Kelebihan Berwuduk Sebelum Tidur | Cara-Cara Berwuduk

April 14, 2013 0 Comments A+ a-

Bismillahirrahmanirrahim .. Assalamualaikum andd yeoboseyo . Hai , hari ini Alja nak cakap tentang Kelebihan Berwuduk sebelum tidur dan cara-2 berwuduk :)

mungkin semua dah tahu , tapi Alja nak kongsikan lagi :) Ilmu takkan habis even kita share dkt 1000 orang pun :) Bila kita dapat ilmu dari seseorang , kita share-2 lah . Indah Kan ? :) ALLAH :) Lagipun Manusia cepat pelupa , jadi tak salah kalau kita saling ingat mengingati lagi :')

Kelebihan Berwuduk sebelum tidur

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ‘) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci , “(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).

Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.
Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.
Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.

Okey dekat bawah ini Alja tunjukkan gambar cara-2 berwuduk :)

Cara-Cara Berwuduk


CLICK KALAU TAK NAMPAK
CLICK KALAU TAK NAMPAK
Semoga Ilmu yang dikongsi ini membawa berkat . InsyaALLAH . Aamiin :)


Sumber Cubit Pipi saya

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤