Pearl Harbour menawarkan Harga yang terbaik buat pakaian wanita bermula dari harga RM5
Menjadi seorang wanita, baju kurang dari 5 itu tersangatlah tipu. betul tak? Selagi tak roboh almari, selagi tu mesti beli. Tapi, kalau almari roboh pun bukan jadi masalah. Janji baju yang diidamkan, mesti dapat.
Alja kata begini sebab Alja pun salah seorang daripada peragai sebegini. Baju dah banyak, sampai tak muat almari tapi still complain kata TAK ADA BAJU LANSGUNG. Susahnya kan? Ingat butik ke pakai baju satu lepastu taknak pakai baju tu dah. Kes kronik sebab suka membazir. ish ish ish.
Pada hari sabtu lepas, Alja ke GM klang atas jemputan dari PH Fashion. Memang niat nak beli baju time tu sebab baju untuk ke event-event blogger takde. Jadi, ini adlaah kali pertama Alja ke GM Klang, bila masuk je GM Klang, terus macam kena ala ala kejutan budaya, tapi ni bukan kejutan budaya, ni kejutan harga shopping yang mendadakkk. hahaha Kalah Times Square punya harga. menagissssss.
Datang-datang je mata terus tertacap hat baju belakang yang tergantung tu. Murah kan? Nampak ke tidak tu? haha Sepasang baru RM45. Kalau tengok kedai-kedai tempat lain dah RM70 sehingga RM90. Ya tuhan, kalau datang PH Fashion ni, kalau tak beli tak sah. tak rambang mata tak sah.
Pearl Harbour dalam bahasa singkatnya ialah PH Fashion. PH Fashion menawarkan konsep Online To Offline. Faham tak maksud O2O ni? Kalau korang pergi kedai PH Fashion then dh balik, terlupa pulak nak beli baju yang korang teringin, korang boleh beli melalui Online. begitu juga sebaliknya. Better pergi kedai jika berdekatan rumah. lagi sedap memilih kan?
Mana yang jauh, jangan risau korang boleh buat pembelian di website Pearl Harbour juga. PH Fashion post seluruh Malaysia, Singapura dan juga Brunei. Seronok kan? Tak payah risau risau lagi.
PH Fashion menawarkan pelbagai fashion baju trend sekrang contohnya seperti Baju Kurung, Jubah, Blouse, Jackets, Outwear, Cardigans, Jumpsuit, skirt dan pants. Psst, Baju raya juga akan dikeluarkan dalam masa terdekat, Sangat lawa! Alja dah aim satu baju ni, nanti dorang dah release, Alja nak serbu!
See, Alja in love sangat dgn baju ni jadinya Alja angkut satu pasang. Sebelum angkut bawak balik, Alja try baju kurung ala ala peplum ni. Time try ni size XL kalau tak silap, sebab malas nak change baju kan, sarung je so ambik besar. hahaha Tapi bila balik rumah, ambik size M. M pun longgar. Nasib baik Pekerja di PH Fashion cadangkan suruh ambik M. If Alja berkeras untuk ambik XL? Kena kata Baju pinjam lah jawabnya. haha
Baju-Baju yang ada di PH Fashion bersaiz M, L, XL dan 2XL. Tapi ada Baju size L memang tak ada. Kain pon tak panas, Murah pun murah. Best sangat pakai. Sampai taknak buka bajunya. hahaha
Branches PH Fashion kalau tak silap Alja ada 3 area, iaitu..
- Kenanga Wholesale KL di Tingkat 27 no 21
- Tesco Rwang , Lot F24 - F25 dan,
- GM Klang [ Block A, Lot 2F-126 ] dan [ Block B, Lot G98 - 100 ]
Pearl Harbour adalah sangat memberi manfaat kepada penjual yang ingin penghantaran yang cepat dan kos yang rendah atau pelanggan yang suka membeli-belah dalam talian. Kalau nak mudah, boleh terus contact nombor atau laman web di bawah ini ye
Hotline : +603-9226 2328
What's App : Order PM +6018 - 217 0388 / +6010 - 760 4666
Dropship Hotline : +6018-2101788
WeChat : PearlHarbourFashion
Instagram : @PHFashion_Official
Facebook : PH Fashion
Webiste : www.pearlharbour.com.my
BERITA BAIK...
PH Fashion ingin memberikan shawl & woven bag secara percuma kepada anda yang berbelanja di PH Fashion!! *T&C
*Dengan pembelian RM 100 atau lebih (in a single bill)
*Untuk Special design dan semua harga retail (tak termasuk best buy)
*Limited time
Lagi satu kan, Kalau korang Sign up as member, korang dah dapat diskaun voucher 20% diskaun tau. *Limited time
Jadi apa tunggu lagi? Tak ada baju raya, baju jalan atau baju ke kenduri? Cari Je PH Fashion! :D
1 Comments:
Write CommentsHaaaii.. TB datang melawat blog.. tak dapat nak komen sangat sebab tengah blogwalking dah singgah blog2 yang lain.. TB doakan untuk awak semoga hari ni hari yang lebih baik dari semalam .. K bye..
Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤