Mari Belajar Bahasa Arab Part 1
Assalamualaikum and yeoboseyo . Sudah terlalu lama diri ini menyepi .. terasa rindu pada blog , pada sahabat ana di blog ini . oh ye , Alhamdulillah , alja rasa syukur kerana baru sahaja selesai menduduki Peperiksaan SPM 2012 . Jadi dunia alja akan semakin mencabar , usia semakin meningkat dan kematian jua semakin dekat . Alhamdulillah juga kerana ALLAH permudahkan urusan alja menjawab Exam SPM . Semoga Penanda Kertas alja seorang yang baik Hati dan murah hati . Ameen . Perancangan lepas SPM ? mungkin duduk dirumah sahaja kerana Emak tidak mengizinkan diri ini berkerja seperti Kawan yang lain . mungkin ada baiknya .. Cuma alja berdoa semoga cita-2 alja nak masuk ke International Islamic University Malaysia tercapai . ameen . Jom Kita ke tajuk asal balik ..
Rasulullah SAW bersabda ..
"Cintailah orang Arab kerana tiga perkara : Kerana aku adalah orang Arab , al-Quran itu berbahasa Arab dan ucapan penduduk syurga adalah Bahasa Arab”. [HR. Hakim, Thabarani dan Baihaqi]
Oh ye , Tajuk kita hari ini berkaitan Bahasa Arab . ada yang Kata Bahasa Arab ialah Bahasa Syurga . Tapi bila bertanyakan kepada yang lebih Arif dalam perkara sebegini , mereka mengatakan bahawa Bahasa Arab merupakan Bahasa Syurga adalah satu hadith yang dhaif (lemah) . Kerana tiada nas dari al-Quran mahupun Hadith Nabi SAW mengenai bahasa yang digunakan pada hari kiamat atau pun di syurga . Waallahu'alam .
Walau bagaimana pun , Bahasa Arab adalah Bahasa termulia kerana bahasa arab adalah Bahasa al-Quran . Jadi tidak salah untuk Kita mempelajarinya . Lagipun bila kita faham dengan bahasa Arab , maka kita akan lebih mudah memahami ayat-2 Allah didalam al-Quran .
Nak kata alja pandai bahasa Arab , tak lah sangat cuma pernah belajar time sekolah rendah je . Tapi alja dah mula belajar bahasa arab ini balik sebab alja rasa bahasa ini terlalu istimewa . Jadi Jom Kita belajar bersama-sama !! tapi yang ni yang asas je dan akan di-update sentiasa :)
Mari Belajar Bersama .
- Salam Ukhwah Fillah - salam persahabatan kerana Allah
- Ukhuwwah Fillah abadan abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
- Ukhti - kakak / saudara perempuan
- Akhi - abang / saudara lelaki
- Zauj - suami
- Zaujah - isteri
- Assif jiiddan - i'm really sorry
- Syukran / afwan - terima kasih / sama-sama
- Fa'iza 'azamta fatawakkal'alal lah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
- Inni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
- Mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dalam hati selain Allah
- Lau samantha - excuse me
- Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
- Ilalliqa' - moga bertemu lagi
- Syafakallah - semoga Allah menyembuhkan awak \buat Lelaki/
- Syafakillah - semoga Allah menyembuhkan awak \buat Perempuan/
- Taffadhol - silakan
- La aadri - saya tak tahu
- Ma fi musykilah - tiada masalah
- Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
- Bitaufiq wannajah Fil imtihan - semoga berjaya didalam peperiksaan
- Jazakallahu khairan kathira - semoga Allah memberi/menambah kebaikkan yang bnyk kepadamu \buat Lelaki/
- Jazakillahu khoiran kathira - Seperti diatas . \buat Perempuan/
- Wanaa aydhan = Saya pun demikian
- Ana (nama anda) = Saya (Nama anda)
- Ismii (nama anda), Waanta ? =Nama saya (nama anda), dan nama kamu ?
- Masmuka ? = Siapa namamu ?
- Bikhair Alhamdulillah = Alhamdulillah baik-baik saja
- Kayfa haaluka/haluki ? = Apa Kabar ?
- Atta`aaruf = Perkenalan
- Saya rindukan awak = Ana musytaqun ilaik
- Saya hendak belajar = Uridut ta'alum
- Saya hendak pergi = Uriduz zahab
- Saya sangat memerlukannya = Ahtaju ilaihi jidaan
- Selepas= Ba'da
- Sebelum = Qabla
- Minggu hadapan = Usbu ‘ul qaadim
- Minggu ini = Hazal usbu
- Sebelum = Qabla
- Cuba = Jarrib
- Tolonglah kami = Saa'id na
- Bersabarlah = ISbir
Asif Jiddan kalau ada tersalah , segala bahasa arab ini saya belajar dari ukhti NurHudaIbrahim dan ukhti-2 yang lain yang sentiasa membantu saya jika saya memerlukan atau tidak memahami sesuatu perkara . Jazakillahu Khairan Ya sayang semua ! :) . Salam 1.2.34Hijrah . Assalamualaikum :)
7 Comments
Write CommentsNice sharing dear.!!
Nak hafal jugak laa apa yg Alja share tu sebab ada jugak yg akak tak pernah dengar. :)
syukran
salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com
bagus.. ia sangat2 membantu
Shukran Jazilan...
Syukran Jazilan.. Salam Ukhwah Fillah.. :)
Deabak!!! (y)
Syukran jazilan...
Assalamulaikum, maaf saya nak bertanya, untuk yang saya rindukan awak tu, kalau guna ayat ' ana haneenun bika' tak boleh ke? Btw syukran 😊
Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤