NurAlja di Akhbar Berita Harian : Bahagian Skor Didik (Blogger Remaja) | 10 August 2016
Assalamualaikum hai semua. Ya ampun busy sangat , baru sekarang rasa nak update blog. Minggu lepas, Hari rabu, siapa ada beli Akhbar Berita Harian (BH) 10 Ogos 2016 punya?
Dalam akhbar tu ada Alja di bahagian Skor Didik. Alhamdulillah merasa juga masuk akhbar. itupun sebab Alja share gambar-2 dengan blogger-2 otai. hihi. Oh ya, cuma ralat dalam tu tulis nama 'Alya' nasib baik nama full kita betul tau. hihi
Sambung balik, Alhamdulillah lah, ni first time masuk dalam akhbar, ni merupakan pengalaman baru bagi Alja. InsyaAllah first step juga dalam bidang blogger. Mungkin akan lebih fokus dengan blog ni.
Melalui Tajuk besar "Nur Aljawahir mahu menarik lebih ramai pengikut melalui kandungan entrinya" , memang Alja nak sangat tarik lebih ramai orang baca entri di blog Alja. Tapi ambik masa sebab Alja sekrang busy, Tapi still curi-2 masa untuk Update entri. InsyaAllah Entri bermanfaat.
Sebab kita sekarang zaman berteknologi. Semua benda pun google. Nak cari maklumat Assigment pun kita google. Nak cari review berkaitan sesuatu produk yang bakal kita guna pun kita google juga. Pokoknya, dari secebis-2 kuman pun kita pasti google. betul tak?
Jadi, sebab tu Alja nak lebih serius dalam update entri ni. Nak tarik ramai pembaca sambil fikir idea baru mengikut zaman, peringkat umur dan sebagainya. Apapun still lagi perlukan ilmu. Sekarang pun Blogger Otai Hasrul Hassan ada update memacam tips untuk blogger, jadi Alja selalu save dulu. Sebab busy sampai tak dapat nak bukak.
Blogger kecik macam alja ni memang sentiasa perlukan ilmu. Kalau sudi, share-share lah ye. InsyaAllah, doakan yang baik baik untuk Nur Aljawahir ye ^^
4 Comments
Write CommentsWahh. best nya org tu dah masuk paper. Kite nak jugakkk.. huhu..
Tahniah !
wah. tahniah.. teruskan menulis entri.
Tahniah Alja...
Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤