buang, malam pun buang. Jadi badan pun rasa ringan. Maaf sangat nak cakap, Pembuangan selepas menggunakan Absolute 25 ni sampai ke kerak-kerak lendir-lendir pun keluar. Disebabkan lendir-lendir ni lah badan menjadi berat dan sebab itulah asyik nak tidur je. Sekarang tak lagi, lebih cergas sikit. Alhamdulillah. Nak cuba guna satu kotak pula atau mungkin dua-2 kotak terus! Hihi

Korang nak cuba Absolute 25 juga? Untuk dapatkan harga promosi dan maklumat lanjut tentang produk ni. WhatsApp atau SMS team Absolute 25 di talian 012 206 7007 atau 017 240 0788 boleh juga melayari Facebook NutriRiche Malaysia atau Instagram NutriRicheMalaysia untuk keterangan lanjut.
Pssttt! Berita baik ni, tahu tak, tahun 2016 ni. Pihak Syarikat Nutririche Health & Beauty Sdn Bhd sedang mengadakan pertandingan Like, Share dan comment tau! Pemenang bakal mendapat sebuah IPHONE 7 yang terbaru ni. WOW! Marilah meriahkan Pertandingan ni. Mana tau rezeki kita kan. Hihi ^^