Restoran Eung Chicken, Damansara Utama | Ketagih dengan Ayam goreng Spicy

May 03, 2018 0 Comments A+ a-

Sana sini Kpop, baik movie, drama, Tv Show tak lari juga Makanan. Korea atau Kpop dah jadi bagaikan satu fenomena bagi sesetengah rakyat Malaysia. Baru-baru ini "Jalan Jalan Cari Makan Bersama Alja" pergi ke satu kedai makanan Korea yang sangat lazat untuk dinikmati dan pastinya tak menyesal (pengakuan jujur!)

Restoran Eung Chicken yang menyediakan makanan korea kepada anda, tengok keadaan dalam restoran pun seperti berada di korea apatah lagi bila makan. Yummy! Boleh terus teringat ingat macam Alja. Sekarang tengah menaip Entri pun dalam keadaan perut kruk kruk... "Ayam goreng....." Korang boleh dapatkan Eung Chicen ni dengan serendah RM21 untuk yang set. Murahkan?
HURAIDEU CHICKEN
Huraideu Chicken yang bermaksud ayam goreng crispy. Huraideu saiznya besar besar segengam tangan Alja. Untuk Set ini ada 2 bahagian, Half & Whole. Terdapat 3 Flavour untuk Huraideu Chicken, iaitu,

  • Original
    • Half RM27
    • Whole RM46
  • Soy Sauce
    • Half RM37
    • Whole  RM56
  • Spicy
    • Half  RM 39
    • Whole  RM58
Alja honestly suka Spicy sebab Alja memang peminat pedas. Ayam goreng dengan Soy Sauce pun sedap cuma Alja lebih berminat dengan Spicy. Memang Juicy ayam ni, ranggup dan pedas semuanya Tip Top! Sayangnya Huraideu tak boleh Half-half flavour. Ehhh jangan risau, scroll lagi.

WINGETTE MIX DRUMETTE
Untuk set Wingette dan Drumette ini pula, Korang boleh pilih berapa ketul dan disiapkan sekali dengan harga. ia dihidangkan dengan 2 Flavour iaitu Soy Sauce dan Spicy. Ha tapi yang ni korang boleh ambik half half flavour so takpayah lah penat fikir nak beli Flavour ni berapa, yang ni berapa, kan?

  • 6 pcs     RM 16.00
  • 8 pcs     RM 20.00
  • 12 pcs   RM 30.00
  • 20 pcs   RM 49.00


Bosan Ayam? Ramen adaaa! Ramen = Maggi. 
Ramyeon yang disediakan oleh Restoran Eung Chicken ini terdapat 2 jenis. Alja dah rasa yang Soup. Sangat sedap lelagi dia letak cheese. Tak sangka sedap sampai teringat ingat, dah habis pun still korek kuali kecik ni harap maggi tu beranak kembali tanpa di order. hahaha So baru berani makan Maggi dengan letak cheese. Sebab Kalau letak cheese takut muak, tapi yang ni tak langsung. So 2 jenis ramyeon yang disediakan ialah,
  • Dry Ramyeon    RM16
  • Soup Ramyeon  RM16

Tapi korang takkan muak lah dengan Ayam yang disediakan oleh Restoran Eung Chicken ni sebab tak muak langsung. Ayamnya pun sangat sedap dan juicy. Tak terlalu garing dan bebetul crispy.
Red Bean Mochi With Ice Cream
Bulan Ramadan pun tinggal kurang dari 2 minggu je lagi. Jadi Restoran Eung Chicken ada menyediakan Iftar Set buat muslim. yeay!

Iftar Set ( With complimentary Kurma )
  • 2 person set ( RM49.90 )
    • 2 x Drinks
    • 2 x White Japanese Steam Rice
    • 12pcs Wings ( Any two flavour )
    • 2x Red Bean Mochi with Ice Cream
  • 3 person set ( RM72.00 )
    • 3x Drinks
    • 3x White Japanese Steam Rice
    • 18pcs Wings ( Any two flavour )
    • 3x Red Bean Mochi with Ice Cream 
  • 4 person set ( RM95 )
    • 4x Drinks 4x White Japanese Steam Rice
    • 30pcs Wings ( Any two flavour ) 
    • x Red Bean Mochi with Ice Cream

Kalau korang pun nak rasai ketagih macam Alja, korang patut Cuba dan jangan lupa book untuk Bulan Ramadan ok? Alja mestilah takkan lepaskan peluang untuk bulan ramadan. Sekali sekala berbuka ala-ala korean. hihi

Oh ya, Mana yang cari, Korang boleh Waze je "Eung Chicken". Eung Chicken ni berdekatan Starling Mall. Bahagian Belakang bangunan Starling Mall berdekatan dengan Kedai 7-Elevan.

RESTORAN EUNG CHICKEN, DAMANSARA UTAMA

Address                 :   No. 55G, Jalan SS21/60,
                                        Damansara Utama Petaling Jaya.
Opening hours : 12.30 pm - 11.00 pm (Sun - Thu)
12.30 pm - 11.30 pm ( Fri & Sat) .
No. Contact           :  011-1057 4388
Facebook : Eung Chicken
Instagram : @eungchickenMY