Setelah 5 bulan menggunakan Telco Webe

Bulan march yang lepas, Alja telah bertukar telco dari Telco Purple ke Telco Webe. Jadi dah masuk 5 bulan Alja stay di telco Webe ni. Kenapa bertukar ke telco webe? salah satu sebab nya ialah Webe menjanjikan Unlimited data internet. Siapa tak suka? Lagipun time tu Telco purple sangat slow, baru buka hotspot dah 90% usage warning. Line teruk, baru guna tetiba dapat warning. Siapa tak sakit hati?
Lagi-lagi Alja student, Quiz secara online, kalau loading lepastu hilang, tak ke makan masa dan effect ke markah Alja jugalah time tu sebab loading lama, tup-tup masa pun tamat. Jadi Alja pun bertukar ke Telco Webe yang time tu promosi beharga RM79 exclude GST. Cuma kekurangan dia ialah tak boleh Hotspot. Alja ada share tentang webe di entri lepas "WEBE Mobile | Layan Video sampai bosan".
Jadi sekarang dah 5 bulan Alja stay dengan webe, 2 bulan guna, ok je, line laju tak loading bila tengok video. Sampailah masuk bulan ke-3 4 dan seterusnya ni. Tengok video loading sampai kena on off data, on off flight mode, on off hp terus. hahaha sampai satu tahap nak baling.
Ada satu masa tu, memula kawan call ok je, then tertutup sendiri. Bila kawan call balik, Alja dengar suara dia, dia tak dengar suara Alja. banyak kali sampai kawan guna no lain untuk call Alja. Ingatkan hp Alja rosak. Dah start nak nagis dah.
Try call guna Whatsapp, Eh ok pulak suara 2-2 pihak dengar. Bila call biasa tak boleh. Data ok je. Bila tengok group Webe di facebook. Semua kena benda yang sama. Rupanya Webe tengah upgrade sistem. tahu pun sebab ada seorang ni live chat dengan pihak webe.
Patutnya Pihak webe kena bagitahu lah kan, buatnya pengguna webe tengah dalam kecemasan, tak ke bahaya? Sekarang memang bad servis lah webe ni. Video loading ya ampun. Kalau laju, laju sangat. Kalau slow, kura-kura pun lagi laju.
Alja Stay dengan webe sebab fikir unlimited data je. Dengan harga yang berbaloi, lagi-lagi dia bagi freegift ni. Freegift apa? nanti Alja share next Entri! hehe. Lagipun Alja tengah fikir-fikir lagi nak tukar telco apa. Takut line pulak tak ok. Maka, sekarang tengah fikir nak tukar telco atau tak, kalau tukar nak tukar telco apa, mana yang ok dan harga postpaid yang berpatutan. Korang ada cadangan?
25 Comments
Write CommentsWahh kalau oke. Ika nak try juga la. Unlimited data. Memang Ika duk cari ni .
Aha.. sama la ni.. tengah cari line postpaid yang banyak tak buat masalah...
Akak masih setia ngan Maxis sebab line hp company bagi..x leh nak ada line lain la...
Best tu unlimited data ☺
rasanya kat tempat BV belum ada lagi webe nie
webe masih baru thats why i think not so stable at the moment now... anyway if its unlimited data.. nak try also!
Ramai yang guna webe sebab unlimited wifi. Takut nak tukar dari telco skang ke webe, takut line lagi teruk kang nyesal, haha
kena tengok tempat jugak webe ni....so far kat tempat saya laju webe ni
Ramai juga yang cadangkan Bro pakai Webe... Tapi hati masih belum terbuka lagi.. Masih rela pakai wifi jiran sebelah hahahha
Fadzi pakai Celcom postpaid sekali. So far internet okay lah tapi tak boleh nak kira sangat sebab Fadzi tak selalu keluar. Biasa pakai wifi dekat rumah. Kalau ade event dekat luar baru on data
Saya takleh pakai webe sebab balik kampung (Sarawak) hanya maxis je yang berkuasa hahaha
teringin jugak nk try webe ni.. harap line dah stable area pahang ni.. tq info
Webe best sebab unlimited data and kalau dekat area bandar, memang internet laju. Tapi kalau masuk area kampung, selalu tak dapat line!
gengggggggg! pakai webe gak..rasanya nak dekat 5 bulan gak ni pakai webe..so far puas hati.
wonder if the line is stable, not so convinced since alot of friends complaining as well
Pernah gak dgr psl webe ni alja. Terfikir nk tukar ke webe gak tp tk jd. Hahah .last2 tukar ke 'yes'tp kena cek line kawasan dulu. Kalau tak, sila berhuhu. Hahah
aku masih setia dgn umobile weyh. hahha
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Thanks for sharing your experience, I have not try their services before.
nak try webe ni tapi takut slow hahahaha
Mula-mula terfikir juga nak guna Telco Webe, tapi saat akhir ambil Postpaid Maxis. Walaupun hanya 20gb sebulan bukannya unlimited. 10 gb hari biasa dan 10gb lagi Sabtu dan Ahad.
Saya nk sbb, lps 6 bulan guna, kita boleh beli handphone hanya dgn harga RM1 dgn model yg mereka promosikan.
Telco Webe memang best, ia unlimited.
ermm macammana eikk.. nak tukar jugak ke TT^TT org pakai Telco Biru jugak XD ahahaha :3
Telco biru data dekat rumah tak boleh pakai =_= buat penat ja.. sebab area sini kampung :'(
Xpernah dengar Webe ni, Alja. Akak pakai celcom dan OneXOX. Tapi untuk internet, akak guna OneXOX sbb RM5 je 1GB. Sebab akak beli ngn agen dia. pastu tempoh sgt lama. sebab dia macam style kita beli data, lepas tu guna la sampai abis. Kita yg tentukan tempoh. Kalau habis data sebelum tamat tempoh, kita add data lg. Ikut jumlah data yg kita beli. Akak beli banyak2 terus, contoh RM50 untuk 10GB. pastu bebas guna. Akak guna dua2 untuk fon n laptop skali...hehe.
Kepada Alja dan kawan2 yang nak dapatkan coklat2 sedap...boleh join giveway Sii Nurul di link berikut:
https://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html
uyul tak terbuka hati lagi nak tukar ke webe. heeheh.
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤