Bertukar ke First Gold 80

March 31, 2016 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum semua, cuti study week adalah cuti duduk rumah + berjalan. hihi. ish ish jangan ditiru.

Biasalah zaman maju ni, semua test quiz assesment pensyarah akan buat online je. jadi kalau tempat belajar kita provided Wifi tapi Wifi yang krik krik dalam erti kata lain TAK BOLEH GUNA LANGSUNG. maka, students pon terpaksa lah menggunakan data sendiri. sob sob.

Kelmarin alja buat kuiz online. biasalah data kita macam lagu hidup segan mati tak mahuuuuuuu T_T nak tunggu submit bukan main lama pastuh tetiba hilang. sedih sedih. masa pulak dah nak habis. menangis lah semahu mahunya.

jadi, emak pun kata "pergilah tambah quote sana". Nak tambah quote macam mana kalau kedai jauh. masa menjawab ada berapa minit lagi dalam 45minit lagi. jadi takut tak sempat. al-redhai. hahaha (harap submit lah!) sebab ingat data yang 300-400mb is cukup. rupanya tidak. oh tidakkk..

Maka, kelmarin emak pun cadanglah "takpelah esok pergi buat sana plan yang RM80 tuh yang Abg Kamarul cakap ada 10GB, call sms unimited"
celcom-first-gold
dan hari ini Alja pun pergilah ke Celcom Bluecube di KLCC untuk buat plan Celcom First Gold postpaid Plan.

rupanya Plan ni offer bulan march. baru tahu wey! dan harini hari last 31 March 2016. kalau tak silap harga sebenarnya ialah RM100 ke RM180 tak pasti. ampun! Untuk offer ni, kena bayar RM80/month sahaja. 

Alja berminat untuk ambik plan ni sebab Alja rasa jimat. sebelum ni Alja guna prepaid RM60 untuk internet sahaja 4.5GB. belum campur sms atau call ke rangkaian sama atau rangkaian lain. tak ke lebih dari RM80? kalau internet tak cukup, kena tambah 1GB (RM15) atau 5GB (RM50) lari sangat kan?

Kalau Alja apply Postpaid RM80 ni Unlimited Call dan SMS ke semua rangkaian dan 10GB internet lagi! (dibahagikan 5GB monthly internet dan 5gb lagi untuk sabtu ahad serta Free Wifiplus 5GB lagi) bagi Alja as student yang banyak guna internet untuk search itu ini, main blogg (sampingan je :p) amatlah berbaloi baloi.
Siap ada Internet 1.25GB setiap hari Sabtu dan Ahad, 5GB wifiplus kalau pergi ke cafe ke atau mall-mall yang ada hotspot Wifiplus+ boleh lah signin guna password yang dibagi. Kalau internet tuh ada lebihan akan dibawa ke hadapan dan kalau tak silap alja internet lebihan tuh tak boleh lebih dari data yang diapply. em emm :D

Jadi, apa tunggu lagi? cepat cepat Apply sebab Harini 31 March 2016 ialah hari terakhir. Fuh Ramai juga tadi yang Apply plan ni. beratuqqqqqqq panjang kemain. berbaloi baloi ^^ Untuk lanjut boleh ke www.celcom.com.my
Jadi, Apa kata anda? :)



Beauty Product Review : Ephyra Skin Nano Serum (Trial)

March 30, 2016 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum hi kawan kawan yang setia dalam blog Alja ni. Hihi harini Alja nak share feedback alja guna trial serum Ephyra ni.

Alja pakai Ephyra  skin nano serum (trial) punya memang tepat-2 sebulan punya penggunaan alja pakai. Jimat sebulan duit kita. Hihi

Sebelum ni Alja pakai serum yang botol kecik-2 tuh, mmg ok suka ya amat ya ampun ya ya ya.
Lepastuh habis, malas nak beli, lagipun leceh sikit sebab dia kecik kecik punya botol. Tapi mmg serum tuh bagus tak tipu tak bohong bukan kena bayar punya feedback hokeng. Haha

lepastuh Alja stop pakai serum tuh Sebab emak alja kata ala student kan, emak kata tak payah pakai sangat benda alah cengini. Jadi Kita stop lah sekejap. Time tuh pulak ada jom heboh dekat bukit jalil.

Ada promosi Serum Qu puteh qu puteh muah tuh tapi sayangnya tak sesuai dengan muka. Naik bintik hitam banyak. Jerawat apatah lagi. Kalau kena panas, berminyak sgt muka. Jadi rasa tak selesa. Kita beli 2 botol pulak tuh. Membazirnya T_T

Maka stop lah tak pakai sgt lepastuh dalam stop guna serum qu puteh dalam 2-3 minggu. Datang pulak si serum super hebat no 2 hebat yang Alja penah pakai iaitu Ephyra Skin Nano Serum. Kita dapat trial punya.
Memang best sangat dapat guna. Mukaaaa terus tak naik jerawat sangat. Pori-pori kan selalu ada kat bahagian pipi tuh, makin lama nampak makin ok makin kecut.

Lepastuh, parut jerawat parut-parut yang susah hilang tuh makin pudar. Ya Allah suka sangattttt rasa nak menangis sebab dah jumpa produk yang elok untuk kulit kita.

Dan juga, bila kena panas, muka tak brrminyak. Kalau pakai mekap ke tak pakai mekap ke muka jadi tak berminyak rasa sejuk je muka tauuuuu. Jerawat apatah lagi naik segannnnnn nak naik. Haha
Sebab sekarang pun Alja pakai sabun + serum Ephyra. Jadi hasilnya makin superb lah kan. Harap inilah produk terakhir dan sesuai dengan Alja dan untuk kita semua. Aamiin. Hihi biasalah perempuan kan tak lari dari kecantikkan. Lelaki apa kurangnya. Haha.

Nak cuba juga? Boleh msg Alja dekat Facebook untuk details pembelian Ephyra ni tau. Kita cantik sama sama.

Oh ye, lelaki nak guna pun boleh tau. Lelaki hensem macam Norman Hakim, yang kita perempuan ni biar cantik gojes macam memey. Cantik hensem sebelum raya gittew. Hihi :D

isu Hantaran yang menjadi Viral

March 29, 2016 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum hai korang semua. Semalam kan 28 March 2016 telah menjadi viral satu pernikahan yang titlenya RM15 Ribu.

Bagi Alja, pasal isu hantaran RM15K tuh, kita bukan ahli keluarga ke jiran terdekat ke kawan rapat ke jadi tak pasti siapa salah lagi.

Kita pun takde dalam acara membaling-2 selipar ke kerusi ke kereta ke apa ke jadi kita tak tahu perkara sebenar. kalau cakap, takut salah dah jadi fitnah pulak. Merangkak nak cari orang tuh nak minta maaf. Lelagi org yang kita tak kenal langsung ni.

Mungkin kejadian sebenarnya lain tapi dalam akhbar ceritanya lain. kita tak tahu perkara sebenar. Kita kalau boleh jumpa pihak yang terlibat kalau bebetul nak tahu kejadian sebetulnya.

Sebab bila dengar Cerita si A, si fulan bin tulen yang salah. Bila dengar cerita si B, si poleh binti tuleh yang salah pulak. Waduh jadi penat deh mikirinnya. Hihi.

Maka kesimpulannya ada baiknya kita diam diam sahaja. diri sendiri belum tahu lagi kahwin cmne. Walaupun kita tak kahwin esok hari. Seperti pepatah yang mengatakan takut disebabkan mulut bicara tidak manis, badan pulak binasa.

Jadi Alja belum tahu lagi Alja ni kahwinnya macam mana. Kejadiannya macam mana. Hantarannya macam mana. Apa semua tak tahu lagi. Tapi Alja akan serahkan semua urusan termasuk hantaran dekat emak. Biar emak uruskan semua. InsyaAllah. Semoga baik baik sahaja.

Aip itu perancangan. Belum lagi. Jauh lagi perkara macam ni. Yang penting habiskan belajar dulu. Hahaha. Ok Alja study dulu untuk Final Exam. Doakan Aljawahir ye boleh buat untuk Final exam sesi Disember 2015 ni. 7 paper dalam masa 2 minggu. Terasa nak nagis. Hahaha byebye :)



Tambahan - Kalau boleh buat akaun bersama. Senang mudah. Gaji tuh kita bahagikan bahagian-2 yang mana nak buat kahwin, personal, bagi ibu ayah atau sebagainya. Jadi dua-2 lelaki dan perempuan tahu tanggungjawab tuh. so takde lah isu lelaki itu perempuan ini. 


Zaman berubah. Kalau ikut adat banyak duit guna. Kalau ikut islam, insyaAllah duit tuh boleh guna lama kalau simpan bersama. Tapi apapun, bila kahwin, doa doa lah biarlah dipermudahkan dari awal majlis sampai akhir majlis dan sampai ke syurga.


Lagi lagi time bertunang, syaitan suka bagi dugaan untuk orang yang nak bina Sebuah Masjid ni. Jadi banyak bersabar. InsyaAllah. Itu pendapat alja lah.

Ragam Bila Dapat Baucer Buku

March 26, 2016 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum hai semuaaaaa. Sihat? Minggu depan dah Final exam. Sem 5 agak stress sikit. Rasa nak nagis tak mampu dah. Tapi kena kuat juga. Dah last-2 sem ni. Doakan alja boleh buat final exam tau.

Minggu lepas, hari selasa bersamaan 22 March 2016 students politeknik sultan Azlan Shah (termasuklah Alja) dapat baucer buku! Yeayyyy boleh beli buku! Hihi.

Harituh jugaaaaaa ramai students poli pergi tanjung malim untuk tukar baucer kepada duit. Tapi Alja taklah sebab rasa sayang kalau tukar. Baucer RM250 (5keping) tukar jadi RM200 (4keping) hahahaha sbb niat Alja nak beli alat tulis guna baucer tuh.

tapi tapi tapi nak dijadikan cerita...  

Macam mana students tak tukar Baucer buku ke duit. Barang pun mahal dah sekarang. Disebabkan kesempitan itu, maka student mencari kesempatan agar baucer dapat tukar menjadi duit bagi menampung duit makan minum dan etc.

Last last kelmarin 25 March 2016, Alja pergi MPH, Maluri nak beli Alat tulis tapi tak boleh beli. Sedihnyaaaaa. mesti ada orang kata "Mmg lah dah nama pun baucer buku kan, maka boleh beli buku je lah"

ye mmg tapi tapi tapi Sebelum-sebelum ni boleh je alja beli alat tulis, beli hard disk. Actually dapat baucer buku ni fikir jimat je dapat beli alat tulis. Jimat dah dekat situ even pen atau pensil sebatang hanya RM2 pun nak diberli guna baucer. Kalau beli guna baucer tak ke boleh beli banyakkkkkkkkk.

Nak beli buku? Buku apa? Buku motivasi, buku novel cinta cintun, buku novel fixi, buku keugamaan, buku masak masak, buku marketing dan etc.

Nak beli buku belajar? Kamus dah ada. English English malay. English malay. Kamus arab. Semua ada. Buku pun banyak beli dari lecture dan fotostat je.

Uwahhhh sedihnya. So semalam 26 March 2016, Alja pun Ajak lah kakak Alja sebab dia kata anak dia nak beli buku. jadi Alja bawa lah habis beli buku semua RM150.55 , buku cerita, Al-Quran terjemah dan paling penting Alja dapat beli buku 99 stressssss mummy. Yippie. Hihi

Dapat Free buku nota yang berharga RM15.90 dan juga baucer MPH RM15. berbaloi baloi. Ok nak study untuk final. Babai love ♡