Minuman berkhasiat Jus Lutox Keluaran Dnars

June 23, 2017 0 Comments A+ a-

Pejam celik pejam celik kita dah nak raya dah, tapi badan korang bertenaga ke time puasa ni? Bukan puasa je, badan kena bertenaga setiap masa barulah setiap kerja yang kita buat jadi gembira. betul tak? Barulah bersemangat!

Korang pernah dengar tak tentang satu minuman Jus Lutox keluaran Dnars? Alja dah banyak kali nampak Jus lutox ni, sampai lah berminat nak cuba sendiri Jus ni. Nampak macam ok je sebab bahan bahan yang digunakan sangat lah berkhasit.
Terdapat lebih 10 bahan yang berkhasiat untuk menghasilkan Jus, diantaranya ialah,
  • Habbatus Sauda
  • Pegaga
  • Manna
  • Madu
  • Kurma
  • White Kidney Bean
  • Garam bukit
  • Cuka Lemon
  • Minyak Zaiton
  • Acai Berry, dan
  • Halia
Antara kebaikkan bila kita minum Jus Lutox Dnars ini,
  • Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh disebabkan oleh dengan adanya Habbatus Sauda
  • Menjadikan Awet muda dan mengurangkan berat badan
  • Menguatkan daya ingatan
  • Sumber yang kaya Vitamin C disebabkan oleh Cuka Lemon
  • Dapat Meneutarlkan tekanan darah
  • Dapat menstabilkan gula dan darah dalam badan
Banyakkan lagi kebaikkan bila minum Jus ni, tapi Alja dah beli, tunggu Alja minum dulu lepastu share dengan korang ok? Feedback dari Alja sendiri sebab tengok Testimoni dorang di laman sosial rasmi Dnars semuanya bagi feedback yang positif.

Alja pun ingat nak bagi dekat Emak sebab emak selalu sakit-sakit sendi. Mana tau Jus ni boleh bagi emak sentiasa bertenaga semula. InsyaAllah Aamiin, Nanti Alja share feedback lepas minum ni ok. Tunggu tau. hehe

Cara minum pun senang, 2 sudu pagi dan 2 sudu petang. Harga mampu milik iaitu RM100 bagi semenanjung dan RM110 Sabah Sarawak.
Oh ye, Korang nak duit raya tak? Dnars tengah buat contast tau. Korang patut join , tarikh tamat 24 Jun pada jam 5 petang and kalau korang nak order juga, korang boleh dapatkan dekat contact bawah ni,

Website      : www.lutox.com.my
Facebook   : Jus Lutox Dnars
Instagram   : @Juslutoxdnars_
Whatsapp   : 019 717 7206 atau 016 261 4435



Rasai keenakan Siakap Padu di Restoran Emak Engku Cheras

June 15, 2017 2 Comments A+ a-

Bersoal cerita mengenai makan, mesti tak ada siapa yang akan kata TIDAK pada makanan. Terutama bila makanan yang kita makan tu rasa sedap dan menambahkan selera kita bila makan. Tipulah kata tak akan tambah kan?

Teringat satu kedai yang Alja makan masa satu event blogger baru-baru ni. Ada satu hidangan yang Alja tak boleh lupa akan keenakan kuah masam masam pedas nya. Makanan apa tu? Tentulah Ikan siakap masak stim limau atau lebih dikenali sebagai #SiakapPadu di Restoran Emak Engku yang terletak di Cheras.

Siap ada Hashtag #SiakapPadu lagi, dah tentu memang padu. Hidangan ini merupakan salah satu hidangan yang paling popular di Restoran Emak Engku. Paling rugi kalau korang datang sini tapi tak rasai keenakan Siakap Padu Viral mereka.
Restoran Emak Engku juga pernah diviralkan oleh Vitdaily. Vitdaily adalah Video yang sentiasa menjamukam mata korang dengan video-video makanan yang menarik di tempat-tempat menarik. Lapar pula teringat ikan siakap padu ni. hahaha Cerita-cerita tapi mana gambar ikannya?
Tadaaaa!! Ikan Siakap Padu yang menjadi kegilaan ramai. Korang patut rasa Ikan siakap stim limau ni, lagi-lagi bulan puasa ni kan? Mestilah tekak nak rasa masam masam sikit kan?

Bila korang dapat makan ikan siakap masak stim limau, apa korang buat dulu? HIRUP KUAH! Hahaha, Datang-datang je dan bunyi azan, Benda yang kena buat adalah rasa kuah ikan siakap stim limau ni dulu. Bila pertama kali rasa, perghhhh lidah rasa hidup. Sebab dah rasa masam masam pedas yang membangkitkan selera lagi. Pastikan makan dengan Cili padi potong baru ngam!

Restoran Emak Engku bukan sahaja menghidangkan Ikan siakap padu ni sahaja, malah terdapat pelbagai hidangan yang disediakan dan diantaranya ikan siakap 3 Rasa, Kerabu Mangga, Tomyam, Sayur, Daging masak merah dan banyak lagi.
Restoran Emak Engku menghidangkan makanan dari resipi original daripada Thailand! Bukan itu sahaja, malah ada yang membuktikan bahawa rasa masakan di Restoran Emak Engku adalah sama seperti masakan di Thailand.

Untuk bulan Ramadan tahun ni, Restoran Emak Engku ada menyediakan Pakej Iftar Istimewa di Restoran Emak Engku yang bermula dari RM65.50 untuk dimakan 2-3 orang. Makanan Murah, berbaloi pulak tu. Untuk Surau nak solat pun sangatlah dekat serta parking kereta juga mudah didapati.

Kalau tengok di Facebook tak putus putus Restoran Emak Engku mendapat kunjungi dari orang ramai. Cubalah Whatsapp untuk tempahan. Mungkin ada kosong lagi. Lambat-lambat melepas lah Pakej Iftar murah tu kan? hehehe
Untuk Event blogger kali ini, Alja nak selitkan sikit produk-produk yang bekerjasama dengan Iftar blogger bagi tahun 2017 Iaitu,

  • Faridism Production - Photographer
  • Bigads - Designer
  • Cookies Most Wanted
  • Olicandy, dan
  • VS Lip Glow
Budak atas ni, Alja balik je dia terus susun produk keliling dia suruh ambik gambar. Dasar model tak berbayar. Hahaha Cookies Most Wanted tu memang sedap, Setanding dengan Cookies Famous Amos.

Kalau nak tempah, boleh whatsapp nombor di bawah atau boleh jamukan mata korang dengan gambar-gambar di facebook Restoran Emak Engku

Facebook   : Restoran Emak Engku & Western Special
Alamat       : NO 15 JALAN INDAH 26 TAMAN CHERAS INDAH 56100
Waze         : RESTORAN EMAK ENGKU
No Hp        :  017-2254215

Sistem Guru Online (SGO) merupakan Website yang sangat berguna untuk Guru-guru, Ibu bapa dan Pelajar

June 09, 2017 0 Comments A+ a-

Pernah tak korang jumpa satu website yang Guru-guru, ibu bapa dan pelajar boleh buat rujukan? Setahu Alja macam tak pernah jumpa lagi. Kalau dulu kita pelajar dan belajar semuanya berdikari sendiri. Tapi Zaman sekarang, cara tu macam dah tak relevan sangat sebab semuanya mudah, dihujung jari. Tak tahu tanya dalam Whatsapp. Zaman dulu mana ada Whatsapp kan.

Tapi, mungkin ada dikalangan ibu bapa atau pelajar tak tahu mana nak cari sumber rujukan nota ataupun spot soalan peperiksaan atau mungkin tarikh-tarikh cuti untuk pelajar. Sekarang tak payah pening-pening lagi. Alja nak tunjuk satu website yang mudah untuk setiap Guru-guru, Ibu Bapa dan Pelajar.

Website yang diberi nama SISTEM GURU ONLINE. SGO ini sangat mudah untuk setiap pelajar dari Sekolah rendah Darjah Satu (1) sehinggalah Darjah Enam (6) dan untuk sekolah menengah dari Tingkatan Satu (1) sehingga ke Tingkatan Lima(5) termasuklah untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PT3 dan SPM.
Ha untuk guru-guru ada istimewa sikit, guru-guru boleh Log In APDM KPM. Apa itu APDM KPM? APDM KPM ini merupakan Satu Applikasi pangkalan data murid. Applikasi ini hanya boleh diakses oleh guru-guru. Applikasi ini adalah untuk memasukkan kehadiran dan segala data berkaitan murid secara dalam talian. Website APDM ni juga ada pengesahan robot. Jadi segala data adalah sangat selamat.

Antara penggunaan sistem APDM ini ialah,

  • Guru dapat mencatat kehadiran murid ke sekolah sama ada hadir, hadir tetapi lewat, tidak hadir bersebab ataupun ponteng secara online
  • Guru boleh mendowload borang maklumat murid ini di dalam aplikasi pangkalan data murid. Data ini dikutip pada awal tahun untuk dikemaskini oleh guru kelas
  • sangat berguna jika dapat di eksport ke dalam mana-mana sistem atau jika diperlukan secara adhoc kerana semua data sudah ada tersedia

Sangat bergunakan Website Sistem Guru Online dan juga Sistem Applikasi Pangkalan Data Murid ini? Guru-guru pun tak penat menulis tangan untuk tulis data anak murid. Ibu-bapa tak payah pening-pening tanya bila anak-anak cuti sekolah atau pelajar juga boleh buat rujukan melalui SGO ini.


Yeay Blog dah bertukar rupa menjadi responsive template ❤

June 09, 2017 7 Comments A+ a-

Setiap manusia ingin kan kecantikkan dan kesempurnaan, tapi untuk blog, kekemasan juga diambil kira bagi sedap mata memandang. So, tadaaa, Blog Alja dah bertukar wajah tapi masih warna yang sama iaitu merah jambu dan biru cair. Warna kegemaran, jadi tak boleh lari dari warna lain. hahaha

Kali ini Alja memilih responsive template untuk blog Alja. Ada yang tak tahu apa itu Responsive Template?
  • Sangat kemas dan mengikut size setiap gadget kalau bukak website
  • Jadi takde lah kena zoom in zoom out, lepas tu kena slide tepi bagai
  • Load pun cepat
  • Mesra Seo
  • Mesra pengunjung
Kalau dah mesra seo tapi tak mesra pengunjung, tak best jugalah kan? Kalau siapa faham maksud Alja, baguslah. hehe So, ini Alja belanja sikit perubahan sebelum dan selepas di ubah suai.
Blog Alja dulu sangatlah tak mesra pengunjung. Kalau siapa pernah buka mesti ada yang komen tak mobile friendly. Pengunjung pun tak nak dtg. Lepastu Mesra Seo pun tak sangat. Terasa nak edit sendiri, godek godek lah responsive template dekat google since 2016 Alja godek, siap bookmark lagi. hahaha tapi tak juga edit-edit. Last-last Alja tempah dekat sheda ucu je. Alja bagi contoh template and explain dekat sheda apa yang Alja nak dan hasil nya........

Bagi Alja lebih kemas dari sebelum ni, mesra seo, mobile friendly dan yang penting responsive template. Kalau korang nak khidmat edit blog korang boleh contact sheda ucu tau ! :)

Facebook   :   Syida Ahmad
Instagram   :  @Shedaucu
Website       :  http://shedaucu.com/
















Malas masak tapi nak makan? Jom tempah Asam pedas memukau di Orde Heritage Recipes, Kampung Baru

June 08, 2017 0 Comments A+ a-

Lapar tapi malas masak? Ala semua orang ada sindrom pemalas macam ni. Last-last goreng telur mata kerbau. ok rajin jugalah tu. hahaha Tapi mesti ada masa-masa yang korang malas nak masak kan? kekadang sampai tak tahu nak makan apa dah. Nak masak, tak reti pulak. macam-macam alasan kan demi perut? Hahaha


Nah, Alja ada penyelesaian untuk masalah korang ni. Tak payah pening pening lagi nak masak apa. Nak makan sana terus pun boleh, malas keluar, nak suruh runner dorang hantar pun boleh. dekat mana?



Di Orde Heritage Recipes dekat Kampung Baru. Kedai makan ni sangat dekat dengan Hospital Kuala Lumpur. Staff-2 doktor-2 nurse-2 agak busy dengan kerja sampai tak sempat keluar makan, korang boleh guna khidmat Orde Heritage Recipes ni. Tapi apa yang mereka jual? makanan apa?



Orde Heritage Recipes ni menghidangkan Nasi dan Lauk-lauk seperti Asam Pedas Ikan pari, asam pedas daging tetell, Ayam goreng kunyit, Sup ayam ataupun masak lemak.

Masak lemak ni sangat sedap. Alja suka sangattt. yang Alja makan ni Masak lemak daging salai. Sangat sedap. Harga pun sangat berpatutan

  • Set Nasi + Masak lemak daging salai = RM 11.00
  • Set Nasi + Masak lemak ketam          = Kena call dulu untuk tanya harga
  • Set Nasi + Masak Lemak Udang        = Kena call dulu untuk tanya harga

Asam pedas Melaka meletop di Orde Heritage Recipes yang sangat sedap di kampung Baru.

  • Set Nasi + Asam Pedas Jenahak            = RM 11.00
  • Set Nasi + Asam Pedas Pari                   = RM  9.00
  • Set Nasi + Asam Pedas Kembung         = RM  9.00
  • Set Nasi + Asam Pedas Daging Tetell   = RM 11.00
  • Set Nasi + Asam Pedas Ekor                = RM 11.00

Sup Ayam dia ni memang kena dengan selera Alja. Sup dia tak ceweh, tak cair sangat. Sedap je rasa. Makan apa apa, Alja makan dengan sup ni. memang mantoppppp. hahaha

  • Set Ns Sup Ayam     = RM 7.00 
  • Set Ns Sup Daging   = RM 7.00
  • Set Ns Sup Ikan       = RM Kena call dulu untuk tanya harga

Kalau nak makan bersama dengan goreng-goreng kunyit pun best juga kan?

  • Set Ns Ayam Goreng Kunyit      = RM 5.00
  • Set Ns Sotong Goreng Kunyit    = RM 7.00
  • Set Ns Udang Goreng Kunyit     = RM 7.00
  • Set Ns Daging Goreng Kunyit    = RM 7.00

Diet tak nak makan nasi? Ala jangan risau lah. Order je lah lauk. tak pun, Orde Heritage Recipes juga menghindangkan masakan Mee

  • Mee Bandung Muar
  • Wantan Mee
  • Wantan Soup
  • Wantan Mee Soup
  • Sizzling Yee mee
  • Sizzling Chicken
  • Laksa Nyonya
Untuk pencuci mulut, Rojak buah juga ada dijual. senang kan? Semua tersedia di sana. Alja memang teringat lah dekat Masak lemak daging salai dengan Sup Ayam dia. Alja rasa kena makan dekat sana lagi ni. Haih makan je kerja. hahaha

Oh ye, Korang malas keluar? nak makan dekat tempat kerja atau rumah je? Boleh. Tapi,
  • Minimum Order ialah 5 box
  • tempah melalui Whatsapp 2 Jam sebelum penghantaran
  • Lokasi Delivery sekitar Kuala Lumpur
  • Delivery Time = 12 Tengahari - 1 Petang & 7 malam - 8 Malam
FACEBOOK         : Orde Heritage Recipes
INSTAGRAM       : @Orde_mealbox
CALLING             : 016 - 207 3499
ALAMAT              : No. 8 & 9 Penjaja Selera Muda,
                                 Jalan Hj Hashim Kampung baru,
                                 53100 Kuala Lumpur
WAZE                   : Jalan Hj Hashim
Nama Kedai     : Orde Heritage Recipes / Asam Pedas Kampong Kampong








Selera Ramadan Buffet berkonsepkan 2 dalam 1 di D'Kayangan Steamboat

June 08, 2017 0 Comments A+ a-

Untuk pengetahuan korang, ini merupakan kali kedua Alja makan di D'Kayangan Steamboat ni. Memang sangat berbaloi dan kenyang ya ampun. Yela bayar tak mahal, tapi makan macam-macam. Balik tinggal bawa perut yang gementak kenyang je. hahaha
Tapi, untuk Ramadan kali ini, Alja nak share kelainan yang ada daripada sebelum ni. Di D'kayangan Steamboat, terdapat beberapa gerai kecil seperti Roti Jala, Roti John, Kuey Teow, ayam goreng berempah, Sup kambing, Mee kari dan juga kambing golek kesukaan ramai!!
Tak kenyang nya makan ni, lain takde? Alja nak citer lah ni. Perut korang tak akan berlapar kalau pergi makan di D'Kayangan Steamboat ni. Di D'kayangan Steamboat terdapat juga hidangan secara buffet, Hidangan utama yang disediakan ialah Nasi Beriyani, Ayam Beriyani, Dalca Beriyani, Jelatah, Papadom, dan Asam Laksa.
Menu ini disediakan sepanjang bulan Ramadhan sahaja tau. Bulan lain, promo lain lah kan. hehe Selain hidangan utama mereka ini, D'kayangan steamboat juga menghindangkan hidangan lain seperti Nasi putih, Daging Masak Merah, Ikan Dori Masak Masam Manis, Sayur Masak Sos Tiram, dan beberapa masakan panas yang lain. Hidangan ini bertukar setiap hari. so takde lah bosan kan? 30 Ramadan boleh makan dekat sini. hahaha
Bukan Buffet sahaja, dah namanya pun D'kayangan Steamboat haruslah ada steamboat. Pada bulan Ramadan tahun ini, D’Kayangan Steamboat BBQ Buffet mengutamakan masakan secara steamboat. Pengunjung diberi 2 pilihan sup iaitu Sup ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan.

Alja kalau makan haruslah nak Tomyam, Rata-rata pengunjung mesti ambik tomyam sebab nak rasa macam manis pedas kuah tomyam tu. Sedapnya bila Teringat kuah bulan puasa ni. haha Sup yang dipilih ini nanti akan dnikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar.
Untuk menambah kesedapan bila makan, terdapat juga pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi.

Air yang dihidangkan juga adalah pelbagai rasa dan warna. Terdapat juga Pencuci mulut seperti Buah-buahan. Buah-buahan nak makan kosong boleh, makan tambah kuah rojak pun lagi bertambah sedap. Ada kuih-muih melayu, ada kek. Ada juga ais krim kegemaran semua peringkat umur serta ais kacang lagi.
Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan menawarkan lebih 199 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 400 orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang dibahagian penghawa dingin dan 220 orang di bahagian ruang terbuka. Terdapat juga kemudahan seperti surau perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat letak kereta yang luas. 

Harga pun sangatlah berpatutan serendah RM44.90 untuk dewasa, RM22.90 Kanak-kanak, harga dan pelbagai menu yang D'kayangan Steamboat hidangkan kepada pelanggan sangatlah berbaloi untuk korang grab cepat-cepat. D'kayangan Steamboat beroperasi dari pukul 5.00 petang sehingga 12.00 malam pada hari Isnin sehingga Ahad. Berbaloi sangat kan? Harga pun dah temasuk cas GST. Bermula dari 27 Mei sehingga 23 June 2017. So apa tunggu, cepat call untuk tempahan.

Instagram : @dkayangansteamboat
Hubungi   : 012-297 1091  |  017-627 4015   | 03-5523 4979
Tempat     : D'kayangan Grill & Barbeque Steamboat
Alamat     : No 1, Sri Acappella Service Apartment, Jalan Lompat Tinggi 13/33,
                   Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor