Waxing dengan 100% Organic Wax keluaran NORAH Believe In Green

September 15, 2017 0 Comments A+ a-

Bulu-bulu dikawasan private dan terutama bawah ketiak sangatlah menganggu aktiviti harian kita terutama bagi wanita. Tapi korang pernah terfikir tak diantara shaving (bercukur) atau pun waxing mana lebih baik dan ok untuk menanggalkan atau membuang bulu-bulu yang ada?

Bagi Alja, dua-dua kaedah ini masih relevan dan mengikut kesesuaian dan keselesaan kita. Ada yang ok dengan bercukur, ada yang sesuai dengan kaedah waxing. Terutama bagi kulit yang sensitif, sangat dan perlu berhati-hati untuk memilih produk dan kaedah bersesuaian dengan kulit.
Alja ada satu produk waxing yang Alja nak sangat share dengan korang iaitu 100% Organic Wax keluaran NORAH. Produk Norah telah berada lebih 5 tahun di pasaran bermula tahun pertengahan 2013 sehinggalah sekarang.

Produk Waxing yang dikeluarkan oleh Norah ini terdapat 2 Jenis Wax iaitu, Hot and Cold. Dua-dua kaedah ini sama sahaja fungsinya iaitu menanggalkan bulu halus. Cuma cara penyediaannya saja berbeza. Produk keluaran Norah ini amatlah Alja sarankan sebab ia menggunakan 100% bahan organic. Jadi Tiada masalah bagi Kulit sensitif.
Bagi setiap pembelian Norah Wax, korang akan dapat sekeping buku panduan, 2 kayu kecil dan 2 kayu besar serta 10 helai kain. Cara penyediaan juga amatlah mudah.

Bagi Jenis Hot Hair Removal Norah Wax, cara penyediaannya seperti,

  • Panaskan Wax sehingga cair
  • Sapu Norah Wax mengikut arah bulu
  • Tekan dan ratakan kain di atas wax
  • Tarik kain lawan arah sapuan wax sepantas mungkin
Cara pemanasan untuk produk Hot Hair Removal Norah Wax ini adalah,
  • Microwave - Panaskan selama 10 saat
  • Dapur (Double Boil) - Panaskan Sehingga cair
  • Water Heater

Dan untuk Jenis Cold Hair Removal Norah Wax amatlah mudah, Kerana tidak perlu dipanaskan dan sesuai dibawa semasa melancong. Ia juga mudah dibawa dan senang digunakan. Untuk cara penyediaan Cold wax ni pula seperti berikut,

  • Sapu Norah Wax mengikut arah bulu
  • Tekan dan Ratakan kain di atas wax
  • Tarik kain lawan arah sapuan wax sepatas mungkin
Dan kain yang korang gunakan itu boleh dicuci tau selepas guna, jadi jangan membazir. Selepas wax, Kain cotton tu korang Rendam dalam air suam untuk bagi bulu tanggal dan siap dicuci. Bila kering, boleh guna semula.
Untuk kenal antara jenis Hot dan Cold pun amatlah mudah. Bagi Hot Wax warna penutup berwarna Emas dan Bagi Jenis Cold Wax pula warna penutup warna Silver.

Kenapa Alja sarankan korang beli Norah Wax ni? Sebab Alja dah guna dan tak sakit macam yang kita tengok Youtube Omputih tu. Sebab ianya 100% dihasilkan dari bahan organic. Lagipun bahan-bahan ini dibuat secara homemade dan Produk Norah Semakin berkembang Hingga ke Brunei dan Singapura Teruatama Malaysia. Jadi ia telah dipindah ke Kilang untuk proses yang lebih baik.

Bahan Utama untuk membuat Norah Wax ini diantaranya ialah,
  • Madu
  • Lemon
  • Tea Tree Oil
Alja bukak je penutup bekas Norah wax ni terus rasa nak makan! Bau Madu dia best sangat. Tak perlu dah bersusah pergi Spa bayar mahal-mahal sebab kita dah boleh buat sendiri di rumah dengan adanya Produk Norah Wax ni. Selain itu, bila kerap digunakan,
  • Kulit makin cerah
  • Bulu menjadi semakin halus dan jarang
  • Proses tumbuh bulu yang lambat
Produk Norah ini merupakan Produk Membuang bulu sehingga ke akar yang menggunakan bahan organic tanpa rasa sakit dan risau akan bahan-bahan yang digunakan.
Hot dan Cold Norah wax ini boleh digunakan dimana-mana sahaja yang ada bulu, iaitu
  • Misai
  • Janggut
  • Ketiak
  • Bulu Tangan
  • Private Part / Miss V
  • Bahagian Kaki
  • Kening
Sebelum memakai Norah Wax, Korang perlulah ikut cara dibawah ini agar lebih mudah untuk berwaxing
  • Seeloknya mandi bagi bersihkan badan dari berpeluh
  • Sapu bedak pada bahagian yang ingin di Wax sebelum ber'Waxing'
Disini Alja share sekali video cara pakai Norah Wax di bahagian Ketiak


Bagi Alja Ianya amat mudah menggunakan Norah Wax berbanding Bercukur kerana bulu yang lambat tumbuh, tanpa ada rasa sakit atau gatal selepas bercukur. Ketiak pun jadi tidak hitam. No more Shaving!

Norah Wax boleh disimpan dalam tempoh 12 bulan selepas dibuka dan boleh digunakan untuk semua peringkat umur.

1 Set Norah mengandungi

  • 1 Jar Hot ATAU Cold Wax
  • 2 Kayu kecik dan 2 kayu besar
  • 12 Kain cotton yang boleh dipakai semula
  • 1 Manual Instruction
Harga amatlah murah kerana boleh pakai lama untuk 1 Jar dan Harga yang dipamerkan adalah Exclude Postage.

  • Semenanjung RM35
  • Sabah dan Sarawak RM40
  • Brunei 20 Dollar

Untuk pertanyaan lebih lanjut atau testimoni, korang boleh hubungi nombor dibawah ini atau 'Private Message' mereka di Laman sosial yang tertera.
Instagram @OrganicHairRemoval
Website     : http://www.norah.com.my/
Hotline      : +6012 234 0220

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤