isu Hantaran yang menjadi Viral
Assalamualaikum hai korang semua. Semalam kan 28 March 2016 telah menjadi viral satu pernikahan yang titlenya RM15 Ribu.
Bagi Alja, pasal isu hantaran RM15K tuh, kita bukan ahli keluarga ke jiran terdekat ke kawan rapat ke jadi tak pasti siapa salah lagi.
Kita pun takde dalam acara membaling-2 selipar ke kerusi ke kereta ke apa ke jadi kita tak tahu perkara sebenar. kalau cakap, takut salah dah jadi fitnah pulak. Merangkak nak cari orang tuh nak minta maaf. Lelagi org yang kita tak kenal langsung ni.
Mungkin kejadian sebenarnya lain tapi dalam akhbar ceritanya lain. kita tak tahu perkara sebenar. Kita kalau boleh jumpa pihak yang terlibat kalau bebetul nak tahu kejadian sebetulnya.
Sebab bila dengar Cerita si A, si fulan bin tulen yang salah. Bila dengar cerita si B, si poleh binti tuleh yang salah pulak. Waduh jadi penat deh mikirinnya. Hihi.
Maka kesimpulannya ada baiknya kita diam diam sahaja. diri sendiri belum tahu lagi kahwin cmne. Walaupun kita tak kahwin esok hari. Seperti pepatah yang mengatakan takut disebabkan mulut bicara tidak manis, badan pulak binasa.
Jadi Alja belum tahu lagi Alja ni kahwinnya macam mana. Kejadiannya macam mana. Hantarannya macam mana. Apa semua tak tahu lagi. Tapi Alja akan serahkan semua urusan termasuk hantaran dekat emak. Biar emak uruskan semua. InsyaAllah. Semoga baik baik sahaja.
Aip itu perancangan. Belum lagi. Jauh lagi perkara macam ni. Yang penting habiskan belajar dulu. Hahaha. Ok Alja study dulu untuk Final Exam. Doakan Aljawahir ye boleh buat untuk Final exam sesi Disember 2015 ni. 7 paper dalam masa 2 minggu. Terasa nak nagis. Hahaha byebye :)
Tambahan - Kalau boleh buat akaun bersama. Senang mudah. Gaji tuh kita bahagikan bahagian-2 yang mana nak buat kahwin, personal, bagi ibu ayah atau sebagainya. Jadi dua-2 lelaki dan perempuan tahu tanggungjawab tuh. so takde lah isu lelaki itu perempuan ini.
Zaman berubah. Kalau ikut adat banyak duit guna. Kalau ikut islam, insyaAllah duit tuh boleh guna lama kalau simpan bersama. Tapi apapun, bila kahwin, doa doa lah biarlah dipermudahkan dari awal majlis sampai akhir majlis dan sampai ke syurga.
Lagi lagi time bertunang, syaitan suka bagi dugaan untuk orang yang nak bina Sebuah Masjid ni. Jadi banyak bersabar. InsyaAllah. Itu pendapat alja lah.
Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤