Lazada Online Revolution Blogger Contest

December 14, 2017 0 Comments A+ a-

Sekarang dah 12.12.2017 , Anak buah kemain kata harini birthday adik dia, sekali salah rupanya sales di Lazada selama 3 hari dari 12.12.2017 sehingga 14.12.2017. Kemain sampai tersilap tarikh lahir adik dengan sales di Lazada ye, punyalah save date bebeno.

Dah 3 hari berlangsungnya Online Revolution sales di lazada dan lagi beberapa jam saja bakal berakhir. So, apa yang korang dah beli tu? Hihi. Alja tak lepaskan peluang masa sale, ada beberapa item Alja beli tapi dalam kuantiti yang banyak. Nak tahu apa Alja beli? Nanti dalam entri ni akan Alja share jadi baca sampai habis ok?
Bersempena Online Revolution ni, pihak Lazada telah mengadakan contest khas buat blogger dan menawarkan hadiah yang menarik. Jadi Alja taknak lepaskan peluang mana tahu rezeki, harini dah last date, selama ni busy dengan kerja ofis, balik dah penat. Jadi tak ada masa nak menekan papan kekunci dek penat menekan papan kekunci dekat ofis. alasan! Hahaha So jom, Kalau korang nak join Lazada Contest sempat lagi ni. tekan link tu ok?

Soalan Pertama : 
a. Adakah anda masih ingat produk pertama yang pernah anda beli dalam talian? Apa itu dan bagaimanakah pengalaman anda?

Produk pertama sekali Alja pernah beli dekat Lazada pada tahun 2016. Time tu biasalah baru berjinak-jinak dengan online, lelagi lazada. Time tu Lazada memang famessss. Haruslah pertama kali beli online, beli dekat lazada.

produk yang pertama kali Alja beli online di Lazada adalah 2 benda ni. Baru order dalam 2-3 hari dah sampai, memang cepat. Bebetul Puas hati. Masa tu student baru nak menapak, belum kenal jenama makeup, try beli dekat Lazada, itupun concealer je and di setkan sekali dengan 10 batang beauty brush. So senang dah jimat lepasni tak payah beli brush dah. yeke? hahaha terkenan dengan brush warna pink dekat Lazada. Jap lagi kita tunjuk brush apa ok?

Lip Care mask collagen ni ada 10 Pcs, masih ada lagi and expire lama lagi 2018 kalau tak silap. Kalau rasa bibir kering, ada event ke, memang pakai lip care ni jadi bibir tak kering sangat and soft je.Murah bawah RM10 je kalau tak silap Alja time ni.

Soalan Kedua : 
b. Jenis produk mana yang anda lebih suka membeli dalam talian?

Alja suka membeli barangan kecantikan secara online. Jarang nak beli Elektronik takut rosak susah nak return balik. Lelagi kalau ada barangan seperti Hello Kitty, rambang mata. Blh spend sampai 1k untuk barangan comel comel macam hello kitty.

Produk yang susah cari, yang jauh seperti di Korea, China dan sebagainya memang memerlukan Alja untuk shopping online dan kebanyakkkan produk yang Alja suka untuk shopping haruslah Baju, Beauty dan Toys untuk anak buah.

Soalan Ketiga : 
c. Apa yang anda suka tentang membeli-belah dalam talian?

Apa yang Alja suka tentang shopping online? Rasanya sebab terlalu general kan? semua orang tahu kenapa kita semua suka membeli secara online.

  • Senang dapat walau ceruk dunia mana pun. haha
  • Harga lebih murah dan berpatutan berbanding pergi ke kedai
  • Siap ada Diskaun lagi
  • Tak payah penat pusing 1 mall
  • Postage pun murah, ada yang siap Free lagi Lazada bagi (i loike!)
  • Nak bayar pun mudah, takde online bank, pergi cdm. Kalau takde semua, pilih je COD. mudah kan?
  • Duduk sambil main hp tengok lazada pun boleh makan masa 3 Jam, puas hati dapat tengok dari barang lelaki, perempuan, kanak-kanak, mainan, home living dan sebagainya
  • Macam shopping dekat Mall pula kalau merujuk sebab dekat atas ni
Soalan Keempat :
d. Produk manakah yang anda beli atau anda merancang untuk membeli di Lazada semasa jualan Revolusi Dalam Talian?

Produk manakah yang anda beli semasa jualan Revolusi Dalam Talian
Untuk Online Revolution ni, Masa 12.12 Alja ada shopping atau dalam erti kata lain borong Powerbank yang murah jenama Pineng beharga RM27.00 dan free postage jika membeli RM80 ke atas.
Ni lah Powerbanknya, masa online revolution 11.11 Alja ada beli 3 powerbank pineng ni. Masa guna memang ok dan fast charge, ringan siap Usb melekat lagi. Mudah bawa. Jadi masa 12.12 online Revolution, apa lagi terus borong 6 buah powerbank, masa Alja purchase ni waktu pagi. Bila nak beli lagi waktu petang, dah sold out, sedih..Harga Asal RM60 lepastu masa 12.12 ni jadi RM27, murah tak murah? lepastu kualiti ok.
dan, satu lagi Powerbank jenama Pineng warna pink. Baru nak try. but this one a bit heavy. Akhir seklai untuk 12.12 onlien revolution kali ni, Alja beli Rusell Taylors Pressure Cooker. Semua yang Alja beli adalah menggunakan penghantaran secara Cash On Delivery (COD). Harga untuk Pressure Cooker ni Alja beli RM169.00, Before price ialah RM599.00. Diskaun kaw kaw kan. hehe


Produk manakah yang anda merancang untuk membeli di Lazada semasa jualan Revolusi Dalam Talian
Produk yang Alja masih merancang nak beli semasa 12.12 online revolution kali ini ialah dua benda ni. Memang dah Aim lama. Kalau ada rezeki memang nak beli T_T hehe Siap simpan dalam wishlist lagi ok. hahaha
So Korang nak join juga? Jom, hadiah sangat menarik, korang hanya perlu tekan link Lazada Contest dan Ikut arahan yang diberi. Contest bermula dari 1 Nov sehingga 14 Dis 2017. Lagi ramai join, hadiah makin menarik.

Prizes – More Participants, More Winners!

Depending on the overall number of participants there will be either 25, 50, 80 or 111 winners: 

Less than 200 Participants (RM3,150 to 25 winners):
 1st Prize: 1 x RM300 
 2nd Prize: 9 x RM150 
 3rd Prize: 15 x RM100 

More than 200 Participants (RM6,150 to 50 winners):
 1st Prize: 1 x RM500 
 2nd Prize: 15 x RM150 
 3rd Prize: 34 x RM100 

More than 350 Participants (RM10,400 to 80 winners):
 1st Prize: 1 x RM750 
 2nd Prize: 35 x RM150 
 3rd Prize: 44 x RM100 

More than 500 Participants (RM14,500 to 111 winners):
 1st Prize: 1 x RM1,000 
 2nd Prize: 50 x RM150 
 3rd Prize: 60 x RM100 


Selamat habiskan duit semasa Online Revolution!! Hahaha

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤