Lazada Online Revolution Blogger Contest

December 14, 2017 0 Comments A+ a-

Sekarang dah 12.12.2017 , Anak buah kemain kata harini birthday adik dia, sekali salah rupanya sales di Lazada selama 3 hari dari 12.12.2017 sehingga 14.12.2017. Kemain sampai tersilap tarikh lahir adik dengan sales di Lazada ye, punyalah save date bebeno.

Dah 3 hari berlangsungnya Online Revolution sales di lazada dan lagi beberapa jam saja bakal berakhir. So, apa yang korang dah beli tu? Hihi. Alja tak lepaskan peluang masa sale, ada beberapa item Alja beli tapi dalam kuantiti yang banyak. Nak tahu apa Alja beli? Nanti dalam entri ni akan Alja share jadi baca sampai habis ok?
Bersempena Online Revolution ni, pihak Lazada telah mengadakan contest khas buat blogger dan menawarkan hadiah yang menarik. Jadi Alja taknak lepaskan peluang mana tahu rezeki, harini dah last date, selama ni busy dengan kerja ofis, balik dah penat. Jadi tak ada masa nak menekan papan kekunci dek penat menekan papan kekunci dekat ofis. alasan! Hahaha So jom, Kalau korang nak join Lazada Contest sempat lagi ni. tekan link tu ok?

Soalan Pertama : 
a. Adakah anda masih ingat produk pertama yang pernah anda beli dalam talian? Apa itu dan bagaimanakah pengalaman anda?

Produk pertama sekali Alja pernah beli dekat Lazada pada tahun 2016. Time tu biasalah baru berjinak-jinak dengan online, lelagi lazada. Time tu Lazada memang famessss. Haruslah pertama kali beli online, beli dekat lazada.

produk yang pertama kali Alja beli online di Lazada adalah 2 benda ni. Baru order dalam 2-3 hari dah sampai, memang cepat. Bebetul Puas hati. Masa tu student baru nak menapak, belum kenal jenama makeup, try beli dekat Lazada, itupun concealer je and di setkan sekali dengan 10 batang beauty brush. So senang dah jimat lepasni tak payah beli brush dah. yeke? hahaha terkenan dengan brush warna pink dekat Lazada. Jap lagi kita tunjuk brush apa ok?

Lip Care mask collagen ni ada 10 Pcs, masih ada lagi and expire lama lagi 2018 kalau tak silap. Kalau rasa bibir kering, ada event ke, memang pakai lip care ni jadi bibir tak kering sangat and soft je.Murah bawah RM10 je kalau tak silap Alja time ni.

Soalan Kedua : 
b. Jenis produk mana yang anda lebih suka membeli dalam talian?

Alja suka membeli barangan kecantikan secara online. Jarang nak beli Elektronik takut rosak susah nak return balik. Lelagi kalau ada barangan seperti Hello Kitty, rambang mata. Blh spend sampai 1k untuk barangan comel comel macam hello kitty.

Produk yang susah cari, yang jauh seperti di Korea, China dan sebagainya memang memerlukan Alja untuk shopping online dan kebanyakkkan produk yang Alja suka untuk shopping haruslah Baju, Beauty dan Toys untuk anak buah.

Soalan Ketiga : 
c. Apa yang anda suka tentang membeli-belah dalam talian?

Apa yang Alja suka tentang shopping online? Rasanya sebab terlalu general kan? semua orang tahu kenapa kita semua suka membeli secara online.

  • Senang dapat walau ceruk dunia mana pun. haha
  • Harga lebih murah dan berpatutan berbanding pergi ke kedai
  • Siap ada Diskaun lagi
  • Tak payah penat pusing 1 mall
  • Postage pun murah, ada yang siap Free lagi Lazada bagi (i loike!)
  • Nak bayar pun mudah, takde online bank, pergi cdm. Kalau takde semua, pilih je COD. mudah kan?
  • Duduk sambil main hp tengok lazada pun boleh makan masa 3 Jam, puas hati dapat tengok dari barang lelaki, perempuan, kanak-kanak, mainan, home living dan sebagainya
  • Macam shopping dekat Mall pula kalau merujuk sebab dekat atas ni
Soalan Keempat :
d. Produk manakah yang anda beli atau anda merancang untuk membeli di Lazada semasa jualan Revolusi Dalam Talian?

Produk manakah yang anda beli semasa jualan Revolusi Dalam Talian
Untuk Online Revolution ni, Masa 12.12 Alja ada shopping atau dalam erti kata lain borong Powerbank yang murah jenama Pineng beharga RM27.00 dan free postage jika membeli RM80 ke atas.
Ni lah Powerbanknya, masa online revolution 11.11 Alja ada beli 3 powerbank pineng ni. Masa guna memang ok dan fast charge, ringan siap Usb melekat lagi. Mudah bawa. Jadi masa 12.12 online Revolution, apa lagi terus borong 6 buah powerbank, masa Alja purchase ni waktu pagi. Bila nak beli lagi waktu petang, dah sold out, sedih..Harga Asal RM60 lepastu masa 12.12 ni jadi RM27, murah tak murah? lepastu kualiti ok.
dan, satu lagi Powerbank jenama Pineng warna pink. Baru nak try. but this one a bit heavy. Akhir seklai untuk 12.12 onlien revolution kali ni, Alja beli Rusell Taylors Pressure Cooker. Semua yang Alja beli adalah menggunakan penghantaran secara Cash On Delivery (COD). Harga untuk Pressure Cooker ni Alja beli RM169.00, Before price ialah RM599.00. Diskaun kaw kaw kan. hehe


Produk manakah yang anda merancang untuk membeli di Lazada semasa jualan Revolusi Dalam Talian
Produk yang Alja masih merancang nak beli semasa 12.12 online revolution kali ini ialah dua benda ni. Memang dah Aim lama. Kalau ada rezeki memang nak beli T_T hehe Siap simpan dalam wishlist lagi ok. hahaha
So Korang nak join juga? Jom, hadiah sangat menarik, korang hanya perlu tekan link Lazada Contest dan Ikut arahan yang diberi. Contest bermula dari 1 Nov sehingga 14 Dis 2017. Lagi ramai join, hadiah makin menarik.

Prizes – More Participants, More Winners!

Depending on the overall number of participants there will be either 25, 50, 80 or 111 winners: 

Less than 200 Participants (RM3,150 to 25 winners):
 1st Prize: 1 x RM300 
 2nd Prize: 9 x RM150 
 3rd Prize: 15 x RM100 

More than 200 Participants (RM6,150 to 50 winners):
 1st Prize: 1 x RM500 
 2nd Prize: 15 x RM150 
 3rd Prize: 34 x RM100 

More than 350 Participants (RM10,400 to 80 winners):
 1st Prize: 1 x RM750 
 2nd Prize: 35 x RM150 
 3rd Prize: 44 x RM100 

More than 500 Participants (RM14,500 to 111 winners):
 1st Prize: 1 x RM1,000 
 2nd Prize: 50 x RM150 
 3rd Prize: 60 x RM100 


Selamat habiskan duit semasa Online Revolution!! Hahaha

Kenapa Stevia lebih baik dari Gula Putih?

December 08, 2017 2 Comments A+ a-

Korang mesti pernah dengar tentang stevia kan? Stevia ni tak asing lagi di halwa telinga setiap orang dari kita. Stevia ni dari sumber Pokok Stevia, kalau korang tak kenal pokok stevia macam mana, boleh google atau tengok gambar yang Alja share dekat atas ni.

Alja pernah rasa stevia terus dari pokok, maksudnya dengan daun-daun sekali alja telan. Memang manis, Pertama kali time tu makan dan rasa dari original pokok. Alja pernah rasa pun masa pergi Trip Blogger Johor baru baru ni. Time tu rasa macam "wahh ni rupanya daun stevia..." hahaha

Dekat Watson, Guardian atau dekat mana-mana terutama online juga kita akan nampak sana sini tentang stevia. Tapi masih ada juga yang tidak sedar akan kebaikkan stevia ni. Alja ada try satu produk stevia ni, memang bagus. Alja dah jarang dah guna gula putih, rasanya tak sentuh gula putih lama dah, sekrang nak buat air teh pun letak stevia. Jaga kesihatan lah katakan. hehe
Sekarang Alja cuba Stevia dari Sweet Royale dari Stevia Sweetener dari Royale Pharma. Terdapat 40 sachet dalam satu kotak ni. Satu sachet pun dah boleh rasa manisnya. Jadi 1 kotak boleh guna dalam penggunaan sebulan atau lebih dari sebulan. Jimat kan dan Stevia Sweet Royale ni mereka guna stevia dari Gred A tau.

Tahap Kemanisan stevia ni lebih manis dari gula putih tau. Kalau baru pertama kali rasa stevia, akan ada rasa kelainan dari gula putih. Stevia juga Tiada Kalori , Tiada Karbohidrate dan juga Tiada bahan terlarang.

Kita selalu dikatakan oleh orang-orang tua "Pahit itu ubat" tapi tak sangka ada "Manis juga menyihatkan" betul tak? Manis apa yang menyihatkan? Tentulah manis Stevia! Semua puji melambung tentang Stevia ni, apa kebaikkan Stevia?
KEBAIKKAN STEVIA

  • Lebih Sihat dari gula putih
  • Tiada kandungan terlarang
  • Tiada Kalori
  • Tiada Karbohidrate
  • Baik untuk kesihatan
  • Tiada kesan bahaya
  • Boleh menurunkan tekanan darah
  • Boleh seimbangkan paras gula dalam darah
  • Sesuai untuk yang sedang diet
  • Memberikan tenaga yang berterusan

Pokok stevia  banyak ditanam di negera-negera seperti Jepun, China dan juga Negara Taiwan. Bukan sahaja untuk minuman malah mereka buat untuk makanan juga. Patutlah dorang kurus kurus cantik. Malha dah tua pun masih kuat bekerja, Ini rupanya salah satu rahsia dorang.
Kenapa kita kena pilih Stevia dari sweet royale berbanding gula putih? Kerana Malaysia merupakan Negera Paling banyak menggunakan GULA dan PALING TINGGI OBESITI.

Stevia bukan sahaja untuk orang tertentu dan penyakit tertentu sahaja tau. Stevia adalah untuk semua orang sebagai pengganti kepada gula putih. Stevia bukan sahaja untuk dibuat minuman, malah untuk makanan juga boleh. Jadi apa lagi, korang masih nak stay dengan gula putih?
Korang boleh dapatkan SweetRoyale Stevia ni dekat Royale Pharma Outlet di,

  • Vista Alam, Shah Alam [ B18-LG, Vista Alam, Seksyen 14 ]
  • Seksyen 7, Shah Alam [ Seksyen 7, No. 7-G, Jalan Plumbum R 7/R ]
  • Quill City Mall, KL  [ No: 2-23, 2nd Floor ]
  • Bangi gateaway Shopping Mall [ Lot No. C7, Ground Floor ]
  • Seri Iskandar Perak  [ 447, Persiaran SIBC 18 ]
  • MyTown Cheras, KL [ Lot L1-031, Level 1 ] 
  • Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani [ No. 2 Lorong BLM 1/2, Bandar Laguna Merbok ]
ATAU

korang juga boleh dapatkan secara online website RoyalePharma atau di Website Online Shop yang lain iaitu di 11steet, Lazada dan Shoppe.

ATAU

Korang boleh contact ni talian 013-473 1696 ( Agent SweetRoyale Stevia)

Harga bagi sekotak SweetRoyale Stevia ni ialah 
  • RM 17 purchase at store *price change is subjected to promotion or events
  • RM 15.90 purchase via online store excluding postage

FAM TRIP BLOGGER BERSAMA TOURISM JOHOR – PART 3 | Menginap di Tiga tempat berlainan sepanjang 3 malam di Johor

October 27, 2017 2 Comments A+ a-

Sepanjang 4 hari 3 malam di Johor Bahru, kami tidur berlainan hotel setiap hari. Hanya Breakfast sahaja disajikan dihotel dan dinner kami makan ditempat lain. Antara 3 hotel yang kami duduki ialah Amari hotel, Tunamaya Beach & Spa Resort dan hari terakhir kami bermalam di UK Farm.

1. AMARI HOTEL, JOHOR BAHRU
Amari Hotel merupakan Hotel 5 star yang berada di Johor Bahru. Bagi yang inginkan keselesaan dan dekat di tengah bandar, Amari Hotel adalah pilihan yang tepat kerana ia berdekatan dengan shopping complex, 30min dari Senai International Airport dan 5 minit berjalan kaki JB Sentral Custom.

Amari merupakan Hotel yang pertama di Malaysia dan ia berada di Johor Bahru. Amari Hotel menyediakan pelbagai bilik dan saiz mengikut keselesaan pelanggan. Antaranya ialah, Superior King and Twin, Deluxe King and Twin, Grand Deluxe King and Twin dan banyak lagi.

Di Amari Hotel, terdapat pelbagai perkhidmatan antaranya,
  • Persidangan
  • Majlis Perkahwinan
Dibawah ini merupakan bilik yang kami menginap untuk 1 malam, sangat lah best dan selesa. Nyenyak sangat tidur. Bantal dan katil yang empuk. Lagi satu, Plug, plug usb BANYAK! Mesti korang suka kan? Tak payah nak berebut charge. hahaha
Kelengakapan Hotel sangat bagus,

  • Iron / Papan Iron
  • Peti ais
  • Kopi 3 in 1
  • Meja kerja
  • Plug yang banyak
  • Television
  • Kelengkapan mandi
  • Pengering Rambut

untuk sarapan pagi, kami akan ke Amaya Cafe untuk bersarapan. Makanan yang enak dan lazat serta pekerja yang mesra pelanggan. sangatlah buat kami selesa. Terima Kaish pekerja Amari Hotel. Teruskan Usaha!
Untuk lebih lanjut mengenai hotel Amari, korang boleh layari lama web tertera atau boleh call nombor yang Alja bagi dibawah ini

No. Contact                : +60 (7) 266 8888 (call) / +60 (7) 266 8899 (Faks)
Website                        : www.amari.com
Email                              : JohorBahru@amari.com
Reservation Email : reservations.johorbahru@amari.com
Alamat                     : Amari Johor Bahru,
                                             No. 82C, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia



2. TUNAMAYA BEACH & SPA RESORT
Hari kedua kami bermalam di Tunamaya Beach & Spa Resort yang terletak di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Terdapat sebanyak 134 Bilik yang terdiri daripada Standard Twin, Standard Family, Deluxe Room, Juniorsuite dan Royal Suite.

Antara Servis atau aktiviti yang disediakan disini ialah,
  • Convenience Shop
  • Foreign Currency Enchange
  • Laundry Service
  • Luggage Storage
  • Boat Transfer
  • Snorkeling
  • Semukut Walk
  • Scuba Diving
  • Jungle Treckking
Bilik yang kami menginap disini ialah Standard Twin dan menghadap Laut serta Kolam renang. Best!
Antara kelengkapan bilik yang disediakan ialah,
  • Katil Twin dan single
  • Television
  • Peti Ais
  • Kelengakapn Mandi
  • Iron (Boleh minta di receptionist )
  • Pengering Rambut
  • Air bancuh 3 in 1
Dibawah ini merupakan suasana pagi dan sarapan pagi kami. Sangat tenang dengan desiran air laut yang menyenangkan. Serta makanan yang menyelerakan, memang membuka pintu kegembiraan pagi kita semua. Pagi ini, kami bersarapan di Pawana.

No. Contact    : +607 231 8878
Website            :  www.careluxuryhotels.com
Alamat             : Tunamaya Beach & Spa Resort
                                Bandar Penawar, 81930, Kota Tinggi, Johor Malaysia


3. UK FARM
Untuk malam terakhir, kami bermalam di tengah ladang UK Farm yang sangat sejuk sampai menggigit ke tulang bila bangun pagi. Ladang yang bersih, membuatkan kami selesa tinggal semalaman disini.
Kelengkapan Bilik,

  • Television
  • Peti Ais
  • Pengering Rambut
  • Kelengkapan Bilik Air
  • IRON (TAK ADA)

 Untuk Sarapan Pagi, kami dihidangkan Nasi lemak, Mee goreng dan popaya yang sangat sedap. Berinti cheese lagi. memang kenyang makan popaya saja. hahaha dan pagi pagi, korang boleh tgk matahari terbit, sangat lawa.


Facebook       : UK Farm
No. Contact   :  +607-759 7555 (Call) / +607-759 7991 (Fax)
No. Hp           : 013-778 7235 / 013 - 722 2299
Website          : www.ukfarm.com.my
Email             : info@ukfarm.com.my
Alamat           : UK Farm
                         Plot 8, Project Pertanian Moden Kluang, KM13 Jalan Batu Pahat,                                     86000 Kluang, Johor, Malaysia.

Berakhirlah sudah penginapan di 3 buah tempat berlainan tempat. ketiga-tiga tempat ni memang best menginap. Terima kasih kerana bagi kami tempat berteduh selama 4 hari 3 malam ni.

FAM TRIP BLOGGER BERSAMA TOURISM JOHOR – PART 2 | Legoland, Johor Bahru & Hello Kitty TownTheme Park

October 27, 2017 2 Comments A+ a-

Di sebelah petangnya pulak, kami dibawa untuk pergi melihat Legoland dan Hello Kitty Town di Johor Bahru. Masa kecik takde benda ni, dah tua tua barulah nak hadap. Hahaha Legoland dan Hello Kitty Town di Johor Bahru. Siapa pernah pergi? Alja pertama kali pergi kedua-dua tempat ni.


Disebabkan Alja Hello Kitty Lover, So bila dibawa ke Hello Kitty Town, Puteri Harbour, Johor Bahru ini sangatlah Happy. Sampai baju-baju sekali matching. Hahaha. 
Pada siapa yang mempunyai anak kecil, Hello Kitty Town adalah tempatnya, tak rugi pergi kesini, kerana korang akan dihiburkan dengan Tarian comel Hello Kitty dan kawan-kawan! Alja yang dah tua ni pun rasa nak menangis sebab dapat jumpa hello kitty even mascot je! hahahaha Peminat tegar sebab Hello kitty toooooooo comel
Pintu masuk dan keluar ke Hello Kitty. Lepas je korang masuk, korang terus akan rasa nak deco rumah macam ni, Pink lover mesti ada idea nak create and design macam mana nanti. hahaha
 Korang akan dihiburkan dengan tarian comel mereka dalam 10-15minit dan selepas itu korang boleh ambik gambar bersama mereka!
Disana, bukan sahaja Hello kitty sahaja ada, Pingu, Thomas and Friends dan Pelbagai lagi. Sanrio Hello Kitty Town berada di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor. Dibuka Setiap hari dari Jam 10 pagi sehingga 6 petang. Untuk Harga tiket dan pembelian tiket, boleh layari www.puteriharbour.com

Facebook     : Sanrio Hello Kitty Town
Instagram    : @Sanriohellokittytown
No. Contact : 1300 88 FAMILY (326459) For Calls Within Malaysia
                             : +603 2203 9668 For outside Malaysia
Website           : www.puteriharbour.com

Legoland merupakan taman tema air terbesar yang berada di Johor Bahru. Kalau di Kl ada Sunway lagoon, di Johor ada Legoland. Hahaha. Dah nama pun Lego, jadi segala bentuk diperbuat ala ala bentuk permainan Lego. Unlucky pergi sana time nak tutup, jadi dapat pusing-pusing. Tak puas pusing sebab besar!
Makin best lah Legoland Malaysia ni nanti. Terlalu banyak permainan yang bakal dibina dan ada yang tengdah diubah suai lagi. Kena repeat pergi lah lepasni! hahaha
 Teruja betul, Bangunan-bangunan terkenalantara negara ada di Legoland, Johor yang diperbuat daripada permainan lego. Jadi sambil-sambil bawak anak Jalan=jalan, sambil tambah ilmu.
Uyul Rosli, Kembar lain mak dan bapak menjadi peneman setia kita sepanjang trip ni malah menjadi photographer tak berbayar kita. hahaha Thank you uyul! So Dah Penat, Jom Balik Hotel!

FAM TRIP BLOGGER BERSAMA TOURISM JOHOR – PART 1 | Kampung Sungai Melayu, Johor Bahru

October 27, 2017 4 Comments A+ a-

Pada 12 hingga 15 oktober 2017 yang lalu, Blogger Malaysia dijemput oleh Tourism Johor untuk berjalan-jalan ke Johor Bahru. Emmm, Apa yang menarik di Johor Bahru? Kena baca post ni sampai part habis! hahaha Pada hari pertama kami bertolak seawal jam 7 pagi dan sampai disana dalam pukul 10 lebih pagi. Tempat pertama yang kami singgah dan lewati ialah KAMPUNG SUNGAI MELAYU, JOHOR BAHRU.

Mula-mula terfikir apa yang ada dekat Kampung Sungai Melayu, Johor Bahru ni? Macam tak best je. Bila dah sampai, ia adalah SATU TANGGAPAN YANG SALAH SAMA SEKALI. Its Fun! Sebab dekat Kampung Sungai Melayu ni dia bagi Pengalaman yang menarik pada sesiapa nak merasa suasana kampung.

Macam Alja, Alja lahir lahir memang tengah bandar Kuala Lumpur. Jadi Laut apa yang kita boleh jumpa? Suasana kampung apa yang boleh dirasa? Masa kecik yela duduk di Kampung lama-lama, tapi still tak merasa kampung sebab kampung area Bandar, banyak kereta. Jauh dari laut, balik pun sekejap-sekejap je.
Jadi, bila Alja pergi ia memberikan satu pengalaman yang berharga buat Alja. Disana, kami dialu alukan bagai pengantin. Hahaha Thank you Kampung Sungai Melayu, Johor Bahru kerana mengalu-alukan kedatangan kami ke sana.

Terdapat pelbagai Aktiviti laut yang boleh kita pelajari di Kampung Sungai Melayu, Johor Bahru disamping kita mengenali kehidupan tradisional melayu serta dapat merasai suasana kampung disana. Ia adalah satu aktiviti yang menyeronokkan buat Keluarga yang inginkan kelainan bila bersantai. Sangat sesuai bersantai bersama keluarga Malah ia dapat menghilangkan stress juga. Disana, Kami diajar cara untuk menangkap ketam.
Sambil menunggu ketam masuk umpan, kami berjalan-jalan mengelilingi laut dengan menaikki Boat. Sangat takut sebab ini adalah kali pertama Alja naik Boat Nelayan. Nak naik, turun kena seimbangkan badan. Kalau tak mungkin dan kemungkinan akan jatuh ke dalam laut.
Aktiviti yang terdapat di Kampung Sungai Melayu, Johor Bahru ini Antaranya ialah,

  • Mengelilingi laut menaik Boat / Boat Tour
  • Melihat Burung / Bird Watching
  • Menangkap Ketam / Crab Catching
  • Ladang kupang / Mussels Farm
  • Permainan Tradisional / Traditional Games
  • Makanan Laut / Seafood
  • Gaya Hidup Nelayan / FIsherman LIfestyle

Bila pergi ke Kampung Sungai Melayu, Johor Bahru ini barulah Alja tahu nak tangkap seafood ni berlainan tempat dan masa rupanya. Selama ni tahu makan je. Mana satu Betina, mana satu jantan pun tak tahu, main bedal je. hahaha

Gambar di atas ini kami berada di tempat memacing ikan. Di tempat memancing, ada ruangan rehat yang disediakan, untuk penghantaran makanan juga disediakan.
Terdapat 5 pakej yang disediakan jika korang berminat untuk ke sini dan menikmati keindahan seperti Alja alami, iaitu..

  1. Boat Tour package (RM35) *minimum 2 Person
  2. Learning Package (RM2) *Minimum 10 Persons
  3. Malay Kampung Trail (RM30) *Minimum 10 Persons
  4. Fishing Package 
    1. Bird Watching
    Kalau korang perasan, gambar dekat atas ada Burung tengah terbang. Burung ni sangat besar. Tapi sayang, bukan musim dia, jadi dia taknak keluar. hahaha

    Harga di atas yang Alja paparkan adalah untuk 1 kepala sahaja dan untuk Pakej Memancing, Harga adalah berlainan, iaitu,
    • 8 pagi - 5 petang (RM 23 satu kepala)
    • 8 pagi - 9 malam ( RM30 satu kepala)
    • 7 petang - 8 pagi (Overnight - RM50 satu kepala)
    Untuk aktiviti seterusnya, kami dibawa ke tempat ladang kupang. Ingat kupang kena korek kat tanah, rupanya macam ni dorang buat ladang kupang. Kupang sangat terkenal di area Johor. Nak rasa kupang? Johor banyak! hahaha
    Satu ikat kupang gini sangat lah berat. Alja pegang pun sampai merah tangan sebab terlalu berat, kena pegang 2 org. Setiap kehidupan mesti ada Perempuan lelaki, betina jantan. Untuk Kupang, ada cara untuk kita lihat mana satu betina yang mana satu jantan. Dah macam cerita Pramlee pulak, Nujum Pak belalang. Hahaha
    Untuk tahu mana satu betina dan jantan, begini caranya,
    • Jantan - Warna pucat-pucat putih
    • Betina - Warna Oren seakan merah
    Yeay Semua muka tahan lapar dan kecus air liur sebab tak sabar nak makan seafood yang bakal dihidangkan nanti! Oh yeah, Makan Tengahari hari pertama kami adalah disini, Kampung Sungai Melayu.
    Tamatlah sudah aktiviti pertama Trip Blogger kali ni. Sebelum habis, Alja nak belanja satu video Alja naik boat! Muka ekcited! hahahaha
    Untuk pertanyaan lanjut mengenai Kampung Sungai Melayu, Johor Bahru ini, korang boleh layari laman sensawang berikut atau boleh terus contact nombor yang Alja bagi.

    Facebook      : Sungai Melayu Eco Tourism
    Email             : Sungaimelayuecotourism@Gmail.com
    No. Contact  : +6019 704 5904 (Puan Sharifah)