Kehidupan Pelajar : 'PTPTN tak cukup, nak makan pun susah'

January 12, 2016 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum hai semua.

Tadi Alja ternampak video pasal tajuk ini (tengok tajuk atas tuh) di Facebook. Tengah demam demam ni, Nak tanya jugalah, makanan student ni sehari RM100 ke? bohong lah. Bagi Alja, students lah paling kaya lelagi Yang ada buat pinjaman belajar. Itu pendapat alja sbb alja pun student.

Kalau dpt PTPTipu tuh tapi buat belanja makan hipstur sana sini, hp tukar baru, pergi jalan sana sini, baju beli baru, kemungkinan lah akan jadi tak cukup. KEMUNGKINAN.

Bagi sebab kenapa tak cukup? Alja tak buat pinjaman ptptn, tp takde sampai tak cukup makan, tak cukup bayar nota belajar. Dalam hal mcm ni, kena bijak buat keputusan dan pepandai lah bajet. Bila org suruh bayar duit baju ke buku ke, dahulu kan apa yg patut. Hutang org ke apa ke.

Alja tak pinjam sebab taknak tanggung hutang, takut masa mendatang tak termampu. Masa memula alja macam marah juga lah knp tak bg pinjam, tp lama lama, alja fikir, betul apa emak and kakak-2 alja kata. Dan skrg alja rasa Alhamdulillah sbb takpayah fikir hutang lepas belajar.

Terima kasih lah emak and kakak-2 bersusah payah utk hntr bljr. Sbb tuh bila emak atau kakak-2 abg-2 ipar kata 'kalau tak dekan, kalau tak berjaya. Tak tahu nak kata apa' deep sgt ayat. Tersentak sbb tuh kalau depa kata cmtuh, sorok mna-2 nagis nagis. Kekonon nagis taknak balek poli, tp nagis sbb bila org harapkan kita berjaya.

Lelagi bila emak kata 'duit susah cari dik, kalau kau belanja bebukan, mna nak dpt duit' nagis 
Mmg masa dapat duit bahagia sgt kan , siapa tak suka duit, kalau alja pun bahagia. Ada ke yang tak suka duit? Mohon bagitahu! Hahaha

Masa dapat bahagia, tapi masa cukup time nak kena bayar balek, 'buat-2 lupa' 'dapat kerja, dah gaji, duit hutang ptptn buat endah' itu peel yang kita takmau... betul tak? Manusia mmg suka berdalih. Tapi bab hutang-2 ni, mohon lah jangan berdalih.

Sebab tuh lah time tahun lepas 2015 timbul isu 'ptptn kaut semua duit dlm bank' kalau tak silap, KALAU TAK SILAP, rasanya pihak PTPTN bagi masa and had utk bayar berapa-2 kan kalau gaji tak melebihi 3K? KALAU SILAP, MINTA MAAF.

Alja ada baca perancangan seorang hamba Allah ni, perancangan dia :
1) duit ptptn tuh bayar apa patut dulu
2) makan jgn nak ikut napsu sgt haih.
3) Simpan tepi sikit duit ptptn agar nanti boleh bayar hutang ptptn tuh kemudian kelak. So lps bljr, kalau takde kerja time tuh, duit ptptn yg kita simpan sikit tuh lah jd penyelamat sementara.
4) nanti kena tengok balek ayat dia! Lupa. Hehe.

Just only my 20 cent kata kata. Maafkan salah silap saya. Saya bagi pendapat je dan sungguh lillahi taala saya tak cemburu cuma rasa kenapa ada student tak cukup duit, sampai sanggup ambik duit tabung masjid. Jadi nak tahu kenapa benda ni terjadi. Terdesak sgt ke pelajar? Setiap hari kena bayar yuran ke?

And kita juga as student blh buat 'jualan online' sebagai pendapatan sampingan. Sungguh dpt komisen RM10-20 tuh dah rasa ok sgt blh buat mkn 2-3 hari. Cuma kalau rajin tak rajin je. Skrg banyak je yg minta jadi Dropship / Agent. So student ke suri rumah ke sesiapa shj blh buat. InsyaAllah.

Jadi apa pendapat awak semua? pendapat sebagai pelajar, ibu bapa, Cikgu, pensyarah dan orang ramai? Kongsi jom! ☺

2 Comments

Write Comments
January 13, 2016 at 5:55 AM delete

Ahahhahahaa... yg ni kena bagi kawan misaki baca.. XD duit ptptn dia ada byk kowt.. nak kata bayar yuran, duk uitm sama mcm misaki, kos yg ambil bukan kos yg pakai banyak duit.. tapi disebabkan makan mewah, keluar shipping memanjang, and so on benda tu jadi.. and paling stress kalau merungut kat tepi telinga cakap kata duit tadak... eyyyyy.. "ak sepak jugak karang" se=bunyi mcm epal a.k.a tampar.. ahahaha banyak kali ckp, dia akan bauat donnow pekakkan telinga.. sabaq ja lah.. kalau duit tdak sbb makanan saja boleh lah jugak trima.. ntahlah..

Owh byw bukan bis online dah kena daftar ke business? Ahahahahhaa...

Reply To This Comment
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 22, 2016 at 9:12 AM delete

saya seorang pelajar,
saya faham keadaan yang berlaku sekarang dan saya juga faham masalah kewangan yang selalu dihadapi. Tapi disini, saya nak tekankan yang semuanya terletak pada pelajar itu sendiri untuk berjimat. Jika kita rasa duit ini tak cukup untuk sara hidup harian, buku dan printing lain. buat calculation awal bulan utk bajet dan simpan sedikit. Untuk yang membantu keluarga, teruskan, anda perlu bijak mencari lebihan utk sara hidup. (part time / kemas bilik pensyarah) - duit itu pun boleh hntr.

Untuk cut cost makanan, sekali beli tu, letak nasi bnyk bnyk dan kenyangkn diri anda. Makan di cafe universiti, mkanan murah. sebelum beli, calculate. Saya tak nafikan kdng kdng memang tak cukup, ambil alternative utk jual barang ke (dropship / agent), komisen boleh simpan utk makan? tawarkn services ke seperti printing atau editing poster??

Semuanya terletak pada diri sendiri, kita perlu bijak uruskan diri. jangan beli maggi, beli beras satu kilogram sama harga dengan sebungkus maggi. Beli telur. Makan nasi dan telur utk seminggu degan harga RM 8.00. Kenyang pun kenyang. Badan sihat untuk kerja dan terus menuntut ilmu. Tidak ada masa? Muhasabah diri , lihat semula. Sesibuk masa pun kita, jika masa dpt diuruskan , paasti boleh. :)

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤