USRAH: Sungguh, dalam diri Kita masih ada Sifat Tidak Bersyukur dan Tidak Berpuas Hati

December 24, 2014 4 Comments A+ a-


Assalamualaikum Hai semua. Malam ni Alja nak kongsi satu entry berkaitan dgn diri kita semua. Tentang Apa? Bersyukur? Ye, Bersyukur.

Bersyukur dengan diri kita tidak asing lagi bukan? Terkadang, apa yang kita dapat, kita terima, selalu saja akan terdetik dalam diri tak puas hati. contoh,
  • Ini je dia bagi? 
  • Asal dia bagi sikit sangat! Harap je rumah besar, ada pangkat. Tapi Kedekut.
  • Eleh, benda ni pun aku boleh beli lah.
  • barang ni mcm kat kedai daiso je, RM5 je agaknyaaaa.. Murah gila!
  • Dan lain-2, sila nyatakan .... 
Bukan awak, awak, awak kat mana awak awak kat mana.... okey okey jangan padam entry ni. 

Terkadang hati kita terdetik dgn ayat-2 kat atas kan? Kenapa pulak hang kata gitu? Sebab Alja pun buat. Well, kita manusia, buat silap tapi cepat-2 lah mintak maaf and pebetulkan kesilapan kita ye! Jangan kata "biasalah Manusia, buat silap. macam kau tak pernah buat silap je!" Jangan lah dok kata gitu, takkan lah awak nak buat silap forever sebagai alasan "Biasalah Manusia" 


Sabda Rasulullullah s.a.w;
من لم يشكر القليل لم يشكر الكثير ومن لم يشكر الناس لم يشكر الله التحدث بنعمة الله شكر وتركها كفر
Maksudnya; Sesiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, ia tidak akan bersyukur dengan yang banyak, sesiapa yang tidak bersyukur sesama manusia, ia tidak bersyukur dengan Allah swt,Menceritakan nikmat Allah adalah bersyukur dan meninggalkannya adalak kekufuran.
Walaupun apa sahaja yang kita dapat, sekecil hama pun, bersyukurlah. tapi susahkan? samalah! Jadi, apa kata, kalau kita terdetik sahaja rasa tak bersyukur tuh, kita pandang sekeliling and cakap, 
  • Orang lain mungkin tak akan dapat apa yang aku dapat
  • Masih ada org lain yang lebih susah dari aku
  • Org lain dapat ke mcm aku dapat? kenapa susah sgt aku bersyukur? Allah.. 
  • dan lain-lain, sila Nyatakan ....
Sahabat yang Alja sayang, tahukah kamu bahawa Semakin banyak Kita bersyukur. Semakin banyak Kita menerima tau. Tak percaya? Cubalah. InsyaAllah :D

"Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada, tetapi jangan lupa yang telah ada"- DrMaza

Ada Facebook? Cubalah lihat. Ada artikel-2 , post-2 mengenai
  • suami mengadu isteri begitu begini, Isteri mengadu Suami bergitu begini 
  • Anak mengadu ibu bapa tak belikan HP lah, tak belikan apa yang kawan-2 ada
  • Kawan kata kita mcm itu ini
  • dan lain-2. Sila Nyatakan ....
pernah tak korg baca artikel tentang suami yang mengadu tentang isterinya. Artikel tuh sangat popular satu ketika dulu (macam dah lama sgt pulak!) jika tahu, ulas sendirilah :)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab." (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

Tentang si anak yang paksa-2 ibu bapanya belikan handphone sebab ikut trend, kawan-2 kata tak up-to-date. So what? Hidup dgn cara sendiri, jangan ikut org lain. Paksa-2 ibu bapa, pernah terfikir tak ibu bapa kita banyak berhabis duit beli barang-2 sekolah kita, ye, mmg beli barang-2 sekolah itu tanggungjawab mereka (ibu bapa) tapi kalau beli Handphone itu rasanya bukan Keperluan, tapi KEHENDAK

Kehendak ini kita boleh Holdkan right? lagi-2 GST dah ada nh, lagi banyak duit nak digunakan. Kau asal kata begitu? dah ada pengalaman jd ibu ke? No! tapi ini adalah pengalaman sendiri, lagi-2 dah jadi pelajar IPT duit lagi guna banyak, akibat tak nak susah kan Emak Alja, Alja cuba cari alternatf lain seperti menjual online, mencaru duit dengan membuat tempahan edit blog dan lain-2. Sila Nyatakan (eh!) hahaha

B5gcPIhCAAILVvi

lagi satu, kalau siapa yang ada online shop, mungkin akan ada pelanggan yang seperti dekat atas tuh. pernah tak? Alja pernah, tapi bukan mcm atas lah. 

Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. - (Surah Gafir 40:61)

Kita ini suka sangat banding-bandingkan diri kita dgn org lain (macam Alja). Kita selalu je kata ,
  • Dia comel lah, cantik lah, hensemlah kenapa aku tak mcm dorg? 
  • Dia pandai, kenapa dia boleh? kenapa aku bodoh sgt? hmm aku sgt tak berguna
  • Dia ni serba boleh, aku serba tak boleh
  • dan lain-2. Sila Nyatakan .....
Allah dah banyak kali ingatkan dalam Al-Quran tentang BERSYUKUR ini. Tapi kita sering lalai dan alpa. Sebenarnya, diri kita adalah apa yang kita buat dalam kehidupan seharian. Jika dalam hidup kita hampir 80% fikir tentang negatif, benda semua yang kita buat semua akan jadi serba tak kena. Jika dalam hidup kita hampir 80% fikir benda-2 baik, Kita akan buat semua dgn mudah dan insyaAllah berakhir dgn Kerjayaan. Percaya dan cubalah! :)

kenapa kita sentiasa mendongak ke atas, sedangkan dibawah kita tak habis lihat lagi? Kenapa saat kita susah, kita kata Allah tidak Adil? Kenapa saat kita susah, baru kita tersedar kita ada Allah? Kenapa saat kita senang, kita mudah lupa pada Allah? Kenapa kita selalu saja minta itu ini tanpa berusaha? kenapa kita selalu saja mengadu? susah sangat ke kita untuk bersyukur? Jawapannya ada didalam diri sendiri. Terapi diri kita sendiri. lihatpada diri kita sendiri. 


Tanda kita bersyukur diatas nikmat rezeki  yang dikurniakan Allah SWT ialah, Kita laksanakan zakat, sedekah dan amal jariah. Tanda kita bersyukur diatas nikmat kesihatan tubuh badan dan akal fikiran kita melaksanakan ibadah dan amalan soleh dan sentiasa mentaati Allah dan Rasul-Nya. Dan tanda kita bersyukur diatas nikmat ilmu pengetahuan yang kita peroleh adalah kita pergunakan ia untuk menegakkan Islam dan melaksanakan peraturan hidup yang diturunkan Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya. Ilmu yang kita dapat perlulah di amalkan dan disebarkan kepada orang lain, bukan terperap didada dan kedekut! Ilmu yang baik, patut dikongsi. betul? :)

Lihat pada apa yang ada, barulah kita BERSYUKUR. Jangan dikenang apa yang tiada, nanti kita KUFUR. - ILuvIslamDotCom

Buka mata, lihatlah sekeliling dan ucapkan lah Syukur Alhamdulillah :) Marilah sama-sama kita berusaha bersungguh-sungguh supaya kita semua termasuk di dalam golongan mereka yang bersyukur dan sabar yang dirahmati dan diredai oleh Allah SWT. Jika kita memiliki dua ciri-ciri tersebut yang dinyatakan di atas maka kita akan terpilih menjadi golongan tersebut. Tetapi jika kita berburuk sangka dengan Allah SWT, sentiasa mempersoalkan qada dan qadar dan asyik sahaja mengeluh akan ujian dan dugaan daripada Allah SWT maka kita akan menjadi golongan yang dimurkai oleh Allah SWT dan akan mendapat azab dan seksaan daripada-Nya. Minta dijauhkan :'(

Semoga kita bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh Allah yang tidak terhitung banyaknya. Semoga dijauhkan juga akan sifat sebegini, InsyaAllah, Allahumma Aamiin. 

Yang baik datangnya dari ALLAH, yang buruk itu datang dari Kesilapan Alja sendiri, Asif jika ada yang terasa hati and mungkin ada tersalah kata. Jika ada pandangan boleh kongsikan di comment bawah ini :D dan Jika ingin berkongsi secara privasi boleh Email Alja :) InsyaAllah. Kita sama-2 muhasabahkan diri kita.


4 Comments

Write Comments
Unknown
AUTHOR
December 24, 2014 at 9:38 PM delete

Betul tu. Alhamdulillah dengan kehidupan yg skrg even kdg2 tengok org lain lagi hebat tapi rezeki masing2. In shaa Allah masa kita akan tiba. Nice sharing :)

Reply To This Comment
avatar
Tinta Farah D
AUTHOR
December 26, 2014 at 7:01 AM delete

hidup perlulah sentiasa bersyukur..

follower 2015#

Reply To This Comment
avatar
SukaSedap MY
AUTHOR
December 31, 2014 at 12:26 AM delete

betul2 . manusia kdang2 tak betul jugak

Reply To This Comment
avatar
Unknown
AUTHOR
September 6, 2015 at 8:55 AM delete

Syukran alja...Sangat bermanfaat..

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤