FAM TRIP BLOGGER BERSAMA TOURISM JOHOR – PART 3 | Menginap di Tiga tempat berlainan sepanjang 3 malam di Johor

October 27, 2017 2 Comments A+ a-

Sepanjang 4 hari 3 malam di Johor Bahru, kami tidur berlainan hotel setiap hari. Hanya Breakfast sahaja disajikan dihotel dan dinner kami makan ditempat lain. Antara 3 hotel yang kami duduki ialah Amari hotel, Tunamaya Beach & Spa Resort dan hari terakhir kami bermalam di UK Farm.

1. AMARI HOTEL, JOHOR BAHRU
Amari Hotel merupakan Hotel 5 star yang berada di Johor Bahru. Bagi yang inginkan keselesaan dan dekat di tengah bandar, Amari Hotel adalah pilihan yang tepat kerana ia berdekatan dengan shopping complex, 30min dari Senai International Airport dan 5 minit berjalan kaki JB Sentral Custom.

Amari merupakan Hotel yang pertama di Malaysia dan ia berada di Johor Bahru. Amari Hotel menyediakan pelbagai bilik dan saiz mengikut keselesaan pelanggan. Antaranya ialah, Superior King and Twin, Deluxe King and Twin, Grand Deluxe King and Twin dan banyak lagi.

Di Amari Hotel, terdapat pelbagai perkhidmatan antaranya,
  • Persidangan
  • Majlis Perkahwinan
Dibawah ini merupakan bilik yang kami menginap untuk 1 malam, sangat lah best dan selesa. Nyenyak sangat tidur. Bantal dan katil yang empuk. Lagi satu, Plug, plug usb BANYAK! Mesti korang suka kan? Tak payah nak berebut charge. hahaha
Kelengakapan Hotel sangat bagus,

  • Iron / Papan Iron
  • Peti ais
  • Kopi 3 in 1
  • Meja kerja
  • Plug yang banyak
  • Television
  • Kelengkapan mandi
  • Pengering Rambut

untuk sarapan pagi, kami akan ke Amaya Cafe untuk bersarapan. Makanan yang enak dan lazat serta pekerja yang mesra pelanggan. sangatlah buat kami selesa. Terima Kaish pekerja Amari Hotel. Teruskan Usaha!
Untuk lebih lanjut mengenai hotel Amari, korang boleh layari lama web tertera atau boleh call nombor yang Alja bagi dibawah ini

No. Contact                : +60 (7) 266 8888 (call) / +60 (7) 266 8899 (Faks)
Website                        : www.amari.com
Email                              : JohorBahru@amari.com
Reservation Email : reservations.johorbahru@amari.com
Alamat                     : Amari Johor Bahru,
                                             No. 82C, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia



2. TUNAMAYA BEACH & SPA RESORT
Hari kedua kami bermalam di Tunamaya Beach & Spa Resort yang terletak di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Terdapat sebanyak 134 Bilik yang terdiri daripada Standard Twin, Standard Family, Deluxe Room, Juniorsuite dan Royal Suite.

Antara Servis atau aktiviti yang disediakan disini ialah,
  • Convenience Shop
  • Foreign Currency Enchange
  • Laundry Service
  • Luggage Storage
  • Boat Transfer
  • Snorkeling
  • Semukut Walk
  • Scuba Diving
  • Jungle Treckking
Bilik yang kami menginap disini ialah Standard Twin dan menghadap Laut serta Kolam renang. Best!
Antara kelengkapan bilik yang disediakan ialah,
  • Katil Twin dan single
  • Television
  • Peti Ais
  • Kelengakapn Mandi
  • Iron (Boleh minta di receptionist )
  • Pengering Rambut
  • Air bancuh 3 in 1
Dibawah ini merupakan suasana pagi dan sarapan pagi kami. Sangat tenang dengan desiran air laut yang menyenangkan. Serta makanan yang menyelerakan, memang membuka pintu kegembiraan pagi kita semua. Pagi ini, kami bersarapan di Pawana.

No. Contact    : +607 231 8878
Website            :  www.careluxuryhotels.com
Alamat             : Tunamaya Beach & Spa Resort
                                Bandar Penawar, 81930, Kota Tinggi, Johor Malaysia


3. UK FARM
Untuk malam terakhir, kami bermalam di tengah ladang UK Farm yang sangat sejuk sampai menggigit ke tulang bila bangun pagi. Ladang yang bersih, membuatkan kami selesa tinggal semalaman disini.
Kelengkapan Bilik,

  • Television
  • Peti Ais
  • Pengering Rambut
  • Kelengkapan Bilik Air
  • IRON (TAK ADA)

 Untuk Sarapan Pagi, kami dihidangkan Nasi lemak, Mee goreng dan popaya yang sangat sedap. Berinti cheese lagi. memang kenyang makan popaya saja. hahaha dan pagi pagi, korang boleh tgk matahari terbit, sangat lawa.


Facebook       : UK Farm
No. Contact   :  +607-759 7555 (Call) / +607-759 7991 (Fax)
No. Hp           : 013-778 7235 / 013 - 722 2299
Website          : www.ukfarm.com.my
Email             : info@ukfarm.com.my
Alamat           : UK Farm
                         Plot 8, Project Pertanian Moden Kluang, KM13 Jalan Batu Pahat,                                     86000 Kluang, Johor, Malaysia.

Berakhirlah sudah penginapan di 3 buah tempat berlainan tempat. ketiga-tiga tempat ni memang best menginap. Terima kasih kerana bagi kami tempat berteduh selama 4 hari 3 malam ni.

2 Comments

Write Comments
Nadia Johari
AUTHOR
October 30, 2017 at 8:50 PM delete

pergh seronoknya..boleh masuk list hotel-hotel ni

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤