SESIAPA . FAKE RELAY PLEASE ! KITA TENGAH SINGLE NI "Bila adik sunyi, couple bukan penyelesaian."
Bismillahirrahmanirrahim .. Assalamualaikum andd yeoboseyo . Hai :) dah lama alja tak update blog lahhh , rindu ? ada sikit . sikit ? okey banyak . haha
Tujuan nak update blog nh bukan nak update benda yang tak masuk akal tp alja tertarik dengan satu status di facebook . Nak di creditkan orang yang buat statust ini tapi owner nya alja tak tahu .
Sebab ? sebab status ni alja copy dekat status yang dah sah-2 tertera ayat "copy paste" so tk dapat lah nk di credit kan . Buang masa dgr ceq bebel kat sini , moh ler kita baca ...
Ramainya adik-adik aku yang membuat status,
"Nak fake relay satu boleh?"
"Siapa nak couple dengan saya?"
"Nak pakwe satu! Anyone?"
"Still single. Who want to be my couple?
Setiap kali 'abang' 'Kakak' baca status adik-adik, abang kakak selalu buat mimik muka abang kakak sewaktu abang kakak buka penutup jamban di tandas awam. Bila orang cakap adik murah, adik selalu cakap, "kau bukan Tuhan nak judge2 orang." Bila orang cakap adik gedik, adik selalu cakap, "setiap orang buat dosa. kau pun bukan perfect sangat." Bila orang burukkan adik, adik selalu cakap, "please don't bash me. setiap orang ada cerita masing-masing. aku tak pernah sebarkan aib orang. kau tahu tak berdosa bila sebarkan aib orang?"
Hakikatnya, walau apa jua pun ceritanya, adik tetap bersalah dalam hal ini. Adik tawarkan diri untok couple dengan orang lain? Tahukah adik pekerjaan apa yang serupa dengan perbuatan adik itu? PELACUR.
Pelacur sahaja yang meminta-minta maruahnya dirobek. Malah, adik buat lebih teruk daripada pelacur. Pelacur tak meminta-minta di Facebook. Kalau adik ada 2000 friends di Facebook,maknanya adik meminta- minta kepada 2000 orang untok maruah adik digadai. Adik ingat,bila adik buat benda tu, orang akan kata adik hot ke? Atau adik rasa, adik akan dapat pasangan terbaik ke?
TIDAK. Orang akan mengata adik dan orang akan sentiasa memandang rendah terhadap adik. Pasangan yang akan couple dengan adik bukan orang yang baik, kerana orang yang baik takkan suka perempuan murah. Sedangkan orang yang kurang baik pun tak nak perempuan murah, apatah lagilah orang baik ye tak? Orang akan memandang rendah terhadap adik.
Orang cakap adik murah, orang cakap adik desperate, orang cakap adik poyo, orang cakap adik jahat. Lepas tu adik kata mereka suka judge orang kan? Padahal dik, adik sendiri yang buat orang judge adik.
Kalau adik tak buat, orang tak judge. Kalau adik tak buat, orang takkan keji. Adik jangan salahkan orang. Salahkan diri sendiri. Buruk sangat perangai tu, dik.
Bila adik sunyi, couple bukan penyelesaian.
Adik ada mak ayah. Kalau tiada, adik ada kawan-kawan. Kalau tiada, adik ada orang sekeliling. Kalau adik tiada sesiapa, adik jadilah orang yang soleh dan solehah kerana ALLAH sentiasa ada untuk adik.
Perangai yang buruk, ibarat tahi. Meminta-minta couple kepada orang itu adalah perbuatan buruk. Meminta- minta couple kepada orang dikhalayak ramai, maka berlonggok-longgok tahi dicampak ke seluruh badan adik. Bila orang kata adik busuk, adik marah orang tu. Apa yang adik buat, sebenarnya adik perlu bersihkan semula tahi itu. Cara membersihkannya adalah dengan taubat dan tidak mengulangi perbuatan itu.
Adik, perjalanan masih jauh. Di universiti,di tempat kerja, di mana-mana yang adik akan berada, ramai lagi peneman sunyi adik. Kita nak couple, kena pastikan kita dah confirm nak kahwin dengan orang tu. Kalau setakat nak couple dua tiga bulan lepas tu clash, buang masa sahaja. Dahlah duit topup mak ayah bagi. Ingat sebelum terkena.
PEDAS Kan ayat dia ? sangat . Sedangkan alja yang tak buat nh pun rasa malu . yela lelagi kalau yang buat ini PEREMPUAN . Alja pun , and siapa pun perempuan pasti akan terasa even bukan mereka yang buat . Sedih . sedih bila ada orang sebegini . Kenapa ? Kenapa mesti sebegitu ? Seperti terdesak dalam pemilihan Jodoh . Kenapa macam tuh duhai syg semua ?
Ye , mmg Jodoh rahsia ALLAH dan Kita sebagai hambanya perlu berusaha . Berusaha bukan menjaja bukan menulis di facebook nak fake relay semua tuh . Malu nya yaALLAH :( Berusaha ialah bila kita lihat seseorg hati kita rasa tenang jer , buat solat istikharah . mohon petunjuk dari ALLAH . InsyaALLAH jika dia mmg tercipta buat kita , pasti bersama . Sabar .
Hmmm , Cuba dengar lagu dari Allahyarham Sudirman iaitu Pesan abang . Rasa sedih , Rasa nak menangis bila dengar lagu ini . hmmm :')
Ibu dan ayah
Menaruh harapan
Agar kau berjaya
Di hari kemudian
Asif kalau Alja ada tersalah cakap . Sesungguhnya yang baik datang daripada ALLAH , Yang Salah silap dan buruk itu dari saya sendiri . Kalau ada yang tersalah , tegur saya ye :')
2 Comments
Write CommentsGeli sunggggguh orang macam tu! Semoga mendapat hidayah lepas baca pesanan ni ;)
selalu jumpa budak2 macam ni dalam facebook.. kesiann... huhu btw,saya dah follow sini.. jom join GA http://nooramyma.blogspot.com/2013/07/giveaway-rekaan-sendiri-by-eymasu.html
join tauu...^^
Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤