Kenapa dengan 15 Ramadhan ? Yaallah !
MAAF . Mungkin Post ini terlalu panjang . Baca sampai habis baru awak akan paham :)
Assalamualaikum andd yeoboseyo to all my FollowersHEART . hahaha . today kita dah berpuasa selama 11 harikan ? sorry tak kira . sebab kalau kita kira , masa itu makin lama makin lambat . betul ke ? andd means dah 11Ramadhan lah kan ? alhamdullilah .
nampak tajuk ? yess . tadi dekad Twitter banyak bercerita tentang 15Ramadhan . Kenapa dengan 15Ramadhan ? 15Ramadhan dikatakan bahawa Kiamat akan muncul . Dikatakan bahawa pada 15Ramadhan nanti akan berlakunya peperangan dan huru hara yang amat Dasyat ! والله أعلمُ بالـصـواب
Lihat Post INI .
lihat kalendar dan lihat bulan July 2012 .. 1 Ramadhan hari jumaat kann ? Iaitu pada 22Julai .. maka 3 Ogos bersamaan 15Ramadhan pon hari jumaat . Ianya sama dengan hadis Nabi SAW tentang huru hara yang besar yang akan terjadi dipertengahan bulan ramadhan iaitu pada Jumaat 15Ramadhan . Huru hara yang akan mengejutkan semua orang dan disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir ..
Huru hara ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur… Satu suara yang amat dahsyat yang akan kita dengar dari langit . ianya Bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3 orang dan yang tinggal hanya 1/3 orang sahaja .
Menurut kajian NASA . Pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi . Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 orang itu ? Adakah peristiwa itu akan berlaku pada 2012 ? Hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui .
Sahabat , itu rahsia allah . Kita sebagai umatnya perlu bersiap sedia dengan amalan yang secukupnya . Faham tak ! Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah . jika mati biarlah kita mati dalam Islam dan beriman . Apa pun , peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah ..
Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan , maka akan terjadi huru-hara di bulan itu ”.
Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ”
Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa.
Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “ , kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)-copy by Kasman Azizul Othman..
Disini , ada 3jawapan ulama yang ditanya tentang hadis dan pelbagai lafaz mereka ..
1. Imam Abdul-Aziz bin Abdullah bin Baz, Bekas Mufti Arab Saudi (rahimahullah)
2. Prof. Dr. Shaikh Husam ‘Affanah, Prof. Fiqh dan Usul, Universiti al-Quds, Palestin (http://www.yasaloonak.net/)
3. Dr. Ash-Sharif Hatim bin ‘Arif al-’Awni, pensyarah Universiti Umm ul-Qura, Mekah
Ketiga-tiga ulama ini menjawab hadith-hadith seperti ini adalah sangat lemah, malah palsu. Oleh kerana jawapan-jawapan mereka panjang-panjang belaka dan penuh dengan hujjah dan keterangan menurut ilmu hadith, maka saya rasa wajar untuk menterjemahkan sebahagian daripada jawapan-jawapan mereka untuk pengetahuan semua.
Apabila ditanya tentang hadith di atas, jawapan:
1. Imam Abdul-Aziz bin Abdullah bin Baz: -
فهذا الحديث لا أساس له من الصحة، بل هو باطل وكذب، وقد مر على المسلمين أعوام كثيرة صادفت فيها ليلة الجمعة ليلة النصف من رمضان فلم تقع فيها بحمد الله ما ذكره هذا الكذب من الصحيحة وغيرها مما ذكر، وبذلك يعلم كل من يطلع على هذه الكلمة أنه لا يجوز تروج هذا الحديث الباطل، بل يجب تمزيق ذلك وإتلافه والتنبيه على بطلانه
“Hadith ini kesahihannya tidak berasas, malah ianya batil dan dusta! Telah berlalu banyak tahun di mana malam Jumaat jatuh pada pertengahan bulan Ramadan tetapi tiada apa pun yang telah berlaku, Alhamdulillah. Tiada hadith sahih yang menyebutkan kedustaan ini mahupun perkara-perkara lain yang disebutkan di dalam hadith ini. Dengan ini, setiap pembaca kata-kata ini tahu bahawa tidak boleh disebarkan hadith batil ini, malah ianya wajib dikoyak dan dihapuskan serta memberikan kesedaran tentang kebatilannya.”
2. Shaikh Husam ‘Affanah: -
رواه نعيم بن حماد في كتاب الفتن بسند ضعيف فيه محمد بن ثابت البناني قال فيه الحافظ بن حجر ضعيف وفيه ايضاً الحارث بن عبد الله الأعور الهمداني، قال فيه الحافظ ايضاً: كذبه الشعبي في رأيه ورمي بالرفض وفي حديثه ضعف.
وهذا الحديث ذكره صاحب كنز العمال وأشار إلى أن الحديث رواه نعيم وهذا الحديث على كل حال ضعيف ولا تقوم الحجة به.
وقد وردت روايات أخرى ضعيفة كرواية أبي أمامة عن الصيحة التي تكون في النصف من رمضان.. ذكره ابن الجوزي في الموضوعات وقال بعد أن ساقها بإسناده ” هذا حديث لا يصح.. قال العقيلي وهو متروك الحديث – يعني أحد رواته – وقال ابن حبان كان يسرق الحديث ولايحل الاحتجاج به وقال الدارقطني منكر الحديث.. الخ “.
وأما رواية الحاكم التي أشرت إليها فقد قال الذهبي عنها (ذا موضوع – أي مكذوب- ومسلمة ساقط متروك) وذكره ابن الجوزي في الموضوعات أيضاً.
وبهذا يظهر لنا أن الأحاديث لا تثبت عن الرسول صلى الله عليه وسلم وعلى الناس أن يحذروا من نشر الأحاديث الساقطة وإنما عليهم الرجرع إلى ما صح عن الرسول صلى الله عليه وسلم.
“Hadith ini diriwayatkan oleh Nu’aim bin Hammad dalam kitab al-Fitan dengan sanad yang lemah, kerana di dalam sanadnya ada Muhammad bin Thabit al-Banani, yang dikatakan oleh al-Hafiz ibn Hajr: “Lemah”, dan di dalam sanad itu ada al-Harith bin Abdullah al-A’war al-Hamdani, yang dikatakan oleh al-Hafiz (Ibn Hajr): “Asy-Sya’bi berpendapat dia pendusta, dan dituduh sebagai Syiah dan hadithnya lemah.”
Hadith ini disebutkan oleh penulis kitab Kanz ul-’Ummal dan telah mengisyaratkan bahawa hadith yang diriwayatkan oleh Nu’aim ini adalah hadith lemah dan tidak boleh dijadikan hujah.
Wujud riwayat-riwayat lain yang lemah-lemah belaka, seperti riwayat Abi Umamah tentang suara di pertengahan bulan Ramadan. Ibn al-Jawzi menyebutkan hadith ini di dalam kitabnya al-Mawdu’at (Hadith-hadith palsu), dan berkata selepas menyebut sanadnya: ‘Hadith ini tidak sahih.’ Berkata pula al-’Uqaili: ‘Dia ini ditinggalkan hadithnya, iaitu tentang salah seorang perawinya.’ Berkata pula Ibn Hibban: ‘Dia biasa mencuri hadith, dan tidak boleh berhujjah dengannya.’ Berkata pula ad-Daraqutni: ‘Hadithnya Mungkar.’… [dan seterusnya]”
Akhir jawapannya, Shaikh Husam berkata: “Dengan ini, zahir kepada kita bahawa hadith-hadith ini tidak sabit daripada Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) dan orangramai mesti berjaga-jaga daripada menyebarkan hadith-hadith yang lemah ini, dan hanya merujuk kepadda hadith yang sahih daripada Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam).”
3. Dr. Hatim al-’Awni: -
لهذا الحديث ألفاظٌ متعدّدة، وروايات عِدّة، وكلّها لا يصحّ منها شيء.
“Hadith ini mempunyai lafaz-lafaz yang banyak, dan riwayat yang berbeza-beza, dan semuanya tidak sahih belaka.”
Itulah sahaja yang sempat saya terjemahkan. Semoga kita dapat menyebarkan pembetulan ini dan lebih berhati-hati dalam menyebarkan apa sahaja yang dikatakan “SABDA RASULULLAH”.
Sabda Rasulullah (Sallallahu ‘alayhi wasallam):
مَنْ حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيثٍ يُرَى أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِينَ
“Sesiapa yang menceritakan hadith yang dilihat sebagai dusta, maka dia termasuk salah satu di antara dua orang yang berdusta.”
[Sahih Muslim]
Maksudnya, pendusta pertama adalah orang yang mencipta hadith ini, dan pendusta kedua adalah sesiapa yang menyebarkannya.
Sabda Rasulullah (Sallallahu ‘alayhi wasallam):
مَن كَذَب عليّ مُتعمِّدًا فليتبوَّأْ مَقْعَدَهُ من النار
“Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempatnya di Neraka.”
[Sahih Muslim]
Oleh kerana itu, sahabat-sahabat nabi sangat berhati-hati dalam menyebutkan sesuatu itu daripada nabi Muhammad (sallallahu ‘’yahi wasallam).
Bayangkanlah bumi kita seperti gambar diatas .... Bayangkan Kiamat .... Pasti bulu roma naik hati rasa takut . Terasa diri terlalu hina dimata ALLAH :') yaallah ampuni aku :(
Disebut bahawa seruan malaikat dari langit tersebut berkata :
“Wahai (sekalian) manusia, sesungguhnya Allah telah membinasakan orang-orang yang zalim, orang-orang munafik dan sekutu-sekutu mereka. Allah telah mengangkat seorang yang terbaik dari umat Muhammad SAW sebagai pemimpin kamu semua. Oleh itu, sambutlah dia di Makkah. Dia adalah al-Mahdi yang bernama Ahmad bin Abdullah.”
Suara malaikat itu dapat didengar oleh semua orang dengan jelas, dapat difahami oleh setiap manusia, menurut bahasa masing-masing, sehingga yang sedang tidur akan terjaga, yang terlena akan turut mendengarnya. Suara itu terdengar seperti dekat dengan telinga mereka. Mereka saling bertanya kepada orang yang di sebelahnya sama ada turut mendengar apa yang dia dengar itu atau tidak. Yang tinggal di Malaysia akan bertanya kepada rakannya yang tinggal di negara jiran yang lain mengenai hal yang sama, begitu juga yang tinggal di negara-negara lain.
Semoga peringatan tersebut dapat memberi satu iktibar dan keyakinan yang mendalam kepada sekelian umat muhammad saw dan juga untuk diri saya bahawa kita sebenarnya sudah semakin hampir ke penghujung akhir zaman dan semakin hampir kita untuk bertemu dengan Allah swt. Berbanyaklah membuat amalan yang soleh dan tinggalkanlah segala amalan terkeji, sesungguhnya janji Allah itu benar, Syurga dan Neraka Allah itu benar, Perhitungan dan Pembalasan itu sesuatu yang pasti.
waalahualam bisawab , hanya allah sahaja yang lebih mengetahui . Kita sebagai Umatnya hanya mampu bersedia Kerana Kesimpulannya itu semua Rahsia ALLAH :)
Ingatkan aku ketika aku lupa . Sedarkan aku ketika aku leka . Aku hnya hamba , penuhh duka dan dosa . Mungkin pemulaannya hina . Tapi siapa tahuu pengakhirannya ? :)
والله أعلمُ بالـصـواب
To adiks yang menduduki Trial Exam PMR . akak ucapkan Goodluck untuk korang andd before masuk dewan . berdoa andd selawat ke atas nabi . Kepada Sahabat SPM saya , anda pon sama :)
Follow Twitter : SiCinaSepet
Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤