Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tahun Baru, Dunia Baru - Selamat Berpuasa semua

    Assalamualaikum hai semua. Dah lama sangat tak update blog ni. Domain pun sampai lupa nak bayar dan dah jadi domain bukan-bukan, jadinya kita guna url kita yang asal je lah. Lama dah guna domain custom tu, rasa sayang sangat bila hilang macam itu je. Dapat tahu blog tukar dan dah jadi website arak pun  dari blogger lain. Guna custom domain itu pun sebab simbolik makna nama Alja. Takpe lah, nanti ada rezeki lain, beli custom domain lain pulak. Sekarang kita guna url asal yang lama sejak tubuhnya blog ni. 


    Refreshing! Sejak dah lama sangat tinggal dunia blogger, jadinya Alja nak sharing yang status Alja dah bertukar daripada cik kepada Puan, dari bujang kepada seorang ibu. hihiiskskksks happy! one word HAPPY! skskskksks Alhamdulillah. So sekarang diri ini sangat sibuk nak menyesuaikan diri dengan tugasan seorang isteri, ibu dan juga pekerja di pejabat. Bila dah jadi ibu ini, memang betullah orang kata, sangat tak mudah. hoho yela mana ada perkara mudah dalam dunia ni. Sedangkan nak tidur pijam mata pun perlukan usaha untuk mengantuk. Cuba kalau tak m,engantuk, nak lelap pun payah. Terpaksa lah baca buku untuk bagi otak penat.  



    Perkenalkan anak Alja, seketul teddy bear comei yang diberi nama Ali (cukuplah tahu tu je. hahaha). Sekarang dia dah 5 bulan, Alhamdulillah. Sangat mencabar nya. Masa ni tengah check-up bulanan dia. 4 bulan yang sangat behave, bila masuk je 5 bulan, Ya Allah rasa tak boleh handle sorang-sorang, sebab husband kerja tak boleh cuti dan boleh lari kejap-2 je untuk hantar dan ambik Alja dekat klinik, itu pun dah bersyukur.  Mungkin check-up 6 bulan kena pergi berdua dengan husband? masa ni sangat stress sebab dia dah tak reti duduk diam-diam dalam stroller dia. hahaha

    Ada kisah terjadi 2-3 hari lepas, masa tidur sambil menunggu masa sahur, dengar lah si bebear ni menangis, nak dipopok, eh hilang! tahu dekat mana? dekat kaki kuuuuu. haiyo! Nasib baik ibu nya perasan, kalau tak, mungkin dah jadi bola gamaknya kena tendang. Astargfirullah! hahaha Apa lagi akalnya 6 bulan akan datang? ehemmm kita tunggu sama sama ya...

    Oh hari tu check-up, nurse kata 1st April nanti  dah boleh start bagi solid food dekat Ali. Tak sabar, nervous, semuanya bercampur. hahaha. Anyone ibu-ibu yang ada pengalaman, please kongsi tips, barang apa nak kena ada, sebab bila baca bab makan, 2-3 hari yang pertama hanya bagi bubur kosong sahaja without campuran apa-apa bahan like sayuran, bilis atau ikan/ayam. 

    Barang nak buat bubur, simpan bubur pun tak beli lagi. sebab tak tahu nak beli apa. Bukan tak tahu nak beli apa, tapi banyak benda nak beli sampai tak tahu nak mulakan yang mana dulu. hihihi Sedangkan masa pregnant dulu pun, beli barang bersalin pun last minit. hahaha hanya barut, baju, mitten bottie baby je beli dulu. Stroller carseat pun sebulan nk bersalin baru beli. Padahal dah buat list, tapi masih tak cukup. hahaha 

    So sekarang, me as a new mom, nak minta tunjuk ajar from uolls, if ada tips, resepi or anything mesin yang memudahkan kerja saya sebagai new mom also working mom sila lah share. Haritu dah jumpa satu mesin ni, lupa lah jenama apa, tinggal nak beli je mesin tu, dia kisar sekali masak. Harga pun masih range ok hahahaha tengah riki lagi ni. Maklumlah, nak raya ni, beli yg mana patut dulu.  

    Baju raya dah beli ke tu? 1 week before puasa haritu kita dah beli untuk Ali dan ayahnya. sedondon tahun ni depa berdua duk "KHATAM". depa dah Khatam sebelum puasa, nanti puasa sila lah Khatam yang sebetulnya. Baju ibunya je tak beli lagi, tak rasa vibes raya lagi untuk diri sendiri. hihi tahun ni baju raya korang warna apa? 

THYMOS ANTI SINUS | Melegakan sakit Resdung hanya dengan 1 Spray


"Bersin, hidung tersumbat, mata berair, telinga tersumbat, gatal mata. Argghhh stresssnyaa!! Macam mana nak legakan semua sakit ni. nak buat kerja pun susah. Asyik selsema, bersin, mana tahan macam ni. Rasa nak baring tidur je. Urgh! Pening lagi ni. Apa nak buat ni!!"
Assalamualaikum Hai korang! Korang ada simptom-simptom yang Alja share dekat atas? Ha, nak tahu tak itu adalah antara simptom-simptom Sinus atau Resdung tau. Alja selalu sangat dah kena, sebab tu dah faham sangat simptom-simptom resdung ni. Siapa je tahan kalau kena macam ni? Memang satu kerja tak jalan lah.

Sinus ni tak lain, confirm akan rasa sakit dan berat antara hidung, mata dan dahi. Seksa sangat kan? Rasa nak pejam mata dan tidur je. Semua kerja tolak tepi, sebab bila dah jadi macam ni, Kepala pun jadi pening sekali. Betul-betul seksa.
"Ala relaks lah, aku bukan ada sinus pun"

Sama sekali salah, Dr. Ahmad Nordin kata, Sinus ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja atau dalam erti kata lain, Sinus ada pada semua orang. Sama ada yang sihat atau tidak. Yang bezanya ialah antara Sinus teruk dengan Normal sahaja. *Kalau salah boleh betulkan :)

Jadi, jangan kata kita takde sinus, takde resdung. Yela, Udara kita di Malaysia bukanlah bersih mana, dengan adanya terlalu banyak kenderaan dan mengeluarkan asap terutama sekali Lori. Ye, dengan asap lori yang mungkin tak servis. Dengan Udara yang tak bersih. Sana sini Construction. Pasti akan ada sikit walaupun tak banyak sinus tu dalam diri kita.
THYMOS ANTI SINUS/NASAL ALLERGIES SPRAY. Alja dah try guna, baru pakai 1-2 kali pun dah nampak kesan. Tak tipu, betul! Sebab Alja memang ada Sinus problem. Benda ni sangat sangat membantu Alja. Kerana ada positif feedback dekat diri Alja, So Alja nak share dengan korang semua berita baik untuk pesakit Sinus.

THYMOS is the world’s most advanced sanitiser that works relentlessly around the clock to protect any treated surface of your choice from the most harmful bacteria and viruses, including the smallest virus ever found. THYMOS is clinically proven to kills 99.99% of MERS-CoV, H1N1, EnteroVirus, MDR Bacteria and other pathogens
SIAPA BOLEH MENGGUNAKANNYA?
  • Semua peringkat umur boleh guna
  • Kanak-kanak
  • Bayi
  • Ibu Mengandung
  • Lanjut Usia
Dengan adanya THYMOS yang boleh melegakan sakit sinus bertahun-tahun dalam masa 3 hari paling minimum. Sangatlah TIDAK RUGI untuk memilikinya. Sayang Kesihatan ke tidak? Kalau sayang, kena grab satu tau! hehe

Lagi satu, ia didatangkan didalam bentuk spray. Jadi mudah terutama untuk anak-anak korang. Ye, seksa nak bagi kanak-kanak makan ubat. Anak buah Alja sampai berlari, meraung sebab taknak makan ubat. Jadi THYMOS ni spray spray siap! mudahkan?

CARA MEMAKAINYA?
  • Spray seperti Pefume untuk MENINGKATKAN ANTIBODI
  • Spray pada bantal / Bolster bagi MENGURANGKAN ALAHAN SINUS
  • Spray di udara untuk KELEGAAN SEGERA DARIPADA KERENGSAAN
1 semburan boleh tahan dalam 12 jam tau. Tahan lama kan? Nampak je kecik, tapi boleh sembur sebanyak 170 kali semburan. Sesuai untuk seisi keluarga. 1 botol ini sebanyak 10ML. Jadi tak rugi untuk korang milikinya satu.

Teknologi “Self Sanitizing” (pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman, patogen dan allergen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 12 jam. Ia tidak mengandungi alcohol, bahan kimia toksik, steroid ataupun wangi-wangian. Ia adalah selamat kalau terkena kulit, walaupun pada kulit kanak-kanak. (Sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas.)

Jadi, Alja cadangkan supaya menggunakan dosage seperti yang disarankan oleh THYMOS, sehari 4 semburan pada bahu atau bahagian dada, dan 6 semburan pada bantal atau katil sudah cukup.

Sebab apa alja kata TAK RUGI? Sebab Alja dah cuba! Alja bagi anak buah Alja, dia memang kuat bersin. Rasa nak potong hidung dia bagi stop bersin. Alja selalu sangat hidung tersumbat, mata gatal gatal, bila spray dah kurang dah. baru 1 hari, kalau 3-5 hari? InsyaALLAH baik.
Memang kesembuhan datang dari Allah. Tapi kita kena berusaha untuk mencari kesembuhan. Tiada sakit yang tiada ubat dan kesemburan KECUALI MATI. Ha, jadi tak salah korang cuba. Lepasni Alja nak bagi abg ipar Alja pula try. Nanti Alja update feedback abg ipar dekat entri ni juga ok?

THYMOS Anti Sinus/Nasal Allergies Spray ini Revolutionary “Self-Sanitizing” Technology dari UK. Korang boleh dapatkan THYMOS ANTI SINUS ni Exclusively available dekat Guardians Malaysia. Original Price RM75. Sekarang harga promosi hanya RM69.90 termasuk GST! Dibawah ni Alja share dengan Korang dari Website GUARDIANS . 
Untuk Info lanjut, korang boleh layari Laman sosial THYMOS dibawah ini,

GUARDIANS : THYMOS
FACEBOOK    :  THYMOS
INSTAGRAM  :  @Thymos.global
WEB                :  www.thymosglobal.com
MALAYSIA DISTRIBUTOR :



Sanah Helwah Bonda

Bismillahirrahmanirrahim .. Assalamualaikum andd yeoboseyo . Hai :) 28 January . Hari Kelahiran seorang Wanita yang telah melahirkan diri ini serta Kakak-2 ku yang lain . Beliaulah Emak . Beliau jualah Ayah bagi Kami . Happy Birthday . Sanah Helwah Emak . 

Semoga terus tabah dan kuat dalam menjaga dan mendidik serta membesarkan kami . Semoga ALLAH Kurniakan Kesihatan yang baik buat Emak . 


WE LOVE YOU EMAK 


Dialah Jantung Hati . Dialah Buah Hati . Dialah Cinta Hati . Dialah Ratu hati ini . Semoga ALLAH sentiasa jaga Emak untuk Kami adik beradik :')

Anak : ayah, nak duit
Ayah : mintak kt mak
Anak : ayah tolong buatkan air milo
Ayah : suruh mak buatkan
Anak : ayah, dodoikan boboi tidur
Ayah : mak kamu kan ada

Mak adalah segalanya  Sanah Helwah Emak . Stay Pretty Forever . Keh keh 

Mohon doa Kalian Sahabat buat Emak


Bismillahirrahmanirrahim .. Assalamualaikum andd yeoboseyo . Hai :) Hmm dah 3 hari Emak duduk kat Hospital , Rindu Emak  Rasa Down Jer bila tak tengok wajah Emak .... Sahabat , Alja Mohon Kalian doakan Emak Alja Semoga dia kembali sihat dan stabil . Allahumma Aamiin ..
Sepatutnyaaa 
Hmm , Sepatutnya Hari ini 6/11/2013 emak buat Operation .. hmm , mak dah puasa sejak mlm smlm sampailah ptg td , sbb org yg first operate dr pukul pg sampai pukul 1 ptg lebih baru keluar .

Doc kata kalau tak harinh maybe esok .. hmm kesian emak mesti emak penat ... tetiba pukul 3.39 ptg td Mak dah dipanggil oleh doc untuk ke dewan bedah . Alhamdulillah ... tapi .... masa nak masuk tiub ke dlm mulut emak ..

Berlaku semua kejadian sebelum nh masa mak nak operate Tyroid ... Kali ini emak operate Buang sebelah buah pinggang pulak ... 

emak sesak nafas .. Jd skrg Emak terpaksa dihold kan untuk tidak buat operation dan sekrg emak di ICU Neurologi di GH ... 

sedih tgk mak .. Wayar sana sini terpasang di badan emak .. Duhai hati kuatlah .. Mungkin ini sudah tertulis buat saya sekeluarga , jd Kami harus lalui . jd kena kuat . 

Kalau ada masa lebih , Alja Mohon Kalian Buat Solat Hajat untuk Emak Alja :')

Dialah Emak , Dialah Ayah . Dialah Tempat mengadu Kami . Tanpa dia kami rasa sunyi rasa kehilangan ...

Emak dan Ayah tiada Galang Gantinya *Menangis* ......

Mohon doa Kalian Sahabat .. Semoga ALLAH permudahkan segalanya .. 

Fi Hifzillah EMAK !! ♥ 


Kalau lah sakit tuh boleh dipindahkan dekat aku ........


oh ye , Masa operate tyroid tuh pun mak alja tak dpt buat and doc suruh baliik dulu .. mungkin Kali ini jugak sama :'(


"Mata mak berair , Mak macam menangis Jer ...."- Kakak -