Showing posts with label Fashion. Show all posts
Showing posts with label Fashion. Show all posts

Lebih bersemangat untuk bersukan dengan adanya Active Hotpants S5+ Jonlivia | Body Perfecting Fashion

Nak bersukan tapi takde pakaian yang sesuai? Betul. Tapi disebabkan nak sihat, kena jugalah pakai seluar palazo yang lembik atau seluar track suit. Seluar track suit jenis besar, so tak ngam dengan kaki, nak berlari, buat aktiviti lasak pun rasa kaki jadi berat. Apatah lagi ada seluar track yang jenis plastik, bila jalan bunyi bising "kesok kesik" betul tak? Track suit itulah kegemaran zaman sekolah walaupun bunyi bising. hahaha lepastu jadi seluar sedut. hahaha

Ha, baru-baru ni Alja ada share dekat instagram satu seluar yang best untuk dipakai. Mohon lihat di instagram Alja dan dah banyak kali Alja share, sebab terlalu best dan jatuh hati dekat satu jenama seluar yang diberi nama JONLIVIA Active Hotpants.

Kalau nak buat aktiviti bersenam ni, pakaian pun main peranan tau. Jogging tapi seluar besar, baju tak padan dengan bentuk badan. selesa ke nak bersenam? Takkan? Jadi sebab tu Alja pilih Jonlivia Hotpants S5+ ni. Sangat best. Bila pakaian kita bersesuaian dengan aktiviti harian, kita nak buat kerja pun jadi gembira kan?

Memang ketara dan alami perbezaan bila dah start pakai Acive Hotpants dari Jonlivia berbanding track suit dan seluar palazo lembik yang Alja pakai time berjogging dan bersukan. Alja pakai Size M. Memula Alja ingat tak muat dan tak boleh pakai. Rasa nak menangis sampai dah taknak jumpa seluar ni, sorok terus dalam Almari. Lepastu terdetik dalam hati, sampai bila nak simpan buat pekasam kalau tak try?

So Alja cuba lagi sekali pakai, lah muat! Rupanya seluar ni STRETCHABLE tau. Ok sedut air mata balik. hahaha Dah lah boleh memeri ikut saiz kaki, selesa pulak tu.

Yang bestnya Jonlivia ni, Seluar ni best sebab tak panas dan tak miang macam sesetengah seluar yang pernah Alja pakai. Sesetengah seluar yang Alja pakai sekejap dah rasa miang sampai tahap nak tanggal. Seluar Jonlivia ni membantu mengeluarkan peluh dan salah satu tujuan seluar ini adalah untuk membakar lemak paha dan betis kita. So berbaloi bila beli.
Jonlivia Hotpants ni adalah yang pertama di Malaysia dan menggunakan 100% kain Neoprene Asli. Apa itu Kain Neoprene Asli? Mengikut google, hahaha Kain neoprene tidak hanya bersifat lembut, tahan air dan elastis, tetapi kain neoprene ini juga mampu menahan hawa dingin dan memberikan rasa hangat terhadap tubuh kita.

Jadi sebab itulah Jonlivia Hotpants dapat berfungsi dengan baik kerana bahan untuk menghasilkan seluar Jonlivia Hotpants ni menggunakan 100% Neoprene. Ia juga dipanggil Heatprene kerana bahan yang digunakan dapat membatu untuk mengawal haba badan kita semasa bersenam, atau berjalan. Jonlivia Hotpants juga dapat membakar lemak dan kalori dari biasa. 
Sekarang pakai seluar je dah boleh keluar peluh. Kalau malas sangat macam Alja, pakai seluar Jonlivia Hotpants S5+ sambil kemas rumah, perghh keluar habis peluh dan seronoknya Jonlivia Hotpants ni dapat menyerap peluh kita jadi tak adalah kita rasa geli berair-air dalam seluar.
Jonlivia Hotpants S5+ ni mempunyai poket rahsia di bahagian kanan belah dalam. Dengan adanya poket rahsia ni, ia memudahkan Alja untuk simpan duit atau kad penting. So nak pergi mana-mana pun senang dan selamat sebab poketnya tersorok.

Nasib baik Jonlivia hotpants ni sediakan poket kecik, So senang Alja simpan duit masa Alja pergi ke Sunway Lagoon tempoh hari. Takde terfikir nak letak mana duit atau duit hilang. 
Jonlivia Hotpants S5+ ini merupakan salah satu produk Hot selling di website. Jonlivia Hotpants ni bukan sahaja boleh digunapakai semasa berjogging sahaja, selain itu dapat digunakan untuk,
  • Beryoga
  • Gym
  • Aktivti Tarian
  • Berzumba / Berkardio / Tabata
  • Berjogging
  • Berbasikal
  • Aktivti dalam air
  • Aktiviti santai

Material yang digunakan untuk membuatnya adalah 100% kain Neoprene Asli tau. So korang kena dapatkan Jonlivia Active Hotpants S5+ ini kerana,

  • Sesuai untuk semua aktiviti harian
  • Stretchable
  • Memberikan rasa hangat pada bahagian kaki
  • Dapat membakar lemak serta kalori pada bahagian kaki (Betis & Paha)
  • Kain yang dapat menyerap peluh
  • Poket sembunyi
  • Mudah berpeluh walaupun buat simple exercise
Yang penting, korang tak akan menyesal bila dah beli. Korang juga boleh tengok Positive Review di Facebook Jonlivia dan boleh lihat produk lain yang bukan sahaja seluar, malah Back Support dan arm Shaper pun ada di website Jonlivia.

Di Website korang boleh pilih With or Without Pocket. Harga pun memang mampu milik dan mungkin ada diskaun dari mereka? jadi apa tunggu lagi, Whatsapp atau purchase online sekarang!!

Kalau korang nak juga seluar macam Alja pakai ni atau ingin menanyakan lebih lanjut, korang boleh ke butiran mereka dibawah ini,
Instagram       : https://www.instagram.com/jonlivia/
Facebook         :  https://www.facebook.com/jonlivia/
Website           : http://www.jonlivia.com/
No. Contact      : +6016 384 5358

Pearl Harbour menawarkan Harga yang terbaik buat pakaian wanita bermula dari harga RM5

Menjadi seorang wanita, baju kurang dari 5 itu tersangatlah tipu. betul tak? Selagi tak roboh almari, selagi tu mesti beli. Tapi, kalau almari roboh pun bukan jadi masalah. Janji baju yang diidamkan, mesti dapat.

Alja kata begini sebab Alja pun salah seorang daripada peragai sebegini. Baju dah banyak, sampai tak muat almari tapi still complain kata TAK ADA BAJU LANSGUNG. Susahnya kan? Ingat butik ke pakai baju satu lepastu taknak pakai baju tu dah. Kes kronik sebab suka membazir. ish ish ish.

Pada hari sabtu lepas, Alja ke GM klang atas jemputan dari PH Fashion. Memang niat nak beli baju time tu sebab baju untuk ke event-event blogger takde. Jadi, ini adlaah kali pertama Alja ke GM Klang, bila masuk je GM Klang, terus macam kena ala ala kejutan budaya, tapi ni bukan kejutan budaya, ni kejutan harga shopping yang mendadakkk. hahaha Kalah Times Square punya harga. menagissssss.
Datang-datang je mata terus tertacap hat baju belakang yang tergantung tu. Murah kan? Nampak ke tidak tu? haha Sepasang baru RM45. Kalau tengok kedai-kedai tempat lain dah RM70 sehingga RM90. Ya tuhan, kalau datang PH Fashion ni, kalau tak beli tak sah. tak rambang mata tak sah.

Pearl Harbour dalam bahasa singkatnya ialah PH Fashion. PH Fashion menawarkan konsep Online To Offline. Faham tak maksud O2O ni? Kalau korang pergi kedai PH Fashion then dh balik, terlupa pulak nak beli baju yang korang teringin, korang boleh beli melalui Online. begitu juga sebaliknya. Better pergi kedai jika berdekatan rumah. lagi sedap memilih kan?
Image may contain: 1 person, standing
Image may contain: 2 people
Mana yang jauh, jangan risau korang boleh buat pembelian di website Pearl Harbour juga. PH Fashion post seluruh Malaysia, Singapura dan juga Brunei. Seronok kan? Tak payah risau risau lagi.

PH Fashion menawarkan pelbagai fashion baju trend sekrang contohnya seperti Baju Kurung, Jubah, Blouse, Jackets, Outwear, Cardigans, Jumpsuit, skirt dan pants. Psst, Baju raya juga akan dikeluarkan dalam masa terdekat, Sangat lawa! Alja dah aim satu baju ni, nanti dorang dah release, Alja nak serbu!
See, Alja in love sangat dgn baju ni jadinya Alja angkut satu pasang. Sebelum angkut bawak balik, Alja try baju kurung ala ala peplum ni. Time try ni size XL kalau tak silap, sebab malas nak change baju kan, sarung je so ambik besar. hahaha Tapi bila balik rumah, ambik size M. M pun longgar. Nasib baik Pekerja di PH Fashion cadangkan suruh ambik M. If Alja berkeras untuk ambik XL? Kena kata Baju pinjam lah jawabnya. haha

Baju-Baju yang ada di PH Fashion bersaiz M, L, XL dan 2XL. Tapi ada Baju size L memang tak ada. Kain pon tak panas, Murah pun murah. Best sangat pakai. Sampai taknak buka bajunya. hahaha

Branches PH Fashion kalau tak silap Alja ada 3 area, iaitu..
  • Kenanga Wholesale KL di Tingkat 27 no 21
  • Tesco Rwang , Lot F24 - F25 dan,
  • GM Klang [ Block A, Lot 2F-126 ] dan [ Block B, Lot G98 - 100 ] 

Pearl Harbour adalah sangat memberi manfaat kepada penjual yang ingin penghantaran yang cepat dan kos yang rendah atau pelanggan yang suka membeli-belah dalam talian. Kalau nak mudah, boleh terus contact nombor atau laman web di bawah ini ye

Hotline : +603-9226 2328
What's App : Order PM +6018 - 217 0388 / +6010 - 760 4666
Dropship Hotline : +6018-2101788
WeChat : PearlHarbourFashion
Instagram : @PHFashion_Official
Facebook : PH Fashion


BERITA BAIK...

Image may contain: 2 people, people standing and text
PH Fashion ingin memberikan shawl & woven bag secara percuma kepada anda yang berbelanja di PH Fashion!! *T&C

*Dengan pembelian RM 100 atau lebih (in a single bill)
*Untuk Special design dan semua harga retail (tak termasuk best buy)
*Limited time

Lagi satu kan, Kalau korang Sign up as member, korang dah dapat diskaun voucher 20% diskaun tau. *Limited time

Jadi apa tunggu lagi? Tak ada baju raya, baju jalan atau baju ke kenduri? Cari Je PH Fashion! :D