Ampunkan Dosa Ku, Wahai Ibu, Ayah.

May 26, 2015 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum. Hai semua. Lama sangat tak update entry. So Harini Alja nak share story.

Sekarang ni dunia makin maju. Semua nak diup-to-date. Sekarang bukan orang dewasa je yang menggunakan Hp, anak kecil (anak buah alja pun guna ok!) Turun tak terkecuali.

Sebenarnya bukan nak citer psl tuh, semua dah tahu kan tajuk yang nak di-share.

Ibu bapa kita semua jaga kita dari kecil hingga dah besar gedabak mcm ni. Di beri didikan sempurna dari setiap sudut.

Bila dah dewasa, kita bizi dgn pelajaran di Universiti, politeknik, kolej. Jauh dari keluarga, merantau. Sebulan dua saje jumpa. Itupun kalau cuti sem kita duduk rumah.

Kekadang cuti sem, kita bizi nak jumpa kawan sana sini, tournament sana sini. Sampai takde masa terluang untuk keluarga.

Akhirnya, tiba masa konvo. Ibu ayah bangga hingga mengalir air mata mengucap syukur kerana anak depa dah besar, dah sampai ke tahap ni.

Tup tap tup tap. Masa berlalu pantas. Kita dah bermula kerja . Dulu masa kecik-2 kita dok berangan nak balas jasa ibu ayah kita even kita tahu tak terbalas pun dengan wang ringgit berbanding dengan usaha mereka.

Tapi, bila ibu ayah nak jumpa sekejap pon. Kita kata kita bizi, kita meeting. Dulu masa kecil, sebizi ibu ayah kita, ada juga masa depa untuk melayan kerenah kita. Tp tiba masa mereka, kita buat tak endah. Sebak nya! 


Sampai takde masa untuk melawat mereka. Berbual sekejap tanya khabar. Kita rasa kita dah besar, dah ada duit sendiri. Jumpa ibu ayah sekali sekala pun takpe. Setahun sekali pun takpe. Sebab kita ada duit sendiri.

Tergamakkan kita? Bila perlu je kita cari mereka. Time sedih cari, time susah cari. Tp ibu ayah kita tak pernah merungut. Malah siap membantu lagi.

Niat dihati ingin berkahwin. Ibu ayah setuju. Ibu ayah gembira. Mereka rasa tanggungjawab mereka untuk anak perempuan telah digalas kepada menantu lelaki. Tanggungjawab mereka untuk anak lelaki telah digalas dibahu Anak lelaki sendiri.

Ibu ayah gembira. Mereka puas. Tibalah masa untuk mereka rehat dan menikmati hari-hari tua mereka dengan berehat bersantai. bila dah ad menantu, mereka rasa bebanan menjadi ringan.

Tapi, telahah ibu ayah salah. ibu ayah dijadikan hamba. Hamba untuk jaga cucu-2 mereka. T ak terfikir ke kita bahawa ibu ayah kita penat menjaga kita dari kecil.

Alih alih, Bila mereka sudah tua, ingin berehat, tetapi terpaksa menjaga cucu-2 mereka pulak.

Tapi kita sebagai anak, buat alasan "Dia emak kita, dia ayah kita, bila lagi kita nak jumpa emak ayah kita kalau bukan sekarang. Emak ayah sakit biasa je tuh. Lagipun Dengan emak boleh bagi berapa berapa sen je. Emak ayah tak berkira. Tapi orang luar, bayar tetap bayar." 


Sanggup kan kita? Kata sayang. Bukti Sayang kita kepada mereka ke dengan cara sebegini?

Bukti sayang kita kepada mereka ke dengan seksa mereka sakit-2 mcm ni? Bukan kah hari-2 tua mereka untuk bersantai-2, menikmati alam, beribadah kepada Allah.

Tapi bila dah jaga cucu , terpaksa utk solat lambat. Tunggu cucu pergi sekolah dulu, tunggu cucu tidur.
Kesiannya Emakkk, ayah! Kita semua manusia, tak lari dari buat silap. Tapi tak salahkan untuk kita bahagiakan ibu ayah kita.

Bagi Alja, alja mmg tak setuju kalau anak-2 kita dijaga oleh ayah ibu kita. Hari tua kan hari rehat mereka. Kenapa kita perlu stress kan mereka dgn anak-2 kita? Itu kalau ibu bapa dibuat sebagai hamba.

Kalau yang anak-2 lupakan ibu ayah? Siap keluar berita, keluar dilaman-2 sosial. " seorang ibu meninggal perut kembung kerana terlalu lama terbiar"

Ni lagi lah, wahai anak-2, takde masa kah dikau untuk menjenguh ibu ayah dikampung? Tergamaknya kita biar ibu ayah menanggung rindu kepada kita. Tak sempat call kah kita? DerhakNya kita. 



Allah, terasa sebak bila ibu ayah dibuat begini. Harap kita ambil pengajaran akan cerita cerita benar tentang kisah Ibu Ayah serta Anak dilaman sosial mohupun depan mata kita sendiri. Ingatlah, bahawa kerjayaan kita sekarang bukan sahaja atas usaha kita sendiri, malah kerjayaan kita ini atas sebab Redha Ibu dan Ayah kita. Ingatlah Allah redha jika Ibu Ayah kita Redha. Semoga Kita terhindar dari berperagai sebegini, InsyaAllah Aamiin.


Wallahualam.



Kami anak-anakmu

Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin



NurAlja Posted via Blogaway

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤