Jom sertai peraduan Wefie Raya bernilai RM 10,000.00 dengan beberapa langkah mudah oleh Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas Herbs

Hai korang, korang pernah dengar tentang Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas Herbs? Tipulah tak pernah. Berapa banyak kali Jus Hidayah Gold masuk Segmen tajaan Wanita Hari Ini dan Jom Singgah. Alaaa Sblm WHI, Mesti ada slot Jom Singgah di TV3 yang memperkenalkan Founder-founder produk kesihatan termasuklah Jus Hidayah Gold dan segala produk keluaran Seraimas Herbs.

Jus Hidayah Gold adalah minuman kesihatan bermutu tinggi dan menggabungkan 23 jenis herba yang memberi kebaikan dan kesan berganda untuk lebih sihat dan kekal cantik. Produk yang tidak perlu diperkenalkan lagi ini turut dapat membantu pelbagai masalah kesihatan. Tidak terhad kepada penyakit ringan sahaja, Jus Hidayah Gold juga dapat mengatasi penyakit serius atau kronik seperti penyakit kanser, diabetes, darah tinggi, gout, SLE (systemic lupus erythematous), angin ahmar, migraine, buasir, denggi, masalah usus (gastik atau sembelit) dan sebagainya.

Kalau korang tak selalu tengok TV takpe, Iklan Produk keluaran Seraimas Herbs ni juga banyak kita dengar di corong corong radio. "Jus Hidayah Gold, Raja Segala Herba" atau korang mesti dengar lagu dekat TV, Hahaha lagu ni anak buah Alja dok joget lagi ok walaupun dorang just berdiri joget kiri kanan je. hahaha.

"Kami Semua sepakat
nak cergas serta kuat
minum Jus Hidayah Gold
kekal sihat walafiat"

Warisan herba sepanjang zaman ini mampu dimiliki untuk kesihatan seisi keluarga serta mengeratkan lagi jalinan kebahagiaan bersama. Lebih Kuat, Lebih Cergas dan Lebih Beramal dengan Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas Herbs.
Kalau korang nak tahu, Imam Muda Asyraf telah dipilih untuk menjadi duta produk kesihatan yang terkenal dengan tagline "Lebih Kuat, Lebih Cergas, Lebih Beramal’ iaitu Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas Herbs. Nama Imam Muda Asyraf tidak asing lagi dihalwa telinga kita, Beliau merupakan juara musim pertama program Pencarian Imam Muda yang diadakan di Astro Oasis.

Imam Muda Asyraf juga meneruskan diri dalam dakwah beliau menerusi program bual bicara iaitu Hidayah Talk yang membincangkan pelbagai isu melalui laman Facebook pengeluar jus ini iaitu Seraimas HQ. Program bual bicara yang berlangsung tiga kali dalam sebulan ini mengupas topik-topik semasa tentang kekeluargaan dan pentingnya kesihatan.

Psstt, nak duit raya dengan beberapa langkah mudah?

Seraimas akan mengadakan Peraduan Wefie Raya bermula 17/5/2018 sehingga 1/7/2018 ini. Penyertaan hanya boleh dihantar bermula 17/5/2018. Penyertaan terakhir akan diterima sehingga pada jam 10 malam 1/7/2018.

Cara Penyertaan korang boleh melawat di website seraimas.my/peraduan untuk tahu lebih lanjut mengenai peraduan yang diadakan oleh Seraimas Herbs serta hadiah hadiah yang bakal dimenangi dan juga cara untuk submit penyertaan wefie raya korang yang cantik tu ^^

Hadiah : Seramai 5 orang pemenang akan dipilih. Berikut adalah hadiah-hadiah yang bakal dimenangi,

  • TEMPAT PERTAMA:
    • Gold Bar (20g) DAN 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas
  • TEMPAT KEDUA:
    • Gold bar (10g) DAN 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas
  • TEMPAT KEDUA SEHINGGA KELIMA:
    • 1 Dinar Emas DAN 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas
Korang boleh dapatkan Jus Hidayah Gold di:-

Yang Bestnya, korang boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki dengan syarat setiap penyertaan mesti mempunyai gambar kotak produk Jus Hidayah Gold sebagai bukti pembelian. Pemenang dalam peraduan ini akan dipilih berdasarkan gaya yang paling kreatif. Pemilihan pemenang dibuat oleh pihak juri yang dilantik.

Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 1/7/2018 jam 10 malam dan akan diumukan di Facebook Seraimas HQ



Serai Mas Herbs Sdn Bhd ditubuhkan pada 2005 di atas impian dan inspirasi oleh pengasas yang juga Pengarah Urusan Syarikat, Datin Hajjah Sunita Bibi Ali Akhbar. Menyedari hakikat bahawa sektor makanan tambahan bagi tujuan kesihatan dan juga produk kosmetik serta kecantikan amat menggalakkan, maka syarikat ini mula beroperasi dengan menyediakan pelbagai rangkaian produk yang bermutu tinggi.
Perjalanan Serai Mas Herbs Trading bermula daripada sebuah kedai jamu milik Datin Hajjah Sunita Bibi yang ketika itu menjadi stokis untuk satu produk lokal syarikat lain. Beliau nekad untuk membina empayarnya sendiri selepas dia ditipu dan ditikam belakang oleh syarikat terbabit. Datin Hajjah Sunita Bibi juga percaya dengan mengeluarkan produk kesihatan ini, ia dapat membantu orang ramai untuk menjaga kesihatan walaupun sibuk dengan kehidupan harian.

Menekankan isu kekeluargaan, setiap produk yang dihasilkannya mampu dimiliki oleh setiap ahli keluarga kerana produknya bermula dari produk bayi, kanak-kanak, ibu mengandung, serta warga emas. Malah harga mampu milik yang ditawarkan ini mampu untuk dimiliki oleh setiap ahli keluarga di Malaysia.
Beliau percaya dengan hubungan kasih sayang dan kekeluargaan yang penting dalam satu keluarga itu, produk ini mampu memberi kesan positif jika diamalkan selalu. Beliau juga mahu produk kesihatannya ini mampu pergi jauh dan boleh mengorak langkah hingga ke luar negara.

Sebarang Pertanyaan Boleh hubungi di Talian +6012 7848364 , atau anda juga boleh melayari Website dan mana-mana laman Sosial Seraimas HQ untuk melihat lebih lanjut segala produk keluaran seraimas.

Website: www.seraimas.my
Facebook: Seraimas HQ
Instagram: @seraimashq
Youtube: Seraimas Herbs

"Semoga kita dikurniakan kesihatan yang dapat memudahkan kita membanting tulang 4 kerat demi membantu keluarga serta dapat membantu orang terdekat dan dapat memudahkan kita tunaikan kewajipan kita sebagai HambaNya. Aamiin! InsyaAllah. Kan Setiap penyakit ada penawarnya, kecuali MATI. Jadi berusaha selagi mampu"



Restoran Eung Chicken, Damansara Utama | Ketagih dengan Ayam goreng Spicy

Sana sini Kpop, baik movie, drama, Tv Show tak lari juga Makanan. Korea atau Kpop dah jadi bagaikan satu fenomena bagi sesetengah rakyat Malaysia. Baru-baru ini "Jalan Jalan Cari Makan Bersama Alja" pergi ke satu kedai makanan Korea yang sangat lazat untuk dinikmati dan pastinya tak menyesal (pengakuan jujur!)

Restoran Eung Chicken yang menyediakan makanan korea kepada anda, tengok keadaan dalam restoran pun seperti berada di korea apatah lagi bila makan. Yummy! Boleh terus teringat ingat macam Alja. Sekarang tengah menaip Entri pun dalam keadaan perut kruk kruk... "Ayam goreng....." Korang boleh dapatkan Eung Chicen ni dengan serendah RM21 untuk yang set. Murahkan?
HURAIDEU CHICKEN
Huraideu Chicken yang bermaksud ayam goreng crispy. Huraideu saiznya besar besar segengam tangan Alja. Untuk Set ini ada 2 bahagian, Half & Whole. Terdapat 3 Flavour untuk Huraideu Chicken, iaitu,

  • Original
    • Half RM27
    • Whole RM46
  • Soy Sauce
    • Half RM37
    • Whole  RM56
  • Spicy
    • Half  RM 39
    • Whole  RM58
Alja honestly suka Spicy sebab Alja memang peminat pedas. Ayam goreng dengan Soy Sauce pun sedap cuma Alja lebih berminat dengan Spicy. Memang Juicy ayam ni, ranggup dan pedas semuanya Tip Top! Sayangnya Huraideu tak boleh Half-half flavour. Ehhh jangan risau, scroll lagi.

WINGETTE MIX DRUMETTE
Untuk set Wingette dan Drumette ini pula, Korang boleh pilih berapa ketul dan disiapkan sekali dengan harga. ia dihidangkan dengan 2 Flavour iaitu Soy Sauce dan Spicy. Ha tapi yang ni korang boleh ambik half half flavour so takpayah lah penat fikir nak beli Flavour ni berapa, yang ni berapa, kan?

  • 6 pcs     RM 16.00
  • 8 pcs     RM 20.00
  • 12 pcs   RM 30.00
  • 20 pcs   RM 49.00


Bosan Ayam? Ramen adaaa! Ramen = Maggi. 
Ramyeon yang disediakan oleh Restoran Eung Chicken ini terdapat 2 jenis. Alja dah rasa yang Soup. Sangat sedap lelagi dia letak cheese. Tak sangka sedap sampai teringat ingat, dah habis pun still korek kuali kecik ni harap maggi tu beranak kembali tanpa di order. hahaha So baru berani makan Maggi dengan letak cheese. Sebab Kalau letak cheese takut muak, tapi yang ni tak langsung. So 2 jenis ramyeon yang disediakan ialah,
  • Dry Ramyeon    RM16
  • Soup Ramyeon  RM16

Tapi korang takkan muak lah dengan Ayam yang disediakan oleh Restoran Eung Chicken ni sebab tak muak langsung. Ayamnya pun sangat sedap dan juicy. Tak terlalu garing dan bebetul crispy.
Red Bean Mochi With Ice Cream
Bulan Ramadan pun tinggal kurang dari 2 minggu je lagi. Jadi Restoran Eung Chicken ada menyediakan Iftar Set buat muslim. yeay!

Iftar Set ( With complimentary Kurma )
  • 2 person set ( RM49.90 )
    • 2 x Drinks
    • 2 x White Japanese Steam Rice
    • 12pcs Wings ( Any two flavour )
    • 2x Red Bean Mochi with Ice Cream
  • 3 person set ( RM72.00 )
    • 3x Drinks
    • 3x White Japanese Steam Rice
    • 18pcs Wings ( Any two flavour )
    • 3x Red Bean Mochi with Ice Cream 
  • 4 person set ( RM95 )
    • 4x Drinks 4x White Japanese Steam Rice
    • 30pcs Wings ( Any two flavour ) 
    • x Red Bean Mochi with Ice Cream

Kalau korang pun nak rasai ketagih macam Alja, korang patut Cuba dan jangan lupa book untuk Bulan Ramadan ok? Alja mestilah takkan lepaskan peluang untuk bulan ramadan. Sekali sekala berbuka ala-ala korean. hihi

Oh ya, Mana yang cari, Korang boleh Waze je "Eung Chicken". Eung Chicken ni berdekatan Starling Mall. Bahagian Belakang bangunan Starling Mall berdekatan dengan Kedai 7-Elevan.

RESTORAN EUNG CHICKEN, DAMANSARA UTAMA

Address                 :   No. 55G, Jalan SS21/60,
                                        Damansara Utama Petaling Jaya.
Opening hours : 12.30 pm - 11.00 pm (Sun - Thu)
12.30 pm - 11.30 pm ( Fri & Sat) .
No. Contact           :  011-1057 4388
Facebook : Eung Chicken
Instagram : @eungchickenMY


Syurga Seafood di JUST SEAFOOD, Sunway Giza Mall, Kota Damansara | Nasi Lemak Cajun Seafood

Siapa tak suka makan? bohong! Hahaha untuk "Jalan Jalan Cari Makan Bersama Alja" food stop Alja kali ini, Alja makan di JUST SEAFOOD yang bertempat di Sunway Giza Mall, Kota Damansara. Untuk ke Just Seafood atau ke Sunway Giza, Korang boleh naik MRT then turun di Surian MRT Station (paling dekat dan senang)

Teringin seafood bukan satu masalah lagi. Tak perlu pergi bercuti ke tepi pantai, tepi laut hanya untuk menikmati keenakan seafood. Malah korang pun tak payah selam selam nak dapatkan makanan ni. Di Just Seafood semuanya serba serbi lengkap jika korang peminat makanan laut, disinilah tempatnya.
Alja minat makan dan peminat seafood, sudah tentu Alja tak akan lepaskan peluang untuk merasai sendiri makanan di JUST SEAFOOD ini. Memang kedai ini menjual semata-mata Seafood sahaja. Sebab itu Alja panggil Kedai Just Seafood ni Syurga Seafood. Rambang mata, Sotong, Udang, Ketam, Kepah semua besar besar. Boleh dikatakan puas makan dan kos untuk makan seafood untuk 2 orang dalam RM120 sahaja.

Dengan kedai yang bersih, environment yang tak bising, sangat sesuai untuk bawak sesis keluarga untuk menikmati makanan di Just Seafood ini. Parking pun tak susah untuk kesini sebab Sunway Giza Mall kan, jadi ada basement parking berbayar.
Terdapat 4 perisa yang Alja rasa disana, Satu lagi perisa ni mesti korang tertanya tanya kan ?

  • Original Cajun Style
  • Butter Cream Milk
  • Golden Salted Egg
  • Black Pepper Durian Cajun 
Tapi, ada satu Flavour tambahan iaitu, Durian? Rasa apa lah kan? Alja dah rasa sikittt, even sikit, bila sendawa terasa pekat durian. So for those yang suka dengan durian. U should try this flavour. Durian Seafood! Sedap, macam makan durian dengan nasi. Mesti ada di antara awak semua yang pernah makan durian sahaja with nasi kan? So apa kata try this durian flavour. Confirm suka!
Durian Flavour

Di Just Seafood, Alja makan Nasi Lemak Cajun Seafood. Tapi ala ala shell out. Pinggan disediakan, nak makan atas paper yang disediakan pun boleh. Makan macam ni pun dah kenyang. Lebih kepada ratah lauk dengan harga yang ditawarkan, sangatlah berbaloi.

Flavour yang menjadi Best Seller bagi Restoran Just Seafood ini ialah Louisiana Cajun Style and Buttermilk Special Sauce tetapi Black Pepper Durian Cajun juga tidak kurang hebat dan di Just Seafood korang boleh order cendol atau pun Aiskrim kelapa sebagai Dessert.
Ah lapar pulak taip entri ni untuk tatapan korang dan simpanan sendiri supaya tak lupa pernah singgah di Just Seafood, Syurga Seafood gittew! hehe. Jom cuci mata lagi, Alja tunjuk beberapa gambar lagi untuk beberapa Flavour yang disediakan di Just Seafood.
 
Jangan risau kerana ianya Halal. Bahan-bahan pun dimasak menggunakan bahan yang sesuai untuk kita Muslim makan. Jadi Alja sangat Recommend korang untuk datang sini dan Try! Rajin rajin lah tengok Facebook page dorang, mungkin ada promotion. Just Seafood menerima pembayaran secara Tunai, Mastercard dan Visa, untuk RESERVATION,


JUST SEAFOOD, SUNWAY GIZA MALL, KOTA DAMANSARA

ADDRESS                  :   A-9-G, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14,
                                      Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810,
                                      Petaling Jaya, Malaysia.
BUSINESS HOUR    : 12.00 pm- 10.30 pm (Mon – Sun)
NO. CONTACT         : 012 - 229 0855 or 03 - 6144 6366 (Reservation)
FACEBOOK             : JustSeafoodMY
EMAIL                      : info@justseafood.com.my



8 LIFESTYLE BLOGGER MALAYSIA PILIHAN 2018

Laman web Blogger pada masa kini tidak asing lagi di halwa telinga kita. Bahkan, bila kita nak search sesuatu, pasti kita akan search di google dan akan keluar beribu ribu laman web dan blog mengenai apa yang kita search tadi. Betul tak?

Pelbagai niche yang kita boleh lihat dalam berblogger ni. Antaraya Travel, Food, Lifestyle, Keibubapaan, Beauty, Gamers, Fashion dan pelbagai lagi. Niche dalam berblogger ni bertujuan untuk kita tahu mengenai KEUTAMAAN Bidang seseorang dalam berblog.

Jadi kali ini, Alja nak share dengan korang ANTARA 8 LIFESTYLE BLOGGER PILIHAN 2018 yang Alja rasa ok dan sangat bagus content yang di share nya. Siapa? Jom baca sampai habis.


1. Syamimi Saad - http://www.syamimisaad.com/



2. Zaza Iman - http://www.zazaiman.com/



3. Wawa Ashihara - http://www.wawaashiharaa.com/




4. Tengku Butang - http://www.tengkubutang.com/


Blogger-blogger yang Alja share ni merupakan blogger yang niche utamanya ialah LIFESTYLE. 8 Blogger ni juga ada share tentang beberapa Tips kesihatan dan Tips yang lain yang sangat berguna untuk kita. Kalau tak gunakan Tips tu sekarang, mungkin boleh di 'bookmark' untuk masa akan datang.

Malah, mereka juga ada berkongsi tentang kecantikkan, skincare routine, cara make up. Tipulah kita sebagai wanita tak suka mekap. At least lipstik mesti ada kan? itu juga sebahagian dari beauty diri kita. Why not korang singgah blog mereka untuk tahu tips - tips mekap.

Nak dekat Bulan Ramadan ni mesti ada diantara kita terutama Ibu ibu pening nak masak apa kan? Jangan risau! mereka juga ada kongsikan Resepi memasak yang sesuai untuk seisi keluarga. Makanan yang menjadi kebiasaan kita terutama melayu dan mungkin Blogger-blogger ini ada kongsi Resepi yang tak pernah korang cuba. Mereka juga ada berkongsi tempat-tempat menarik yang berada di Malaysia. Ada yang dah berjalan separuh dari Malaysia ni. Best kan?

5. Iuzira - http://www.iuzira.com/



6. Diana Rashid - https://www.dianarashid.com/




7. Wendy Pua - http://www.wendypua.com/



8. Cik Ash - http://www.cikash.com/


Bagi Alja, Ni di antara 8 Blog yang merupakan Lifestyle Blogger yang terbaik dan menarik bagi tahun 2018. Korang punya pendapat pula? Jom Kongsikan Blog mana yang korang suka singgah. Mungkin Alja tak pernah tahu, jadi bila korang share blog tu, Blog yang mungkin tersorok tu pun akan mula disebut sebut macam Blogger blogger yang Alja share ni.  

Tahu tak, setiap apa yang kita kongsi dan tulis di laman sosial terutama di dalam blog ni merupakan identiti diri kita sendiri. Ada yang suka maki maki, marah marah dalam penulisan. jadi kita tahu mungkin dia seorang yang negatif. Dari segi penulisan ni boleh membuktikan kita dekat orang ramai kita sejenis yang bagaimana. Jadi berhati-hati bila jari kita menari-nari menekan papan kekunci ini.

Tulisan yang baik, akan diingat sampai kita mati. Jika baik penulisannya, Sharing yang baik. Mungkin akan menambahkan saham kita diakhirat kelak. InsyaAllah. Jadi Kongsi dan tulis benda baik baik ok? dan jangan lupa untuk singgah 8 Blogger Lifestyle ni Jika korang mahukan Tips-Tips menarik. Blogger-Blogger yang Alja share ni merupakan Random. Jadi tiada susunan yang pertama mahupun terakhir.