Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

8 LIFESTYLE BLOGGER MALAYSIA PILIHAN 2018

Laman web Blogger pada masa kini tidak asing lagi di halwa telinga kita. Bahkan, bila kita nak search sesuatu, pasti kita akan search di google dan akan keluar beribu ribu laman web dan blog mengenai apa yang kita search tadi. Betul tak?

Pelbagai niche yang kita boleh lihat dalam berblogger ni. Antaraya Travel, Food, Lifestyle, Keibubapaan, Beauty, Gamers, Fashion dan pelbagai lagi. Niche dalam berblogger ni bertujuan untuk kita tahu mengenai KEUTAMAAN Bidang seseorang dalam berblog.

Jadi kali ini, Alja nak share dengan korang ANTARA 8 LIFESTYLE BLOGGER PILIHAN 2018 yang Alja rasa ok dan sangat bagus content yang di share nya. Siapa? Jom baca sampai habis.


1. Syamimi Saad - http://www.syamimisaad.com/



2. Zaza Iman - http://www.zazaiman.com/



3. Wawa Ashihara - http://www.wawaashiharaa.com/




4. Tengku Butang - http://www.tengkubutang.com/


Blogger-blogger yang Alja share ni merupakan blogger yang niche utamanya ialah LIFESTYLE. 8 Blogger ni juga ada share tentang beberapa Tips kesihatan dan Tips yang lain yang sangat berguna untuk kita. Kalau tak gunakan Tips tu sekarang, mungkin boleh di 'bookmark' untuk masa akan datang.

Malah, mereka juga ada berkongsi tentang kecantikkan, skincare routine, cara make up. Tipulah kita sebagai wanita tak suka mekap. At least lipstik mesti ada kan? itu juga sebahagian dari beauty diri kita. Why not korang singgah blog mereka untuk tahu tips - tips mekap.

Nak dekat Bulan Ramadan ni mesti ada diantara kita terutama Ibu ibu pening nak masak apa kan? Jangan risau! mereka juga ada kongsikan Resepi memasak yang sesuai untuk seisi keluarga. Makanan yang menjadi kebiasaan kita terutama melayu dan mungkin Blogger-blogger ini ada kongsi Resepi yang tak pernah korang cuba. Mereka juga ada berkongsi tempat-tempat menarik yang berada di Malaysia. Ada yang dah berjalan separuh dari Malaysia ni. Best kan?

5. Iuzira - http://www.iuzira.com/



6. Diana Rashid - https://www.dianarashid.com/




7. Wendy Pua - http://www.wendypua.com/



8. Cik Ash - http://www.cikash.com/


Bagi Alja, Ni di antara 8 Blog yang merupakan Lifestyle Blogger yang terbaik dan menarik bagi tahun 2018. Korang punya pendapat pula? Jom Kongsikan Blog mana yang korang suka singgah. Mungkin Alja tak pernah tahu, jadi bila korang share blog tu, Blog yang mungkin tersorok tu pun akan mula disebut sebut macam Blogger blogger yang Alja share ni.  

Tahu tak, setiap apa yang kita kongsi dan tulis di laman sosial terutama di dalam blog ni merupakan identiti diri kita sendiri. Ada yang suka maki maki, marah marah dalam penulisan. jadi kita tahu mungkin dia seorang yang negatif. Dari segi penulisan ni boleh membuktikan kita dekat orang ramai kita sejenis yang bagaimana. Jadi berhati-hati bila jari kita menari-nari menekan papan kekunci ini.

Tulisan yang baik, akan diingat sampai kita mati. Jika baik penulisannya, Sharing yang baik. Mungkin akan menambahkan saham kita diakhirat kelak. InsyaAllah. Jadi Kongsi dan tulis benda baik baik ok? dan jangan lupa untuk singgah 8 Blogger Lifestyle ni Jika korang mahukan Tips-Tips menarik. Blogger-Blogger yang Alja share ni merupakan Random. Jadi tiada susunan yang pertama mahupun terakhir.


WePrint : Liberty Printing Mesin pencetakkan gambar dengan pantas melalui aplikasi Wechat!

Masih kah kita Ingat suatu ketika dulu? Guna Kamera, Pakai Kodak, film, then hantar kedai untuk dicuci untuk dijadikan sekeping gambar? Tak mungkin kita lupa, sebab tu perkara yang legend kot! Pada Era zaman serba maju ini, segalanya harus cepat, mudah dan pantas! Termasuklah print gambar untuk diabadikan sebagai kenangan kelak.

Kini, kalau kita ke majlis mana sahaja terutama majlis perkahwinan, mesti akan ada photobooth atau mesin pencetak segera ini kan? posing sana sini then cetak di mesin, terus dapat. Betul kan?
Liberty Printing ialah mesin cetak dan bahan pembekal pemindahan haba di Malaysia. mesin WePrint secara eksklusif diimport, berjaya dan diedarkan oleh Liberty Printing sejak 2015.

Nak print gambar pun mudah, sebab Alja dah pernah buat sebelum ni dekat Majlis berbuka puasa bersama denaihati.

  1. First Scan QR Code di Wechat
  2. Pilih Event yang berada terdekat korang
  3. Pilih gambar yang korang nak print
  4. So adjust lah nak bahagian kepala je ke, kaki je ke, cantik-2 kan. Then Print!
  5. Tunggu lah sampai gambar korang keluar.
Sebelum pilih gambar, ada no untuk korang key in baru boleh pilih gambar. Ala macam no giliran lah. So nanti tahu lah siapa buat dulu siapa kemudian. Jadi tak bergaduh. hahaha

WePrint, mesin percetakan berkualiti tinggi yang disambungkan melalui aplikasi WeChat, telah semakin popular dalam pameran dan pameran bergerak sejak ia dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 2015.
Mesin ini sesuai untuk mana-mana sahaja majlis korporat atau swasta dan sesuai setiap lapisan masyarakat untuk mencetak gambar kegemaran mereka ke bahan yang berbeza, termasuk kertas foto, kertas magnet, butang lencana dan sarung telefon.

WePrint bukan sahaja boleh mencetak gambar, tetapi WePrint adalah sumber nombor satu dalam Button Badge Machine, Sticker Thermal Printer, Kad Laminator PVC, serta lain-lain mesin dan bahan percetakan khusus.

Alja dah ada setakat ni 6-7 keping gambar dari weprint. Warna gambar pun cantik. Alja print semasa Majlis bebruka puasa Denaihati. Memang seronok Print gambar sebab mudah. Dah macam Game pun ada sebab berebut nak dapatkan code untuk print. hahaha. Yang penting, Tak jadi 'kotor' bila kena air. Suka material gambar ni. Material kertas untuk gambar pun boleh pilih.
 What can we print for you? Free instant high quality photos!
Setiap Pembelian akan mendapat diskaun sebanyak 10% tau! Jangan lambat-lambat sebab diskaun ni sampai 30 November 2016 ini SAHAJA. So apa tunggu lagi? Gunakan Code NA1001 untuk mendapatkan diskaun sebanyak 10%.

Ia merupakan satu peluang perniagaan baru di malaysia dan No1 di Malaysia. Mesin WePrint ialah Latest trend yang Segera gambar mesin percetakan baru serta dapat Mengubahnya menjadi alat yang menghasilkan wang. Nak juga? Pengedar diperlukan, Dapatkan sekarang! Weprint Machine ialah 1 WeChat Printer di Malaysia.



Untuk sebarang pertanyaan perniagaan, sila hubungi:

Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T)
Alamat: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A / KU3, Pusat Commercial Kristal Klang, 42100 Klang, Selangor.
Nombor untuk dihubungi: 019-985 8151 (Elaine)
E-mel: order@libertyprinting.com.my
E-mel: weprint@libertyprinting.com.my
Waktu perniagaan: Isnin hingga Sabtu (9 pagi hingga 6 petang)



Mencari Blogger untuk job post review - Tuan Syed

Assalamualaikum hi semua, Last two weeks Alja dapat job post review oleh Tuan Syed. Review ni ada token, maksudnya Job berbayar. Alhamdulillah ada duit tepi tambahan bulan ni.

Biasalah kalau kita review apa sahaja, lepas kerja memuaskan baru dibayar. Jadi kalau rasa, berminat. Boleh contact Tuan Syed. Lepas kerja memuaskan, memang payment pun masuk cepat je. Harini post, esok dah dapat. Berminat?

Kalau beminat, Hantarkan butir-2 seperti yang diminta didalam gambar tuh di Bahagian Komen FB Tuan Syed.

P/s: Tuan Syed dan Puan Ain yang suruh war-warkan benda ini. Rezeki, kita kongsi sama sama. InsyaAllah ^^ Kan dalam rezeki kita, terselit rezeki orang lain juga :D



Contest Review Lynk.my 2015

Assalamualaikum hai semua. dah lama tak bercerita and tak join contest giveaway segmen yang dianjurkan oleh blogger. Masa terhad, sampai update perkara biasa je. Tetiba terbaca tentang 'Write A Review Contest By Lynk.my' ni. Jadi Alja nak try join and dah pun join as a member Lynk.my tau! baru baca terus jadi member. berdesup lajunya. hehe

tapi awak semua mesti tertanya-tanya, apa lah Lynk.my ni kan? meh rapat-rapat Alja cerita serba sedikit pasal Lynk.my dekat korang, sebelum join contest mesti nak tahu serba sedikit latar belakang Lynk.my ni kan. Macam nak plih calon suami, mesti nak tahu Latar belakang family dia. eh? hahaha
APA ITU LYNK.MY ?
Nak tanya, Kalau korang nak pendekkan url kan, korang selalu guna website mana? bit.ly? Imgur? lagi apa website yang boleh pendekkan url kita yang panjang lebar tuh? Rimaskan kalau Link pepanjang, sebab orang nak click link bukan nak baca link. Betul tak? Alja selalu guna imgur je.

Tapi bila dah terbaca pasal Lynk.my terus setia dengan Lynk.my, siap cari link pepanjang untuk dipendekkan lagi! laju hokey mcm internet 4G! haha. Link.my ni function dia sama je dengan imgur, bit.ly dan lain-lain lagi.

Sebelum Lynk.my > http://www.cahayapermata.my/2015/09/tips-blog-manfaat-blogwalking-button.html
Selepas Lynk.my > http://lynk.my/Rvq

Sama je kan functionnya 'Memendekkan Url' kan? Tapi Tapi Tapi! Jangan Click pangkah hokey, belum habis cerita. haha

ha, Yang lainnya Lynk.my ni ialah disamping kita pendekkan url, kita pun boleh menjana income tepi juga (side income) hahaha. Syoknya! dari kita guna bit.ly dan imgur tuh, awak boleh dapat apa? dpt url pendek je, tapi tak dpt manfaat lain kan? Lagi satu kan, Lynk.my ni website anak tempatan macam kita juga tau.

Jadi Apa salahnya kita support Website dari Malaysia sendiri kan? For Malaysia By Malaysia gittew. Best kan? sebab Objektif Lynk.my ni juga untuk membantu Orang-2 Malaysia mengiklan produk-2 mereka dengan harga yang murah dan berbaloi-2.
APAKAH SERVIS YANG DISEDIAKAN OLEH LYNK.MY ?
Servis yang disediakan untuk kita ada dua(2) tau.

ADVERTISER
Khas untuk Untuk Peniaga-peniaga yang ada produk tapi masih belum beriklan, jangan risau! Sebab Lynk.my menyediakan perkhidmatan pengiklanan dengan harga mampu milik tau. Dengan menggunakan Lynk.my, semua orang boleh mengiklankan dari harga serendah hanya RM10. Tiada Yuran Pendaftaran Diperlukan. wah double wow! haha

PUBLISHER
Korang nak duit sampingan? Main-2 facebook ke twitter ke kan, terutama blogger-2, kan awak semua banyak main url-2 tuh kan? Ni sangat-sangatlah disarankan untuk korang, untuk kita as blogger! Click-2 dapat duit, syok kan? hehehe.

Jadi apa lagi? Jom Join Lynk.my sekarang!!

Tekan 'JOIN NOW' !
Letak butiran anda dan pilih antara Publisher atau Advertiser then 'I WANT TO JOIN Lynk'!
WRITE A REVIEW CONTEST
Wuuu, dalam kita dok short-2 kan link pun, Lynk.my pun ada buat contest lah. Khas buat blogger ni, Semua Blogger tak asing lagi dengan bab-bab review-2 ni. betul tak? Jadi Alja nak try lah, mana tahu kan bertuah ke? hehehe

Tapi, sebelum korang nak join contest, korang kena Join dulu Lynk.my tau as a member. tak dikenakan bayaran pn, free! :D
sebelum join, meh lah kita baca serba sedikit syarat dan senarai hadiah. hadiah dia sangat double triple wow! hahaha
SYARAT REVIEW
  • Ditulis dalam bahasa Melayu atau English sahaja.
  • Tiada had panjang minimun dan maksimum untuk artikel.
  • Gaya penulisan artikel ialah bebas.
  • Wajib memiliki akaun di lynk.my dan maklumat pengguna diisi selengkapnya bagi memudahkan urusan agihan hadiah
  • Wajib menulis review tentang system lynk.my
  • Wajib menulis tentang pertandingan ini termasuk senarai hadiah dan kategori yang dipertandingkan
SENARAI HADIAH DAN KATEGORI
  • TOP lynkUNDI
    • Tempat Pertama - RM500
    • Tempat Kedua - RM300
    • Tempat Ketiga - RM100
  • TOP SEO 
    • Tempat Pertama - RM500
    • Tempat Kedua - RM300
    • Tempat Ketiga - RM100
  • TOP CREATIVE
    • Tempat Pertama - RM1000
    • Tempat Kedua - RM500
    • Tempat Ketiga - RM200

Pemenang ditentukan pada 29 Disember melalui fanpages lynk.my , email , lynk.my , support.lynk.my dan melalui telefon jika peserta mengisi data lengkap ketika berdaftar di system lynk.my.

TARIKH TUTUP 
  • bermula pada 27 Oktober 2015 sehingga 27 Disember 2015. (Pihak penganjur mempunyai hak untuk melanjutkan pertandingan jika perlu.)
  • Pemenang akan diumumkan pada 29 Disember 2015
  • Hadiah akan diberikan dalam tempoh 3-14 hari bekerja bermula 30 Disember 2015

Wah bestnya hadiahnya kan? Takkan nak lepaskan peluang. ngaum ngaum ngaum hadiah dia memanggil. hahaha tapi kan, ada lagi best tau untuk 50 peserta terawal. apa tuh? ha mai sini alja kasi tau.
[Image: GIVEAWAY.jpg]
untuk Peserta 50 Terawal akan mendapat Gajet Khas daripada ikedaikami.com. Weh bestnya, Kalau 50 peserta terawal dapat ni, kalau awak menang? berganda-2 hadiah. Rezeki namanya tuh, jadi jangan teragak-2 untuk join ^^

Jom Support Website Anak tempatan Lynk.my dan Join Contest Review tau! :D Semoga Berjaya!!