FAM TRIP BLOGGER BERSAMA TOURISM JOHOR – PART 1 | Kampung Sungai Melayu, Johor Bahru

October 27, 2017 4 Comments A+ a-

Pada 12 hingga 15 oktober 2017 yang lalu, Blogger Malaysia dijemput oleh Tourism Johor untuk berjalan-jalan ke Johor Bahru. Emmm, Apa yang menarik di Johor Bahru? Kena baca post ni sampai part habis! hahaha Pada hari pertama kami bertolak seawal jam 7 pagi dan sampai disana dalam pukul 10 lebih pagi. Tempat pertama yang kami singgah dan lewati ialah KAMPUNG SUNGAI MELAYU, JOHOR BAHRU.

Mula-mula terfikir apa yang ada dekat Kampung Sungai Melayu, Johor Bahru ni? Macam tak best je. Bila dah sampai, ia adalah SATU TANGGAPAN YANG SALAH SAMA SEKALI. Its Fun! Sebab dekat Kampung Sungai Melayu ni dia bagi Pengalaman yang menarik pada sesiapa nak merasa suasana kampung.

Macam Alja, Alja lahir lahir memang tengah bandar Kuala Lumpur. Jadi Laut apa yang kita boleh jumpa? Suasana kampung apa yang boleh dirasa? Masa kecik yela duduk di Kampung lama-lama, tapi still tak merasa kampung sebab kampung area Bandar, banyak kereta. Jauh dari laut, balik pun sekejap-sekejap je.
Jadi, bila Alja pergi ia memberikan satu pengalaman yang berharga buat Alja. Disana, kami dialu alukan bagai pengantin. Hahaha Thank you Kampung Sungai Melayu, Johor Bahru kerana mengalu-alukan kedatangan kami ke sana.

Terdapat pelbagai Aktiviti laut yang boleh kita pelajari di Kampung Sungai Melayu, Johor Bahru disamping kita mengenali kehidupan tradisional melayu serta dapat merasai suasana kampung disana. Ia adalah satu aktiviti yang menyeronokkan buat Keluarga yang inginkan kelainan bila bersantai. Sangat sesuai bersantai bersama keluarga Malah ia dapat menghilangkan stress juga. Disana, Kami diajar cara untuk menangkap ketam.
Sambil menunggu ketam masuk umpan, kami berjalan-jalan mengelilingi laut dengan menaikki Boat. Sangat takut sebab ini adalah kali pertama Alja naik Boat Nelayan. Nak naik, turun kena seimbangkan badan. Kalau tak mungkin dan kemungkinan akan jatuh ke dalam laut.
Aktiviti yang terdapat di Kampung Sungai Melayu, Johor Bahru ini Antaranya ialah,

  • Mengelilingi laut menaik Boat / Boat Tour
  • Melihat Burung / Bird Watching
  • Menangkap Ketam / Crab Catching
  • Ladang kupang / Mussels Farm
  • Permainan Tradisional / Traditional Games
  • Makanan Laut / Seafood
  • Gaya Hidup Nelayan / FIsherman LIfestyle

Bila pergi ke Kampung Sungai Melayu, Johor Bahru ini barulah Alja tahu nak tangkap seafood ni berlainan tempat dan masa rupanya. Selama ni tahu makan je. Mana satu Betina, mana satu jantan pun tak tahu, main bedal je. hahaha

Gambar di atas ini kami berada di tempat memacing ikan. Di tempat memancing, ada ruangan rehat yang disediakan, untuk penghantaran makanan juga disediakan.
Terdapat 5 pakej yang disediakan jika korang berminat untuk ke sini dan menikmati keindahan seperti Alja alami, iaitu..

  1. Boat Tour package (RM35) *minimum 2 Person
  2. Learning Package (RM2) *Minimum 10 Persons
  3. Malay Kampung Trail (RM30) *Minimum 10 Persons
  4. Fishing Package 
    1. Bird Watching
    Kalau korang perasan, gambar dekat atas ada Burung tengah terbang. Burung ni sangat besar. Tapi sayang, bukan musim dia, jadi dia taknak keluar. hahaha

    Harga di atas yang Alja paparkan adalah untuk 1 kepala sahaja dan untuk Pakej Memancing, Harga adalah berlainan, iaitu,
    • 8 pagi - 5 petang (RM 23 satu kepala)
    • 8 pagi - 9 malam ( RM30 satu kepala)
    • 7 petang - 8 pagi (Overnight - RM50 satu kepala)
    Untuk aktiviti seterusnya, kami dibawa ke tempat ladang kupang. Ingat kupang kena korek kat tanah, rupanya macam ni dorang buat ladang kupang. Kupang sangat terkenal di area Johor. Nak rasa kupang? Johor banyak! hahaha
    Satu ikat kupang gini sangat lah berat. Alja pegang pun sampai merah tangan sebab terlalu berat, kena pegang 2 org. Setiap kehidupan mesti ada Perempuan lelaki, betina jantan. Untuk Kupang, ada cara untuk kita lihat mana satu betina yang mana satu jantan. Dah macam cerita Pramlee pulak, Nujum Pak belalang. Hahaha
    Untuk tahu mana satu betina dan jantan, begini caranya,
    • Jantan - Warna pucat-pucat putih
    • Betina - Warna Oren seakan merah
    Yeay Semua muka tahan lapar dan kecus air liur sebab tak sabar nak makan seafood yang bakal dihidangkan nanti! Oh yeah, Makan Tengahari hari pertama kami adalah disini, Kampung Sungai Melayu.
    Tamatlah sudah aktiviti pertama Trip Blogger kali ni. Sebelum habis, Alja nak belanja satu video Alja naik boat! Muka ekcited! hahahaha
    Untuk pertanyaan lanjut mengenai Kampung Sungai Melayu, Johor Bahru ini, korang boleh layari laman sensawang berikut atau boleh terus contact nombor yang Alja bagi.

    Facebook      : Sungai Melayu Eco Tourism
    Email             : Sungaimelayuecotourism@Gmail.com
    No. Contact  : +6019 704 5904 (Puan Sharifah)

    4 Comments

    Write Comments
    Nadia Johari
    AUTHOR
    October 30, 2017 at 8:48 PM delete

    banyaknya aktiviti dia..best betul

    Reply To This Comment
    avatar
    Zaza Iman
    AUTHOR
    January 22, 2018 at 8:16 PM delete

    Bestnya alja.. Next time nak ikutttt hehe.. Syok tau masuk2 kampung ni.. Tgk tempat orang..

    Reply To This Comment
    avatar
    Syamimi Saad
    AUTHOR
    January 23, 2018 at 7:17 AM delete

    Bestnya Alja. 1 pengalaman baru yang sangat menarik la. Rezeki alja dapat join tau.

    Reply To This Comment
    avatar
    Nadia Johari
    AUTHOR
    January 23, 2018 at 8:33 AM delete

    Bestnyaa tengok aktiviti alja buat..kalau la kita boleh join..

    Reply To This Comment
    avatar

    Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤