Bertukar ke First Gold 80

March 31, 2016 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum semua, cuti study week adalah cuti duduk rumah + berjalan. hihi. ish ish jangan ditiru.

Biasalah zaman maju ni, semua test quiz assesment pensyarah akan buat online je. jadi kalau tempat belajar kita provided Wifi tapi Wifi yang krik krik dalam erti kata lain TAK BOLEH GUNA LANGSUNG. maka, students pon terpaksa lah menggunakan data sendiri. sob sob.

Kelmarin alja buat kuiz online. biasalah data kita macam lagu hidup segan mati tak mahuuuuuuu T_T nak tunggu submit bukan main lama pastuh tetiba hilang. sedih sedih. masa pulak dah nak habis. menangis lah semahu mahunya.

jadi, emak pun kata "pergilah tambah quote sana". Nak tambah quote macam mana kalau kedai jauh. masa menjawab ada berapa minit lagi dalam 45minit lagi. jadi takut tak sempat. al-redhai. hahaha (harap submit lah!) sebab ingat data yang 300-400mb is cukup. rupanya tidak. oh tidakkk..

Maka, kelmarin emak pun cadanglah "takpelah esok pergi buat sana plan yang RM80 tuh yang Abg Kamarul cakap ada 10GB, call sms unimited"
celcom-first-gold
dan hari ini Alja pun pergilah ke Celcom Bluecube di KLCC untuk buat plan Celcom First Gold postpaid Plan.

rupanya Plan ni offer bulan march. baru tahu wey! dan harini hari last 31 March 2016. kalau tak silap harga sebenarnya ialah RM100 ke RM180 tak pasti. ampun! Untuk offer ni, kena bayar RM80/month sahaja. 

Alja berminat untuk ambik plan ni sebab Alja rasa jimat. sebelum ni Alja guna prepaid RM60 untuk internet sahaja 4.5GB. belum campur sms atau call ke rangkaian sama atau rangkaian lain. tak ke lebih dari RM80? kalau internet tak cukup, kena tambah 1GB (RM15) atau 5GB (RM50) lari sangat kan?

Kalau Alja apply Postpaid RM80 ni Unlimited Call dan SMS ke semua rangkaian dan 10GB internet lagi! (dibahagikan 5GB monthly internet dan 5gb lagi untuk sabtu ahad serta Free Wifiplus 5GB lagi) bagi Alja as student yang banyak guna internet untuk search itu ini, main blogg (sampingan je :p) amatlah berbaloi baloi.
Siap ada Internet 1.25GB setiap hari Sabtu dan Ahad, 5GB wifiplus kalau pergi ke cafe ke atau mall-mall yang ada hotspot Wifiplus+ boleh lah signin guna password yang dibagi. Kalau internet tuh ada lebihan akan dibawa ke hadapan dan kalau tak silap alja internet lebihan tuh tak boleh lebih dari data yang diapply. em emm :D

Jadi, apa tunggu lagi? cepat cepat Apply sebab Harini 31 March 2016 ialah hari terakhir. Fuh Ramai juga tadi yang Apply plan ni. beratuqqqqqqq panjang kemain. berbaloi baloi ^^ Untuk lanjut boleh ke www.celcom.com.my
Jadi, Apa kata anda? :)



3 Comments

Write Comments
Maria Firdz
AUTHOR
March 31, 2016 at 6:31 PM delete

Wah... Menarik... Sy guna Celcom first je.. Bkn gold... Tapi mmg jimat..

Reply To This Comment
avatar
March 31, 2016 at 8:04 PM delete

Yan pun sudah daftar semalam hihi..asa berbaloi laa dh murah :D..celcom dgn digi berlawan sebenarnya XD

Reply To This Comment
avatar
Unknown
AUTHOR
December 22, 2016 at 10:11 AM delete

betul tu...lagi2 cuti sekolah ni...anak2 pun asyik tgok video je...tapi yang pelik tu data tak habis2...rupenye ade double data...

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤