Tayangan Amal 'Suami Aku Ustaz' Bersama Adi Putra
Assalamualaikum hai semua. Semalam 26 May 2015 iaitu pada hari selasa, Alja and Kakak-2 Alja pergi ke Tayangan Amal 'Suami Aku Ustaz' bersama Adi putra.
Tayangan ini adalah bagi mengumpul dana untuk membawa saudara baru ke tanah suci mekah. Terutama buat penganjur UMNO Bahagian Bandar Tun Razak iaitu Datuk Rizalman dan semua yang terlibat.
Weeee Dup dap dup dapp. Harap sesgt dapat jumpa Ustaz Hafiz. Hahaha. Ok sebelum tuh, tayangan ni diadakan di Mid Valley . So bertolak dari rumah pukul 6.45 sbb jarak rumah ke mid tak jauh, belakang rumah je dalam 15 minit tolak jem itu ini, sampai lah. Haha
Sampai-2 , ambik tiket wayang. Ingat kan pukul 8malam. Rupanya 9malam. Nak nagis omak rasa dtg awal-2. Tp takpe, datang awal best apa, dpt kerusi atas sekali, couple seat lagi hokey. A06. Hahaha
So round-2 dulu kat mid, singgah toilet and teman kakak gi surau dulu. Sekali Alja terpampam. Ternampak someone yang Alja rasa boleh buat alja senyum. Dari dulu start kenal, sampai sekarang Ter-Suka dia. Crush ke?
Siapa yang Alja nampak? Siapa? Siapa? Bikin panasaran. Hahaha Ya Allah. Alja jumpa Adi Putra. Depan mata, tapi dekat toilet. Tergamam. Ahh giler! Memang giler! Haha berbaju melayu kaker Merah. Senyum. Guguh hati jantung limpa hakak. Mcm menipu je semua gugur.
Tgh pandang-2 dia, alja terfikir nak kejar ke nak senyum jeke nak pandang je? Pilihan A,B dan C. Akhirnya. Alja buat keputusan yang semua orang suka and yang semua orang selalu buat.
So dah tentu lah pilihannya ialah C! Hahaha hakak mampu pandang je dik. Sebab nanti dekat Atas mungkin akak akan jumpa lagi. Ye Mungkin dan berharap. Kehkehkeh ..
Dah puas round bawah (tak puas mana) sbb time uh baru pukul 7.50 so alja nak singgah kedai daiso besar tuh sekali akak msg "Adi putra dah nak sampai, cpt naik atas" kacau K kacau. Tapi disebabkan Adi putra. Kensel lah singgah daiso terus naik pergi GSC. Hahaha
Last-3 adi putra datang pukul 8.30. Aunty-2 kat situ yg kejar dulu. Kita yang muda-2 beralah atau bahasa yang mudah difahamkan ialah bertolak ansur! Hahaha kiciwaaaaa tapi tapi tapi
Adi putra perasan! So dia fokus dkt Camera Alja maka dapatlah Hakak Selpiaqqqq dengan Adi Putra. okey janji Selfie dgn Adi putra Ada even ada yang menyelit menolak! Hahaha
Btw siapa yang belum tengok cerita 'SUAMI AKU USTAZ' sila lah tengok sekarang. Sangat Recommended. Alja baca Novel tuh pun best. Kalau tgk cerita ber-double Triple best! Haha
Jadi, sampai sini sahaja. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kata program santai. Jadi kitaorg bersantai sangat dalam tuh. Hahaha Alhamdulillah, semoga Allah memberkati Usaha baik yang kalian lakukan.
Last word. Happy! Thanks Abang Adi Putra.
#AdiPutra
#KaryaSeniProduction
#AlternatePictures
#CahayaPermata_Nalee
#KaryaSeniProduction
#AlternatePictures
#CahayaPermata_Nalee
2 Comments
Write CommentsSeronoknya dapat tengok movie baru. Mesti best nie. Ramai jak orang saya tengok.
Betul, best cerita ni. lelagi adi putra ada sekali! hehe
Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤