Pekerja SoxWorld biadap?
Assalamualaikum, hi semua. Semalam, lepas balek dari kenduri Kahwin of the year #ShawnYayaWedding, terus pergi tengok wayang dekat TS, habis tgk wayang (Alone), terus jumpa kakak-2 dekat sungei wang plaza.
Malam tuh, singgahlah SoxWorld, sebab anak buat nak beli stokin. Tapi yang sedihnya, Rasa macam biadap layanan Pekerja SoxWorld Sungei Wang ni. Baru pkl 8 malam kot. dorang dah buat muka kerut-2 malas layan. Sampai pergi tutup pintu. Kalau dah mmg nak tutup, cakap lah bebaik. Bukan kita nak mengemis pun.
Bayangkan, Kita datang rumah orang. Kita baru nak masuk. Tapi Tuan rumah buat muka annoying sangat. macam kita rompak rumah dia. Dah lah kita datang, lepastuh tutup semua apa yang ada. sakit hati tak?
Kalau kena kat alja ni, alja belah je ni. sebab kat pasar pun ada jual stokin. So tak terkesan kalau tak beli. Bukan rugi mana. SoxWorld kan. Nasib baik kakak aku yg beli.
Kekadang, bukan salah Big Boss tuh, tapi salah pekerja-pekerja. Dah minta kerja, bila dah dibagi, buat kerja nak taknak. Macam kita datang nak mengemis.
So kepada seller apa pun, seller kecik ke besar ke, promoter ke, pekerja biasa ke pekerja luar biasa je, partime ke, full time ke. Takpayah haih buat gitu. Meluat rasa. Semua kerja pun penat. Tidur pun kekadang penat.
Lagi satu, tak nak lah follow belakang kitaorg macam kitaorang bawa satu guni nak masukkan semua barang-2 tuh dalam guni tuh pulak. Bagi sikit Privasi. Tengok dari jauh sudah lah. tak perlulah ikut sampai bontot. Kalau boleh bontot, bahu, badan sampai berlaga. rimas wey T_T hahahaha
Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤