Snow Crystal by Elldora | Kulit makin sihat dan lebih bermaya

March 28, 2018 3 Comments A+ a-

Tidak kira lelaki atau pun perempuan pasti impikan kulit yang sihat, bebas jerawat dan tona kulit yang sekata. Tipulah kata tak suka akan kecantikkan kan? Terutama kita sebagai seorang Perempuan pasti idamkan kulit ala ala cinderella, snow white dan sebagainya. Tak jadi kulit macam dorang pun, mesti terlintas asalkan kulit sihat.

Sakit dan seksanya bila berjerawat. Malu dengan parut sana sini. Kulit muka kusam bila tanya umur, muka lebih tua dari umur. Nak cantik sanggup dengan cara yang salah. Enjit sana cucuk sini. Jahit sana, bedah sini. Seksa badan dan muka kita tu awak. Apa kata Alja share dengan korang satu produk kecantikkan yang 100% Bahan semula jad iaitu keluaran ELLDORA iaitu SNOW CRYSTAL.
Kenapa Alja syorkan korang Snow Crystal ni? Sebab Snow Crystal ni mempunyai 22 bahan aktif yang tersangat terbaik dan the best. Malah korang boleh dapatkan result seawal 2 minggu selepas consume Snow Crystal ni.

22 bahan aktif yang Alja katakan tadi tu termasuklah Vitamin C, Sakura, Bird Nest, Lychee, Papaya, Tomato, Strawberry, dan beberapa bahan lagi yang terkandung di dalam Snow Crystal by ELLDORA. Bagi Alja, Snow Crystal ni merupakan tablet yang sangat serba serbi lengkap untuk kecantikkan.
Review Alja kali ni untuk snow crystal memang superbbb excited. Teruja sangat sebab memang nampak hasil. So keterujaan Alja kalini nak share dengan korang apa yang Alja alami selepas consume Snow Crystal lebih kurang 3 minggu secara tak konsistan dan on off.

PARUT DAH MAKIN PUDAR
Seriously parut Alja memang susah hilang. Tacap lah guna foundation tebal mana memang still akan nampak. lagipun Alja tak suka mekap tebal, terasa muka akan jadi berat. So redha je lah dengan parut yang hitam legam tu. tapi selepas consume Snow Crystal ni, dalam masa seminggu lebih parut tu eh eh makin pudar. Letak foundation nipis nipis pun dah tak nampak. Suka sangat lah. Sebab Alja punya parut ni nak hilang makan masa 2-3 bulannn. Sedih betul parut je kan tapi lama bebeno nak hilang. Tak Percaya? tengok gambar sebelum dan selepas consume Elldora Snow Crystal ni. PARUT? eiuwww. hahaha

JERAWAT CEPAT KECUT DAN TAKUT NAK MUNCUL
Yes, jerawat besar besar tu mesti akan cepat kecut. Naik jerawat je terus ngap Snow crystal, tengok esok jerawat tu kecut. Nak naik jerawat besar besar tu dah jarang dah. ada pun 1-2 ketul je itupun time bulan mengambang. Biasalah bulan mengambang, hormon tak stabil ni memang akan keluar. Sekarang tinggal jerawat halus je. Nak konsistan lebih dengan Snow Crystal, nak kulit yang lebih sihat.

WAJAH LEBIH LEMBAP, BERMAYA DAN TONA SEKATA
Muka sekarang pun lembap je, bukan berminyak tau tapi lembap. Rasa fresh, tona kukit pun sekata takde berbelang kesan pakai tudung sebab berjemur. Eh suka betul lah dengan kulit sekarang. Asyik dok pegang pegang je. Tangan gatal. Teruja sebab bila kulit dah makin bermaya ni. Kalau tak, lesuu je, kita sendiri pandang pun tak hingin apatah lagi kalau orang lain pandang.
Mesti tertanya kan macam mana bentuk Snow Crystal ni? Refer gambar atas. 1 botol Snow Crystal ni ada 60 biji dan tablet ni ada dua warna, Pink dan putih. Sesuai lah dengan rasa dia iaitu rasa berry berry strawberry dan Laici. Sedapp macam gula gula sampai anak buah pun nak sebab dia ingat gula-gula. Sampai menangis lah dia sebab Alja tak kasi,

TIPS MAKAN SNOW CRYSTAL [ Nak kesan lebih cepat ]

  • Banyak minum air masak
  • Jangan atau kurangkan minuman berkafein atau berkarbonet
  • Jaga Pemakanan
  • Konsistan Makan Snow Crystal
  • Sehari ambik 2-3 tablet (2 tablet pagi, 1 malam ATAU 1 malam, 1 pagi)
  • Ok sekarang dah boleh jd Snow White hehe

Nak tahu tak? Snow Crystal keluaran Elldora ni merupakan satu-satunya produk tablet yang mempunyai 22 bahan hebat dan semulajadi. Menakjubkan kan? Ia juga Selamat digunakan kerana menggunakan 100% bahan semulajadi tanpa bahan terlarang dan berbahaya. Ia juga merupakan Tablet yang boleh dikunyah, so takpayah takut nak telan ubat lelagi yang takut dengan ubat tu. Ni Supplement tambahan tau bukan ubat. So rasa sangat sedap.

APA ITU SNOW CRYSTAL?

  • Snow Crystal mempunyai 22 bahan yang hebat dan semulajadi
  • Mempunyai sistem pencerahan 2 kali ganda hebat
  • Esktrak bahan premium seperti L-Cysteine, Vitamin C, Collagen, Astaxanthin dan Mangosteen
  • 100% bahan semulajadi

So sangatlah best Snow Crystal ni dan terdapat beberapa feedback yang baik untuk Alja share dengan korang semua..
 
Ok, Alja dah share review dari Alja sendiri sebab Alja dah makan. Feedback baik dari orang lain pun Alja ada share. Korang taknak try ke? Kesan seawal 2 minggu tau. Ada masa lagi ni nak gojes time raya. nak keluar pun tak ambik masa lama untuk mekap sebab kulit dan berseri dan sihat.

Ha, Selain Snow crystal, Elldora juga tidak lama lagi akan muncul produk baru di pasaran keluaran Elldora iaitu Majestic Touch Treatment Foundation dan Dermalic Skincare . Dengan bantuan Doktor perubatan dan chemist, maka terhasillah produk elldora yang diformulasi khas untuk mereka yg inginkan produk selamat & natural yang mampu merawat, memutih, meremajakan dan mencantikkan kulit anda. Best kan? Sebab ianya bukan produk timbang kilo tapi produk yang dibantu oleh Doktor perubatan dan chemist.
 
Ha macam best je kan produk baru keluaran Elldora ni? Tak sabar nak tunggu keluaran baru ni. Lagi lagi foundation. Sebab Alja minat mekap, foundation memang tersangat penting kerana foundation merupakan benda asas untuk mekap.

Ok, untuk snow crystal. Alja confirm korang dah jatuh hati kan? Sebab Alja makan 3 minggu tak konsisten sebab lupa pun dah nampak kesan. Apatah lagi kalau korang try Snow Crystal ni secara konistan. Mesti lagi gebu gebas. Dibawah ni Alja Share details Snow Crystal untuk korang contact ok?

WEBSITE         : http://elldora.blogspot.my/
FACEBOOK     : elldorabeautyandhealth
INSTAGRAM   : @elldora_beauty_hq
CARELINE       : 019 227 1077


G-Storm 360 | Membaiki masalah berkaitan Sisitem Penghadaman

March 22, 2018 0 Comments A+ a-

Alja sejenis manusia bila salah makan, akan gastrik yang teramat sampai tak boleh berjalan langsung. Siapa yang faham and pernah rasa je akan tahu pedihnya perut tu, lepastu rasa loya loyaaaa, rasa tak sedap dari perut tu sampailah ke tekak. Nasib tekak kalau ke kepala terus, lagi haru!

Tapi sekarang no moreeeeee lagi. semua masalah gastrik, pedih ulu hati dan berkaitan penghadaman dah takda masalah lagi. Alhamdulillah sejak Alja mula amalkan beberapa minggu lalu produk yang sangat superbbb ini. Korang patut guna sebab ini review JUJUR dan Alja memang ada masalah gastrik.
Teringat 2 tahun lepas semasa belajar di Perak di Sem akhir, tak tahu kenapa dengan tetiba selalu dan hampir hari hari gastrik. Makan tak kena waktu mungkin. Makan tengah malam pun boleh jadi pedih ulu hati dengan tiba-tiba tau. Sampai housemate terpaksa hantar ke hospital sebab menangis je menahan sakit. nak minum air nak ke toilet semua mengesot. Kalah suster ngesot.

Sampai kena masukkan air 2 kali dalam badan. Tq housemate, sebab sanggup melayan saya yang sakit. Sayang Susi, Mashi, Aini, Yati, Fad, Rara, Nonie, Ida, Diela and Fit. Sebab kita sama sama jaga waktu berjauhan dengan family. Sebab budi dorang takkan boleh dibayar and tak akan terlupa waktu sesaat. Kerana ....

Budi yang baik dikenang jua
Oh ya, berbalik kepada produk tadi, Alja sekarang teramatlah busy dekat ofis sampai makan pun lupaa, beli air dari pagi sampai balik kerja lah mcm tu. Takdan nak buat kerja lain. Tapi ok pulak tak rasa sakit perut. Emmm lupa pulak pagi tu minum G-Storm sebab takut sakit perut tak makan kan. And Magic, tadaaa!! Seharian tak makan
Ingat tak tentang Susu Kambing VaChoc yang Alja ada update baru baru ni? G-Storm dan Susu Kambing VaChoc ni keluaran yang sama tau. Alja jatuh cinta sangat dengan produk keluaran dari EllVita ni tau. Lagi satu sebab EllVita ni produk-produk mereka diformulasikan oleh Dr Perubatan tau Serta sesuai untuk semua peringkat umur.

G-Storm 360 ini mempunyai 22 bahan makanan yang lengkap dan penting tau malah dapat membersihkan Usus, membuang toksik dan dapat memberikan tenaga. Lahhh, patutlah haritu makan waktu pagi pun takde rasa lapar, penat malah aktif lagi bekerja adalah. Rupanya ini khasiat yang terkandung dalam G-Storm 360 ni. Bestlah kalau mcm tu.
Mesti korang tertanya-tanyakan apalah isi kandungan G-Storm ni? Apa 22 bahan yang lengkap sangat tu? Haaaa, badan kita ni sihat atau sakit bergantung kepada apa yang kita beri kepada badan kita. Selalu bagi Fast food, jadi tak sihat lah badan. Kalau bg healthy food, nak jalan 1000 langkah pun tak rasa penat. Tak percaya? Cuba!

Untuk 22 bahan yang Alja kata tadi tu. Antaranya yang alja ingat ialah,

  1. Lobak Merah [ Carrot ]
  2. Aloe Vera
  3. Almond "Sedap pulak almond londonnnnn"
  4. Bayam
  5. Black Seeds
  6. Apple
  7. Stevia
  8. Susu Kambing
  9. Peppermint
  10. Tomato
KELEBIHAN G-STORM 360
Korang ada masalah penghadaman tak? Terdapat beberapa kelebihan G-Storm ni tau yang PATUT korang tau dan mungkin korang juga ada simptom-simptom ni. Emmm
  • Pedih Ulu Hati & Gastrik
  • Kerap Sendawa
  • Sesak Nafas
  • Badan Lemah
  • Pening & Muntah
  • Masalah berkaitan penghadaman
  • Selalu Lesu? Hey G-Storm 360 boleh Menambahkan Tenaga tau, dan
  • disamping itu ia juga dapat membuang Toksik barulah badan sihat kalau toksik dah dinyahkan. Betul tak?
CARA BANCUHAN G-STORM 360 teramatlah mudah. Macam macam cara boleh bancuh G-Storm ni tau. Rasanya pulak tak payau dan tiada bau hamis. Sangat sedap bau mint bila minum rasa Chewing Gum bubble.

Untuk 1 Sachet G-Storm dicampurkan ke dalam 120ml air Sejuk/Suam. Air Sejuk boleh tapi Pastikan Shake shake uollss dulu bagi larut dan bebetul larut DITAMBAH pulak Ais. Pergh sejuk tekakkkk. Hahaha. Sambil tu cuci mata tengok beberapa testimoni yang Alja rasa mereka pun berpuas hati guna G-Storm 360.


Korang patut cuba sebab ia adalah Energy Booster yang sangat sesuai untuk seisi Keluarga. Harga sangat lah berpatutan dan mampu milik.

Harga G-Storm 360 ialah,
  • RM60 untuk Saiz Standard dan,
  • RM120 untuk G-Storm Bersaiz besar.
Untuk pertanyaan lebih lanjut, korang boleh hubungi,

WEBSITE          :    www.ellvita.com
FACEBOOK      :   ellVita Susu Kambing HQ
INSTAGRAM   :    ellvita HQ
HOTLINE         :    019-2020 911


"Enjoy A TASTE OF NATURE With G-Storm"


Susu Kambing Ellvita | 100% Organik gabungan 2 rasa Vanila Coklat (VaChoc) tanpa bau Hamis dan sesuai untuk seisi Keluarga

March 11, 2018 2 Comments A+ a-

Bila bercerita mengenai Susu kambing, mesti ada yang tak suka kan? Terfikir bau hamisnya, payau, takda rasa, tak sedap. Bukan kanak-kanak je rasa macam tu, kita yang dewasa pun ada yang takut dan tak suka minum susu kambing. Ada yang berfikiran bahawa susu kambing tak sedap. Betul ke?

TIDAK SAMA SEKALI kalau dengan susu Kambing 2 rasa Vanila Coklat ( Vachoc 10 plus ) keluaran Ellvita ni tau. Susu Kambing Vachoc ni terdapat 10 makanan tambahan yang sangat sesuai untuk seisi Keluarga.
Khasiat Susu Kambing ini dapat meningkatkan lagi kesihatan dalaman dan juga luaran. Ia sangat baik untuk sistem penghadaman dan usus dan tidak menyebabkan alahan. Susu Kambing juga dapat meningkatkan lagi daya ingatan, kecerdasan minda dan menguatkan daya ketahanan.

Susu kambing Vachoc dari Ellvita ini merupakan susu kambing asli dan organik tanpa perisa dan pewarna tambahan. Susu Kambing Ellvita juga diformulasi dengan teknologi terbaik bagi mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalamnya.

Susu Kambing Ellvita didatangkan dalam beberapa variasi seperti Orgalac Asli, Vachoc 10 Plus, G-Storm 360 serta Premium Berry (Fabuloz Formula dengan gabungan rasa strawberi dan buah-buah beri)
Harga dari website Ellvita
TERDAPAT 10 MAKANAN SUNNAH DI DALAM VACHOC 10 PLUS
Susu Kambing Vachoc Ellvita ini merupkan Kombinasi perisa vanila dan coklat yang lazat yang memenuhi citarasa orang ramai. Yes, Alja sukaaa sangat Vachoc 10 Plus ini kerana ia diperkaya dengan makanan Sunnah yang terbaik seperti,
  1. Buah Delima
  2. Zaitun
  3. Tiin
  4. Kurma
  5. Kismis
  6. Badam
  7. Saffron
  8. Habbatus Sauda
  9. Manna, dan
  10. Biloba
SUSU KAMBING SESUAI UNTUK SIAPA?
Susu Kambing Vachoc keluaran Ellvita ini sangat sesuai bagi,
  • Bayi 6 bulan ke atas dan Kanak Kanak
  • Pelajar Sekolah dan Univeristi
  • Dewasa dan Warga Emas
  • Ibu Mengandung dan menyusukan anak
  • Pasangan yang tengah ikhtiar hamil
BEBAS LEMAK TRANS DAN ORGANIK
Susu Kambing Vachoc 10 plus adalah bebas lemak trans. Ini kerana, lemak trans mengurangkan paras HDL (kolesterol baik) dan meningkatkan paras LDL (kolesterol jahat). Malah meningkatkan risiko mendapat diabetis. Ia juga merupakan Susu Kambing ORGANIK yang diimport khas dari Holland yang merupakan pengeluar produk tenusu yang terkemuka di dunia dan dijamin 100% organik.
ALAMAK DAH HABIS TINGGAL LAGI 3 SACHET JE?
Ye betul, 1 kotak Susu Kambing Vachoc yang Alja beli ini ada 20 sachet, now tinggal 3 je lagi. Memang kena beli lagi lah Jawabnya. Susu Kambing Keluaran Ellvita berperisa Vachoc iaitu gabungan 2 rasa Vanila dan coklat ini dangat sedap. Lagi lagi bila Shake shake dengan air sejukkk. Fuhh boleh jadi 1 kotak habis dalam sehari.

Alja buat 2 kali then bagi anak-anak buah Alja dan juga kakak-kakak Alja rasa terus dorang jatuh cinta. Anak buah siap teguk habis susu kambing Vachoc ni, yang mana tak dapat, telan air liur je lah. Tak boleh bancuh bebanyak nanti habis cepat. hahaha

Bagi yang tidak suka susu kambing, korang pasti akan tersuka, terminat dan terrrrrrbeli sampai repeat order. Sebab Susu kambing Vachoc keluaran Ellvita ni tiada bau hamis langsung!
Secara Jujurnya, Alja memang suka sangat dengan Susu Kambing Perisa Vachoc ni sebab ia boleh dijadikan pengganti "Meeeelo". Meelo sangat manis kan? Tapi Vachoc ni rasa dia sangat sedap, tak manis tak tawar just nice. lebih kurang rasa susu kotak dutch lady. Korang pun patut cuba.

Lagi, Susu Kambing memang sangat berkhasiat, baik untuk minda mahupun tubuh badan. Sebab tu sangat sesuai untuk sesisi keluarga. Bagi Bayi, Lebih disarankan umur 1 tahun keatas boleh diambil. Lagi satu, Susu Kambing ellVita di formulasikan oleh Dr perubatan tau. Jom tengok beberapa testimoni selepas consume Vachoc.

ADA APA DENGAN SUSU KAMBING VACHOC ELLVITA?
  • Rasa yang sangat lazat
  • 100% Organik
  • Kaya dengan Nutrisi
  • Tanpa Bau Hamis
  • Tanpa Perasa dan Pewarna tiruan

KHASIAT SUSU KAMBING
  • Menambahkan tenaga dan stamina tubuh badan
  • Meningkatkan daya ketahanan badan
  • Baik untuk sistem Penghadaman & Usus
  • Meningkatkan daya ingatan, kepekaan & Kecerdasan minda
  • Menjana lebih banyak susu ibu yang berkualiti
  • Untuk kesuburan pasangan yang telah berkahwin
  • Membantu penyerapan kolesterol & Sistem penafasan
Jika korang lebih kreatif, Susu kambing Vachoc mahupun perisa yang lain keluaran Ellvita ini, korang boleh mengolah resipi kek, air smoothy atau apa sahaja dengan susu kambing ini selain dari minum dan dibancuh menggunakan air sejuk atau air panas suam.
Untuk tahu lebih lanjut, korang boleh hubungi,

WEBSITE          :    www.ellvita.com
FACEBOOK      :   ellVita Susu Kambing HQ
INSTAGRAM   :    ellvita HQ
HOTLINE         :    019-2020 911