Al-Fatihah, Kemangkatan TUNKU ABDUL JALIL

December 06, 2015 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum Hai semua, Agak bizi masuk sem baru iaitu semester lima. dengan line bermasalah di politeknik, agak susah dan tak tahu kenapa line bermasalah sangat sampai nak surf internet cari bahan, ambil masa yang lama. Yang Whatsapp Wechat lagi lah. Harini tetiba mcm lain ok je, so gunalah untuk perkara berfaedah seperti berblogger. hahaha

Sebelum ini, Tanggal 30 November kita telah dikejutkan dengan perginya seorang pelawak iaitu Yussry Bin Edoo atau lebih dikenali sebagai Pak Yus dalam program Raja Lawak dan menjadi Juara Raja Lawak Musim Pertama. 
Hari ini tanggal 05 Disember 2015, kita dikejutkan lagi dengan kemangkatan anak sultan Johor iaitu TUNKU ABDUL JALIL, yang telah pergi menghadap pencipta-Nya pada jam 7.11 malam tadi.

Lepas seorang seorang yang baik meninggalkan kita. Kita bila lagi?

Tunku Abdul Jalil menghidap Kanser Hati. Bagi Alja yang suka mengikuti Laman Sosial Instagram serta Facebook milik Tunku, Tunku sentiasa ceria. Keakraban beliau dengan Ayahanda, buat Alja lagi cemburu tapi gembira.
Even Tunku Sakit, Tunku sentiasa bagi semangat buat para-para pesakit yang sama senasib seperti beliau. Malah, Tunku tidak pernah lokek dengan senyuman serta sedekah. 

Tunku Abdul Jalil adalah putera yang terbaik, The best ever prince lah. Kerana mempunyai Jiwa yang penyayang dan rendah diri.

Semua rakyat bawahan seperti kita dilayan dengan baik. Jarang dan tidak pernah nampak Tunku meng-viral post-2 yang berbau keburukan. Malah, beliau jadikan semua orang bawahan seperti kawan.

Sering kali ternampak post beliau di Instagram serta video-2 selfie Tunku bersama Nurse-Nurse, Rakan Artis dan lain lain. Siap bantu lagi Rakyat yang menjual di warung-2 tepi jalan. Pokok cantas daunnya lah kan, tunku tak pernah sombong seperti sombongnya Artis Malaysia.
1907539_1653384504893853_4873278036305444213_n
Lepas ni, dah tak nampak lagi video-2 selfie Tunku, Gambar-2 gembira Tunku dengan Rakyat, dengan Ayahanda Tunku. Terasa sungguh kehilangan.

Masih lagi terkejut akan kemangkatan Tunku Abdul Jalil, setelah lama beliau berlawan dengan sakit kanser hati, akhirnya Allah lebih menyayangi beliau. Pergilah tunku, pergilah. Semoga Tunku tenang dan sentiasa bersama dengan orang beriman. Aamiin.
Kehilangan Tunku bukan sahaja turut di rasai oleh semua warga Johor, hatta orang bukan dari johor, turut berasa sedih dan rasa kehilangan seorang Prince yang baik hati dan penyayang.

Kita yang orang luar rasa sedih, apatah lagi Ayahanda Tunku. Pasti Ayahanda tunku lebih dan terasa yang teramat kehilangan. Kita doakan yang baik baik sahaja. Aamiin
"Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa'afihii Wa'fu'Anhu"
Ertinya - Ya Allah, ampunilah dia dan kasihanilah dia dan serjahterakanlah serta ampunilah kesalahan dia"