Tahun Baru, Dunia Baru - Selamat Berpuasa semua
Assalamualaikum hai semua. Dah lama sangat tak update blog ni. Domain pun sampai lupa nak bayar dan dah jadi domain bukan-bukan, jadinya kita guna url kita yang asal je lah. Lama dah guna domain custom tu, rasa sayang sangat bila hilang macam itu je. Dapat tahu blog tukar dan dah jadi website arak pun dari blogger lain. Guna custom domain itu pun sebab simbolik makna nama Alja. Takpe lah, nanti ada rezeki lain, beli custom domain lain pulak. Sekarang kita guna url asal yang lama sejak tubuhnya blog ni.
Hello gadiskecik.blogspot.com selamat tinggal www.cahayapermata.my .
Refreshing! Sejak dah lama sangat tinggal dunia blogger, jadinya Alja nak sharing yang status Alja dah bertukar daripada cik kepada Puan, dari bujang kepada seorang ibu. hihiiskskksks happy! one word HAPPY! skskskksks Alhamdulillah. So sekarang diri ini sangat sibuk nak menyesuaikan diri dengan tugasan seorang isteri, ibu dan juga pekerja di pejabat. Bila dah jadi ibu ini, memang betullah orang kata, sangat tak mudah. hoho yela mana ada perkara mudah dalam dunia ni. Sedangkan nak tidur pijam mata pun perlukan usaha untuk mengantuk. Cuba kalau tak m,engantuk, nak lelap pun payah. Terpaksa lah baca buku untuk bagi otak penat.
Perkenalkan anak Alja, seketul teddy bear comei yang diberi nama Ali (cukuplah tahu tu je. hahaha). Sekarang dia dah 5 bulan, Alhamdulillah. Sangat mencabar nya. Masa ni tengah check-up bulanan dia. 4 bulan yang sangat behave, bila masuk je 5 bulan, Ya Allah rasa tak boleh handle sorang-sorang, sebab husband kerja tak boleh cuti dan boleh lari kejap-2 je untuk hantar dan ambik Alja dekat klinik, itu pun dah bersyukur. Mungkin check-up 6 bulan kena pergi berdua dengan husband? masa ni sangat stress sebab dia dah tak reti duduk diam-diam dalam stroller dia. hahaha
Ada kisah terjadi 2-3 hari lepas, masa tidur sambil menunggu masa sahur, dengar lah si bebear ni menangis, nak dipopok, eh hilang! tahu dekat mana? dekat kaki kuuuuu. haiyo! Nasib baik ibu nya perasan, kalau tak, mungkin dah jadi bola gamaknya kena tendang. Astargfirullah! hahaha Apa lagi akalnya 6 bulan akan datang? ehemmm kita tunggu sama sama ya...
Oh hari tu check-up, nurse kata 1st April nanti dah boleh start bagi solid food dekat Ali. Tak sabar, nervous, semuanya bercampur. hahaha. Anyone ibu-ibu yang ada pengalaman, please kongsi tips, barang apa nak kena ada, sebab bila baca bab makan, 2-3 hari yang pertama hanya bagi bubur kosong sahaja without campuran apa-apa bahan like sayuran, bilis atau ikan/ayam.
Barang nak buat bubur, simpan bubur pun tak beli lagi. sebab tak tahu nak beli apa. Bukan tak tahu nak beli apa, tapi banyak benda nak beli sampai tak tahu nak mulakan yang mana dulu. hihihi Sedangkan masa pregnant dulu pun, beli barang bersalin pun last minit. hahaha hanya barut, baju, mitten bottie baby je beli dulu. Stroller carseat pun sebulan nk bersalin baru beli. Padahal dah buat list, tapi masih tak cukup. hahaha
So sekarang, me as a new mom, nak minta tunjuk ajar from uolls, if ada tips, resepi or anything mesin yang memudahkan kerja saya sebagai new mom also working mom sila lah share. Haritu dah jumpa satu mesin ni, lupa lah jenama apa, tinggal nak beli je mesin tu, dia kisar sekali masak. Harga pun masih range ok hahahaha tengah riki lagi ni. Maklumlah, nak raya ni, beli yg mana patut dulu.
Baju raya dah beli ke tu? 1 week before puasa haritu kita dah beli untuk Ali dan ayahnya. sedondon tahun ni depa berdua duk "KHATAM". depa dah Khatam sebelum puasa, nanti puasa sila lah Khatam yang sebetulnya. Baju ibunya je tak beli lagi, tak rasa vibes raya lagi untuk diri sendiri. hihi tahun ni baju raya korang warna apa?
Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤