Kemeriahan Fiesta Islamic 2017 serta Majlis Pelancaran Derma dan Wakaf Masjid Jorak Elahi Batu Pahat, Johor.

April 15, 2017 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum hi semua, untuk pengetahuan korang, Sabtu dan ahad lepas iaitu pada 08 dan 09 April 2017, Alja telah berkunjung ke Fiesta Islamic 2017 yang berlangsung selama empat (4) hari bermula dari hari Khamis 06 April sehingga Ahad 09 April 2017 bertempat di Tapak Pembinaan Masjid Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor.

Untuk pengetahuan korang juga, Fiesta Islamic 2017 ni diadakan untuk mengumpul dana Sumbangan Derma & Wakaf bagi Masjid Jorak Elahi Batu Pahat, Johor yang bakal dibina kelak.
Terdapat pelbagai aktiviti yang ada disini diantaranya ialah seperti Talk Show, Food Truck area, pertandingan azan anak muda dan juga Otai, Sunnah recreation park seperti memanah warisan dan sunnah, aktiviti ATV Off road, mini petting zoo, Flying Fox. Selain itu terdapat 75 booth pelbagai jualan serta 5 buah foodtruck. menarik kan?

Bukan setakat itu sahaja, artis juga turut hadir untuk memeriahkan lagi Fiesta Islamic 2017 kali ini. Antaranya ialah, Am Ketampi, Heliza Helmi, Wani Helmi, Kumpulan Devotees, Imam Muda Hafiz, Syuk SYJ dan Atu Zero.
muka still happy lagi walaupun dari KL ke Batu Pahat menggambil masa 3 jam dengan pelbagai rintangan dan halangan. Gitu macam filem bollywood sangat. hahaha So sampai-2 dalam pukul 1 lebih, jadi kami makan tengahari dulu dan selepas itu Kami berehat di homestay berdekatan area situ.

Oleh kerana masa tu tengah hujan, so nak bagi reda hujan dulu baru berjalan di expo. Alhamdullilah dalam pukul 2.30 lebih ptg macam tu hujan dah mula nak berhenti, so kami siap-2 untuk ke expo. Pukul 3 dah mula start satu pertandingan mewarna yang melibatkan sekumpulan pelajar tabika kemas.
adik-adik warna apetu? Ekor monyet dora kaler pink ke? hahaha. ada yang menangis sebab takut berjauhan dgn ibu bapa. Ada yang lari siap suruh ibu bapa teman duduk sebelah. Ada yang warna ikut logik, warna ikut suka. hahaha Eleh macam lah tak pernah warna ikut suka korang ni time tadika. hahaha
kita juga dihiburkan dengan telatah si badut yang tak penat melayan kerenah kana-kanak nak belon. Sambil-sambil kita tengok adik mewarna, ibu bapa dan terutama bakal pengantin di alu-alukan untuk tengok model-model kita memakai busana dari Malina Andaman.
Cantik cantik kan? Alja dah berkenan satu pasang baju ni, tapi sedih kita takde pasangan lagi. Mampu pandang je lah. hihi

Kalau korang nak tahu, Malina Andaman menyediakan pelbagai Pakej, antaranya ialah, Pakej bertunang, Budget, Berlian, Intan, Permata, Emas dan Juga Istimewa. Pakej-pakej tersebut adalah untuk Pelamin sehingga ke baju. Tapi untuk tahun 2017, Malina Andaman juga ada penyediakan Pakej Lengkap A & B iaitu dari ke Baju sehingga lah ke makanan. Kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah ke Facebook dan Instagram Malina andaman. Boleh tekan Link tu terus.

Sambil-sambil tengok, korang boleh jalan-jalan di setiap Booth di Fiesta Islamic. Ya ampun, rambang mata, murah pun murah. Wuuuu baca selawat Alja bila ke sana supaya tak berbelanja melebihi had. hahaha Jom cuci mata, Alja kongsikan apa yang terdapat disana.
Ada pelbagai jualan, Mini petting zoo pun ada lagi tau. Tengoklah anak kambing yang comel tu. hahaha datang-datang je tertarik dekat haiwan ni. Photobooth pun ada. Ni baru petang Sabtu. Petang sabtu tu juga, Alja ada main Flying Fox dan juga Memanah. Dua-2 ni dikira sukan juga kan? hahaha. Ni adalah kali pertama Alja belajar memanah dan Flying Fox.
Ini adalah kali pertama alja naik Flying fox ni. Wuuu serammm. Yang ni baru 30 lebih kaki je. tak tinggi mana. Ceh berlagak je. Try naik tangga putih tu, dah gigil. hahaha. Tapi yang bestnya sebab flying fox ni di bina dengan segala ciri keselamatan yang ada. Orang yang bagi penerangan mengenai Flying fox kepada kami ni adalah Encik Azlan Shah Bin Abu Bakar.

Tahu tak, yang naik flying fox ni lagi ramai budak kecik dari dewasa. hahahaha. Adakah budak kecik telah mendahului orang dewasa? Paling kecik tahu tak umur berapa? 2tahun weii! hahaha. Masa Alja naik ni, Ada budak tabika kemas pun naik juga. Kurus kecik comel je. Tengok gambar bawah
hahaha comel kan? Umur adik ni pulak 4 tahun. Tapi dah berani nak naik. Comel sangat. Lepas tu, nak dekat malam time tu, Alja cuba pulak aktiviti memanah. bukan memanah cinta dan hati awak ye. kikiki.
Bila dengar penerangan, baru tahu rupanya memanah ni ada 2 jenis, iaitu, Warisan dan moden. Warisan ni guna gerak hati, tak pakai banyak masa. Rasa-2 dah ok, terus Pap! Kalau moden, kena tunggu part by part then baru zapppp pap! Memanah yang Alja guna ini adalah dari 'Panahan Warisan dan Sunnah' Warisan menunjukkan Bangsa Melayu dan Sunnah, kita semua tahu Rasulullah amat suka dengan sukan antaranya ialah Memanah. Kalau korang bermnat nak belajar, mungkin korang boleh contact terus mereka di Facebook Tok Jani Archery Club. Jangan lupa klik like! atau boleh juga whatsapp di no 0137751328.

Pada sebelah malamnya pulak, just hiburan je. Jadi sepanjang malam duduk depan pentas melayan kerenah si Syuk SYJ dan Atu Zero. Tak keirng gusi, ada je idea dorang nak berlawak. Lawak semulajadi tanpa kena baca skrip. Cayalah!
memang malam tu pipi penat gelak dengan aksi spontan Syuk dan Atu. Apatah lagi didendangkan dengan lagu-2 indah oleh kumpulan Nasyid Devotees dan Heliza helmi serta Tazkirah ringkas oleh Imam Muda.

Pada Keesokkan harinya, pada pagi ahad, telah berlangsung satu persembahan yang didendangka oleh adik-adik dari sekolah pendidikan khas pekak pendengaran, Batu Pahat. serta pertunjukkan Kereta dan motor di sana.
Muka tak penat-penat dorang ni, sebab kami happy bila berada disini, iaitu JOHOR!! hihi So di atas ni hanyalah sampingan sahaja untuk Alja share dengan korang sebab sebenar-benar dan highlight yang Alja nak share ialah Sumbangan Derma dan Wakaf  Masjid Jorak Elahi Batu Pahat, Johor.
"Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima"
Allah S.W.T sangat memuliakan orang yang bersedekah. Bersedekah ini amatlah digalakkan di dalam islam. Bersedekah bukan hanya dalam bentuk wang ringgit mahupun barang, senyum juga dikira sedekah sebab kita membahagiakan orang lain. Tapi, janganlah disenyum didepan tabung masjid. Takut di anggap tidak siuman. hahaha

Bersedekah walaupun bukan untuk diri kita, ianya dapat membantu orang sekeliling juga. Sebagai contoh untuk Masjid yang bakal dibina kelak, iaitu Masjid Jorak Elahi Batu Pahat, Johor.

Terdapat pelbagai Janji Allah kepada Umat-Nya mengenai Sedekah ini yang diantaranya dijauhkan api neraka. Justeru itu, marilah kita bersama-sama menambahkan saham kita. Saham dunia? Dunia hanya sementara. Jadi Saham apa?

Saham akhirat! InsyaAllah, Jadi mari kita bersama-sama menambahkan saham akhirat kita dengan Wakaf mahupun derma bagi pembinaan Masjid Jorak Elahi atau akan dikenali dengan nama Masjid Bintang.

Kenapa Masjid Bintang? Boleh tengok gambaran bagi Masjid Jorak Elahi dibawah yang Alja kongsikan ini. Masjid ini berkonsepkan bentuk bintang, iaitu terdapat unsur geometri dalam seni islam.
Kenapa perlu dibina masjid baru?

Menurut Pengerusi Persatuan Pembinaan Masjid Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor (PERMAS) mengatakan, tujuan utama masjid ini dibina adalah kerana Masjid yang sudah sedia ada tidak dapat menampung keperluan Ibadah masyarakat setempat. Lebih-lebih lagi ketika penggunaan kemuncak seperti solat Jumaat atau musim perayaan.

Anggaran kos untuk pembinaan masjid baru ini adalah 14 Juta. Tanah berkeluasan 2.3 hektar. Masjid baru ini juga bukan sahaja dapat menampung jemaah dan memberikan keselesaan kepada Jemaah bahkan masjid baru ini juga dijadikan pusat perkembangan ilmu, pembangunan ekonomi, sosiobudaya dan dapat menyemarakkan lagi Syiar Islam di daerah Batu Pahat.

Masjid baru iaitu Masjid yang diberi nama Masjid Bintang ini dibina seperti Masjid Al-Aqsa. Ada unsur-unsur masjid terapung. Respon Masyarakat setempat juga sangat positif, masyarakat di batu pahat sangat bersetuju dengan pembinaan masjid baru yang bakal dibina kelak.
Jumlah yang terkumpul setakat ini adalah dalam RM2 Juta lebih setakat ini daripada RM14 Juta. Makanya sumbangan korang amat-amat dialu-alukan demi pembinaan Masjid Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor.

Pembinaan ini bukan sahaja dapat memberikan keselesaan kepada Jemaah, malah dapat membantu orang ramai terutama anak-anak muda untuk mendekati Masjid. InsyaAllah.

Apa jadi dengan Masjid Lama jika sudah dibina yang baharu?

Masjid lama masih dalam pembincangan, tapi mungkin akan dijadikan madrasah atau tahfiz untuk belajar disana. Segala akan sentiasa diupdate oleh pihak PERMAS.

Dibawah ini adalah antara Jenis serta kaedah sumbangan jika korang turut ingin memberi sumbangan ikhlas terhadap masjid yang bakal dibina ini.

Jenis-Jenis sumbangan
  • WAKAF  - Miliki saham wakaf dengan nilai minima RM300/Lot (1kps)
  • DERMA - Wang tunai bagi menampung kos pembinaan berjumlah RM14 Juta
  • KUPON DERMA RM10, RM50 & RM100 - disalurkan kepada AJK Pembinaan masjid yang dilantik

Kaedah Sumbangan
  • TUNAI - beri kepada AJK Pembinaan Masjid Jorak Elahi
  • CEK - Atas nama Persatuan Pembinaan Masjid Jorak Elahi (PERMAS)
  • INTERNET BANKING/DEPOSIT TUNAI/EFT/ATM - ( No akaun di bawah )
RM1 pun derma kan? Janji niat ikhlas bukan sebab menunjuk. kalau boleh, biarlah tangan kanan yang memberi sehingga tangan kiri tidak tahu. ok? Marilah kita sama-sama kejar saham Akhirat pulak. InsyaAllah.

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤