Rumah Terbakar! Allah, ujian bulan Ramadhan ..

July 14, 2015 2 Comments A+ a-

Polis, bomba bunyi siren kemain kuat. so suruh kakak Alja pergi tengok. Sampai abang polis tuh kata "Dik dari wartawan mana?" Hahaha 😅😅😅

Apa yang terbakar? Allah, betul-betul terkejut. Rumah Jiran, lampu bilik tingkat atas Terbakar. Keluar Api! Disebabkan Litar pintas. Makcik tuh tengah siap-siap nak pergi terawih.

Sekali semua lampu terpadam then terbau Hangus benda terbakar. Menangis makcik tuh, ujian bulan Ramadhan buat dia.

Bila benda ni berlaku, teringat Benda ni pernah jadi kat rumah Alja juga. Alhamdulillah belum sampai terbakar and sempat betulkan. syukur Alhamdulillah.

Rumah Alja time tuh, ada bunyi 'Ketik ketik'. Alja and emak ingat air, so kami biarkan. Lama-lama macam pelik, then blackout!

Dah lah tinggal berdua je dengan emak and anak buah dua orang. sorang baby and sorang lagi umur 1 tahun. So takut sangat.

Tahu tak apa yang bunyi 'ketik-ketik' tuh? Plug air panas! Plug air manis air panas tuh siap keluar api lagi. Kau boleh imagine tak betapa takut nya aku time tuh? Then kali kedua blackout!

So dah nak malam tuh org yg dpanggil utk betulkan tuh pun sampai. Suruh dia betulkan harituh malam tuh juga. Risau kan, kang tidur pun tak lena asyik pikir benda ni je. Alhamdulillah.

Btw Plug-2 wayar-2 ni semua jangan dibuat main. Serius. Kalau boleh, service lah dua bulan sekali ke.

Bila sekali terkena , betul-betul insaf 😢

2 Comments

Write Comments
Sofie Adie
AUTHOR
July 15, 2015 at 3:32 AM delete

kesiannya....#mohontabah untuk jiran CP

Reply To This Comment
avatar
August 13, 2015 at 11:30 AM delete

kesiannya.. betul sbeelum nak kuar rumah pun dok dua tiga kali cek plug sume..

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤