Praktikal | Akhirnya hari yang dinanti telah tiba!
Assalamualaikum hai semua. yeah! hari yang dinanti dah tiba, iaitu hari terakhir praktikal. yabedabeduuuuu!! Alhamdulillah tamat sudah, 06 november. Jadi, tinggal nak present depan pensyarah je hari rabu ni. Depan pensyarah yang bernama Encik Shahrol Faizal. Gabra Alja rasa. Ada tips nak bagi tak? :D
So dalam praktikal ni, yang pertama yang kita kena siapkan ialah buku log iaitu buku yang kita kena catat setiap hari dengan aktiviti yang firma bagi. Tapi bila firma tempat kau tak bagi kerja sampai 3-4 hari, kau rasa? Rasa nak nagis sebab tak tahu nak tulis apa dalam buku log ni T_T hahaha
Then second, kita kena siapkan laporan akhir L.I ni. Dalam laporan akhir ni, kita kena siapkan benda-2 seperti dalam bawah ni ...
- Surat pngesahan tamat latihan dari organisasi tempat latihan
- Abstrak (Abstrak ni kena budal dwibahasa iaitu malay and english)
- Dedikasi
- Penghargaan
- Senarai kandungan
- Bab 1 - Pendahuluan, Objektif LI & laporan serta kepentingan LI
- Bab 2 - Latar belakang syarikat
- Bab 3 - Ringkasan aktiviti LI
- Bab 4 - Laporan teknikal
- Bab 5 - Dapatan dan cadagan ( cadangan kpd poli & Pihak organisasi)
- Bab 6- Kesimpulan
- Lampiran
- Rujukan
So bila dah siap semua apa yang disenaraikan kat atas ni, jadi kita boleh jilidkan ! yahuuuu Alhamdulillah.
Yang ketiga, Lepas dah siap perkara pertama dan kedua. benda yang ketiga kita kena buat ialah Slide pembentangan.
Slide pembentangan ini ialah untuk kita present depan pensyarah selama 15 minit! wow T_T hahaha
Ok, siapa pernah praktikal? ada pengalaman present depan lecture? Boleh bagi tips tips tak? Yang dapat naikkan lagi semangat serta kurangan lagi ketakutan alja ni? terlebih nervous pulak sebab kena bentang depan lecture lelaki T_T
dan inilah mukaaaaaaaa. muka happy giler sebab dah habis LI. Ada org ternampak mata saya bergenang dek airmata. Mmg, time pagi tuh nagis. banyak sangat perkara yang mengusik jiwa, problem hal personal. Sampai tak mampu nak kongsi kat siapa. So, mampu nagis nagis nagis. Tapi tak juga selesai masalahnya. Menangis je, masalahnya takkan selesai. hahaha sekrang pun masih menangis! Allah, bila lah nak hilang sedih ni T_T dah tak kuat. Tak kuat macam org lain fikir. hahaha
Btw terima kasih bebanyak kepada firma yang sudi mengambil saya menjalani latihan industri selama 5 bulan dari 22 jun sehingga 06 november 2015 selama lebih kurang 5 bulan iaitu firma KA Associates, Jalan Jejaka, Taman Maluri. dan terima kasih juga kepada supervisor saya Sr. Mohamad Shazali serta rakan ofis yang lain yang banyak sangat bantu saya dalam hal-hal yang saya tak tahu. Tak lupa juga, Emak and Family yang memberi dorongan serta sokongan serta bantuan kewangan selama menjalani latihan industri ini. Yeha!
Tapi apapun, doakan semoga Nur Aljawahir binti Kamashah lulus dengan baik dan cemerlang dalam sem 4 praktikal ini dan dipermudahkan dalam pembentangan. Aamiin! hehe maceh :D
2 Comments
Write Commentshaha...sama je lah kita dulu.. present depan pensyarah lelaki, but key untuk tak takut tu mudah.
anggap dia salah satu classmate. macam presentation biasa2.. haha
#sharing
hehe good tips! thanks awak. Alja pun rasa if kita taknak takut, jadikan penonton kita sebagai kawan. Takpun anggap je takde org and present tanpa rasa takut. hehehe Thanks tau :D
Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤