Ramadhan Yang Dirindui

July 31, 2011 4 Comments A+ a-


Photobucket
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa". (Al-Baqarah ayat:183)
"(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui"    (Al-Baqarah ayat:184)
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur". (Al-Baqarah ayat:185)
"Setiap hamba yang berpuasa dijalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun".(Bukhari-Muslim)
Ramadhan kembali menjelma lagi,
Terubat rindu di hati ini,
Rinduku pada solat Sunat Terawih,Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:"Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Terawih) dalam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu".
Rinduku pada taddarus Al-Quran,Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:"Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membacadan bertadarus Al-Qur'an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan(sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat"
Rinduku pada malam Lailatul-Qadar,"Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rinduku pada segala-galanya di bulan ini..Masih sempatkahku untuk menyempurnakan rindu itu,Penuhilah hari-harinya dengan beribadat,Kejarlah syurga dan jauhilah neraka,Moga bahagia sepanjang hayat.
BERBUAT IBADAH DENGAN PENUH PENGHAYATAN,
AMALAN DIPERTINGKATKAN PAHALA DI GANDAKAN,
SINAR HIDAYAH SEPANJANG ZAMAN,
NERAKA DIJAUHI, SYURGA DIKEJARKAN.
Dah ingad NiatNiat PUASA ? hihi :D


P/s :- okey sempena bulan puasa ni , alja nk MINTAK MAAF BANYAKBANYAK dekad korangkorang if korang rasa tersinggung dengan alja or apapa pun . Segala yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T manakala yang BURUK itu adea lha KELEMAHAN alja sendiri . 



Credit :- Artikal ILuvislam.com

haha jom tengok Doodles aku

July 29, 2011 2 Comments A+ a-

Photobucket

haa korangkorang tadi ken aku try buads doodle dekad photoscape*gatal tangan .. haha , memang kelakar lha . sumpah aku tk nk buads lagi . bukan hapa makcek tk rety lha kawankawan .  kalau korang tengok mesti gelak gulingguling kang . haha . ce try tengok bawah ni

Lawa tk ? Buruk lha sakai --

haa , Kelakar ken ? gelak puaspuas *Kejam . haha , adoii macam hapa dh doodle aku ni . biase lha org first time buads , cehh -- weyy sumpah aku tk rety dan tk nk buads lagi . haha . okeyokey . boleh terus ken per-gelak-kan anda .*tacing jap  . haha KBye 

rasa best pulak buads doodle ni . MALAGNYA tk reti . haha 


GiveAway : "One Klik One Present by Lyssasecret"

July 28, 2011 0 Comments A+ a-


Photobucket



okey sekarang alja mahu join ini . *walaupun sudah terlambad :| haha 

Jom JOIN RAMAIRAMAI . KLIK SINI 


Due :- 30 JULAI 2011 
Ini 4Orang Comel yang kena Tag oleh makcek 


Single ? aku Single ? haha ♥

July 25, 2011 0 Comments A+ a-

                              Photobucket
·Ù • I would use my last breath to say i love u. •Ù ·

apa single single ni ? haa , tengok title erk ? haha . no komen . mybe :)  yea lha nk buads cm nea , kalau dh peragai si lelaki cm tuh bilabila masa hubungan boleh berantakan . lamalama jadi cm gamba bawah ni . lelaki ken tk pernah nk cukup seorg . biar ken lha . awak , sukaty awak lha nk buads apapa pun . saia dh malas nk ckp panjang lebar kecik pendek . awak buads lha apa yang awak suka janji awak Bahagia . saia dh malas lha nk gadoh semua ni . saia dh penad . saia dh penad awak , dh tk larad . so pahampaham awak sendyri lha . Kalau benda tuh jugak yang boleh buads awak bahagia , pergi lha . saia tk halang   ye saia tahu lha saia ni tk dpd bahagia ken awak cm org laen bahagia ken awak . ye saia sedar . saia sedar kelemahan tuh . tapi nk buads cm nea ken . sukahati awak lha , saia dh malas nk pikir . lagi saia pikir lagi saia menagis . buads apa . bukan nya org peduli ken saia . saia ni cm boneka jea sbnar nya bagi awak . takpe lha awak , sukahati lha , saia dh tk halang and tk ken pernah nk halang awak . biar ken saia sorang yang rasa saked tuh , biar ken saia pendam sendyri saked ni . janji saia dpd tengok awak BAHAGIA ♥ walaupun kali yang   Ter-akhir .
*Mungkin Lamalama Kita jadi cm ni ken awak .
haha okey lha , malas nk pikir dh . kalau pikir , saked pon adea makin lama makin bertambah saked kepala ni  . arghhh sumpah dh tk larad . aku dh tak dpd tipu diri sendiri dgn hanya senyum palsu aku . arghh . sumpah awak , saia dh tk larad , tk sanggup . umm . KBye 

I'm FAKE :)
nagis air mata darah pon tk guna alja baik kau tidur . kau tuh dh lha saked nk membebel panjang lebar kecik kontot pulak  

                                                     

SEGMEN : Mari Cari Kembar Blogger

July 25, 2011 12 Comments A+ a-


Photobucket


Kembar Blogger ? aww aww best tuh . nk jugak tengok sape kembar alja . hihi . okey let's do 
Birthday :-  05 March 1995

mahu JOIN klik SINI .

Due :- 26 JULY 2011 | 12 Tengah MALAM 

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?

July 25, 2011 15 Comments A+ a-


Photobucket 

Kalau nk Comment sila tekan Title dulu baru dpd comment sebab Blog ni bermasalah . 
Jom JOIN segmen abg Ben hari ni . klik SINI untuk JOIN . 
pasti seronok dan beronok-ronok . haha .
Kritik biar lha ber-Sopan , okey Bak kata pepatah Apabila anda KAYA , FIKIRKANLAH saatsaat anda pernah MISKIN dahulu . peace :)
  
mana lha tahu ken Kritikkan ini dpd membantu alja . 
Semua bloggie harus ingad Kritik itu Biar lha dengan Ikhlas Hati yang suci lagi Murni :)


JOM Ramairamai join

Due :- 25 JULY 2011  |  10.00 MALAM




Giveaway Dari Korea @fasihah.com

July 24, 2011 0 Comments A+ a-

Photobucket

Tekan Gamba kalau nk TERJAH !

Fewet dr KOREA tuh . sape yang tk nk ? semua org nk tau errr termasuk alja . haha . okey kalau Korang semua nk JOIN tekan lha SINI . Syarat2 dia bagi pon Simple teramad tau . sanad mudah dan easy . *same jea lha ayad nyea alja oi oi --

okey JOM JOIN ramairamai . hihi


Due 14 OGOS 2011

tahu apa itu sakai ?

July 24, 2011 0 Comments A+ a-

Photobucket

*KLIK untuk tumbuh besaran gambar . haha* 
haha , nampak tk gamba tuh ? yang dlm bulatan tuh ? nmpak ? haa bagus :) 
haha japjap nk gelak gulingguling . okeyokey dahdah . First nk ckp KELAKAR ! Kelakar ? napea napea ? tk lha sebab tbe2 pulak si JEJAKA HENSOM ni ckp cm ni . pahal ? tk ken pulak baca Entry INI kot . mybe . haha . tapi takde kene mengena pon dgn dia . ehh japjap napea aku panggil dyea ni jejaka hensom erk ? Hensom kea ? haha Hensomhensom . bub nk panggil nama takud aku termaki pulak . haha . aku tahu lha sape dyea . malas nk betekak . kesian kau . TERASA kea dgn Entry tuh ? oppss ! bukanbukan , backup kawan yea ? haha .. SUMPAH aku tk kesah sbnar nyea . kau pon kdg2 kutuk dia . kau nk ckp lebey . hatuihh . cirit aku tengok kau tbe2 post at shoutmix aku . biar lha kau nk tulis apa pon . aku tulis ni pon bagi menyedar ken kawan kau tuh . aku tulis semuasemua ni pon tahu tk sebab apa ? sebab permintaan ramai . btw aku tk ckp pon kawan kau tuh tk PERFECT tapi dia memang dh cukup PERFECT . biase lha semua manusia TAK PERFECT termasuk lha aku . tapi kawan kau tuh pikir diri dia dah Terlebih PERFECT ! haha malas nk taip panjang lebor pikir sendiri lha baih . KBye 

Renungrenungkan dan selamat berpikir ! *HAHA 


KataKata Hikmah saya :-
Orang yang Ber-JAYA juga mampu menimbulkan Perasaan KAGUM serta TAKJUB orang lain kerana Kejayaan dan Kehebatannya .

Korang rasa best tk ? haha

July 24, 2011 0 Comments A+ a-

Photobucket
Kalau nk Comment sila tekan Title dulu baru dpd comment sebab Blog ni bermasalah . 
okey Korang ikod step dekad bawah ni , dh siap jadi ken satu ayad . 
pasti seronok dan beronok-ronok . haha . 

i) Pilih bulan kelahiran anda: 
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar


ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan


iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:
Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah 
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

Sambung ken ayad dekad atas tuh bagi jadi satu ayad LENGKAP :) 
Kongsi kan Jawapan anda dekad KAMI ! *Kalau Jujur ken best* haha 

bawah ni contoh aku punya .


Bulan 3 / 5 / baju PINK
[ Aku Belasah Musuh dalam selimut aku sebab aku suka Single ]



Kesian kau kenken ?

July 23, 2011 0 Comments A+ a-

Photobucket

[ Dibawah ini Ditujukan KHAS buads VVVIP kita makcek K ] 

weyy KAU ! haa kau lhaa sape lagi . poyo jea kau ckp kau kecik hati dgn peragai kawankawan . tapi peragai kau ? TALAM DUA MUKA :)  kau cakap semua org dh tk nk kawan dgn kau ? haa , Kalau kau ubah peragai MAYBE lha ken org baru boleh kwn nan kau . if peragai pon macam CILAKA sape nk percaya ? kawan kau yang kau sygs gilabagai tuh pon Talam Dua muka . haha . kesian kau . SUMPAH aku kesian . nk buads cm nea , ubah peragai dulu k BUDAK ! dulu aku boleh tahan dgn peragai kau . tapi sekarang ? haha JANGAN DIHARAP ken ! aku tk suka lha adea kwn cm kau ni . bajed bagus semua bagai . Kau selalu ckp besar kalau nk ajak gadoh . itu pon hanya dlm MUKA BUKU . Bila FTF ? manamana ? mana org yang nk ajak gadoh tuh ? haishh , kalau setakad BERANI dlm MUKA BUKU baik TAK PAYAH ! simpan jea lha HASRAT nk GADOH tuh . tk payah jadi budakbudak yang BERANI dlm KETAKUTAN ! SUMPAH wey aku rasa nk GELAK GULINGGULING tengok kau ni . bukan hapa , KELAKAR ! haha . kawan kau , apapa ? BESTIE ? haa yang tuh lha yang kau sygs gilababi ken ? haa yang tuh lha TALAM DUA MUKA ! depan kau mengia ken katakata kau . Tapi belakang ? haha hanya KAMI dan TUHAN saje yang tahu . uishhh jangan ckp , dia siap KUTUK kau lagi . aku bukan buads cerita lha adik manis . KENYATAAN . so kau kene terima dgn hati yang lapang . cehh --" haha . aku dgr ramai org tk suka kau ? betol kea ? haishh tk baik tau kalau buads org cm tuh . so drpd kau asyik menambah ken dosa kat org laen , baik kau ubah peragai kau yang tk berapa nk disukai org . kau jangan pikir kau tuh PERFECT . kau tuh cun melecun HOWT bagai lha ken . aku tk kesah kau nk HOWT celah mana pon , aku tahu kau memang CUN . haha . aku tk nk cakap benda ni at kau . takud kau kecik hati , yea lha aku ni kdg2 baik , aku suka jaga perasaan org drpd perasaan aku dulu . tapi peragai kau dh TERLAMPAU sanad . so MAAF aku tk dapad nk JAGA PERASAAN kau yang Suci lagi Murni itu . Ubah lha sikap kau yang suka tikam kawan dr belakang . dhdh tak payah nk tunjuk ke-PERFECTan kau tuh ! dah muak rasa nya kami tengok . aku harap kau boleh ubah  . MAAF lha kalau kau ada baca entry yang tk berslaah ni , aku nk kau tahu jea LUAHAN PERASAAN aku at KAU . 


JANGAN JADI TUNGGUL KAYU BILA AJAK Kami GADOH !



[ Opps ! Terasa ? alololo Sorry . haha *tangan didada mata keatas* ]

Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

July 21, 2011 0 Comments A+ a-

Photobucket
Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada ?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
Prioriti. Mengutamakan apa yang utama."dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
Prihatin sesama kita"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
Jujur, amanah" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
Tepati waktu"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]