Takut melangkah tetapi akhirnya pasti akan menjadi kenangan! Yeke? InsyaAllah.
Assalamualaikum, hai semua! :)
Alja rasa Memang alja ni jenis, timbul tenggelam. Sekejap wujud, sekejap hilang. Haha korang perasan ke tak ni kewujudan daku? Hahaha.
Sebenarnya, nak share. Cuti sem selama 2 bulan lebih tinggal seminggu sahaja lagi. Then praktikal! Rasa mcm tak kuat. Tak berani. Sebab selama ni, wujud dgn keliling family, kawan, and Cikgu-2, pensyarah-2. Tapi sekarang? Kena berhadapan dengan BOS? SUPERVISOR? RAKAN-2 OFIS?
Allah, rasa tuh bercampur. Macam mana nak memula masuk, rasa janggal sangat. Allah. Takut tak kuat! Any tips dari rakan-2 alja yang baca blog alja? Alja tahu di kalangan korang pasti ada pengalaman praktikal atau pun berhadapan dgn pelajar praktikal seperti Alja.
Jadi ada tak kalangan awak semua yang boleh bagi Alja tips untuk hadapi perkara yang gerun mcm ni? Tak kisah tips apa pun janji takde gerun macam ni. Biasalah, setiap perkara yang kita BARU nak mula and BARU nak rasa pasti akan ada rasa debar. Yela macam...
Waktu kita masa kecik, kita takut nak melangkah ke tadika. Sampai menagis-2 minta emak ayah kita bawa kita balik.
(Jangan tanya alja, alja pun tak ingat alja nagis ke tak sbb alja talkative, so kurang nak menangis. Sampai cikgu tulis kat report card 'Kurangkan bercakap'. Hahaha)
Then bila dah tadika tuh, kita happy gila. Kita buat salah pun, cikgu marah ala ala manja gitu. Pakai apa makan apa semua jadi comel. Alahai mcm princess dilayan. Ahaks. So dah tiba masa kita diberitahu untuk melangkah ke Sekolah rendah.
Bila sekolah rendah, kita tengok kat tv, cikgu garang, bawak rotan panjang-2. Kawan-2 suka buli. Kita jadi takut bila dok ingat-2 even kita rasa happy.
Tapi hakikatnya tak, itu cuma khayalan kita. Sebenarnya lagi best. Dan Tadika sudah menjadi kenangan terindah masa kecil. Bila sekolah rendah, kita jumpa kawan menagis ketawa. "Kau tak nak kawan, aku pun tak kawan" tapi tak sampai separuh masa sekolah, dah berbaik. Haha.
masa zaman alja, Even Kau ejek nama ayah aku pun sudah buat aku rasa mcm nak menagis. Tapi skrg, kanak-2 tak ejek nama ibu ayah. Lagi maju "Emak kau hijau, bapak kau kuning, adik beradik kau kaler LUNA !" Hehehe
Padahal sebenarnya tak elok main ejek mengejek. Lelagi ibu ayah kita. Ntah kawan itu masih ada atau tidak ibu ayah. Tak ke buat dia sedih? So adik-2 yang baca blog hakak (even rasa mcm takde, tapi takpe) akak cuma nak kata tak baik tau ejek mengejek, kita kena sayang menyayang sesama Keluarga, kawan dan setiap insan, ok? :D
So kita sambung citer kita balik. haha
Dah tiba masa kita jadi kekonon Senior. Senior lah juga kat sekolah even darjah 6. Haha time tuh lah jamuan akhir tahun lah, jamuan dengan cikgu-2, hari perpisahan darjah 6 dan cikgu-2. Sedih memang sedih.
Alja ingat lagi teacher Tengku norbaini peluk alja and kata "jaga, hati-2 kat luar. Cikgu rindu" time tuh start air mata keluar, sedih sgt. And sempat lagi teacher buat lawak dengan nama Alja. Jawahir. Yes Jawa. Then cikgu yusof, cikgu mazlan kat sebelah menyebelah gelak and sakat. Haha
Alja ingat lagi teacher Tengku norbaini peluk alja and kata "jaga, hati-2 kat luar. Cikgu rindu" time tuh start air mata keluar, sedih sgt. And sempat lagi teacher buat lawak dengan nama Alja. Jawahir. Yes Jawa. Then cikgu yusof, cikgu mazlan kat sebelah menyebelah gelak and sakat. Haha
Dah Darjah 6. Dah upsr. dah cuti akhir tahun tiba masa kita melangkah ke menengah rendah. Start pakai kain biru laut. Sbb segala yang kita baru nak melangkah pasti akan rasa takut. So masa melangkah ke menengah rendah , perasaan takut tak sgt, sebab kawan-2 kebanyakan adalah yang sama masa sekolah rendah. Yang jadi takut adalah mata pelajaran, exam, cikgu yang makin garang.
Bila tiba ke menengah tinggi, kita takut kita dipilih ke aliran apa. Kalau aliran A, kawan mesti yg nerd-2 nak belajar (apa yang alja fikir) tapi sebenarnya, kawan Aliran A,B,C or D adalah sama. Nakal, ada yang nak bljr, ada yg suka buat spa. Hahaha kalau pljr gegirls bawak cermin gi sekolah adalah sesuatu yang Wajib! Haha jangan kata lelaki tak, depa mmg tak bwk, tapi depa suka pinjam kat gegirls. Ish ish ish.
Then masa untuk kita berpisah. Zaman kekanak, huha kita dah tamat. Tiba masa untuk kita ke menara gading. Maybe untuk masa depan yang lebih serius, hm mungkin. Hahaha
Ke menara gading, dimana, waktunya adalah pada tahun 2013/2014. Ada kawan ke Tingkatan 6, ada yang ke IPT or IPTS, ada yang kerja. Ikut mana yang depa suka.
Sebab Alja after SPM, Alja ke Tingkatan 6. Tapi bertahan dlm 6-7bulan. Lagi 2bulan je nak STPM. Tapi rasa takleh Go. So apply politeknik. Di politeknik, alja dapat di Politeknik sultan azlan shah, behrang, perak. Dalam jurusan Diploma ukur bahan and lagi seminggu masuk semester ke 4 iaitu praktikal (Last batch praktikal sem 4) huwargh. Hahaha.
So, setiap apa yang terbaru dalam hidup kita. Pasti kita akan rasa takut nak lalui. Ialah permulaan bagi setiap perkara yang tak pernah kita lalui, tetiba kita kena lalui perkara tersebut. Tak ke takut? alja rasa bukan alja je yang akan rasa sebegini. Pasti ada dikalangan korang ada berperagai macam Alja. Kan? Ke alja sorang je cmni? Haha
Alja tak pernah kerja, tak pernah ada rakan kerja, tak pernah jumpa bos. jadi bila praktikal, semua kena hadapi. Seorang diri! Tengok dalam Television, Bos garang. Jadi rasa takut! Ni hasutan bayangan television. Persetankan ia! Haha.
Doakan Alja ye semoga Alja boleh buat praktikal ini dengan baik. semoga dapat Bos, supervisor, rakan sekerja yang baik, baik hati, tak garang, sentiasa membantu.
sebab Alja praktikal. Pensyarah alja kata praktikal adalah belajar. Jadi masa ni lah alja perlu belajar semua perkara. Pergi ke site, buat itu ini. Kena pandai hidup! harap sgt dapat memberi tunjuk ajar kepada Alja. Kalau salah, harap dapat betulkan.
Alja akan praktikal di syarikat KA Associates, maluri, KL. Bagi alja, syarikat ni besar juga. Alhamdulillah alja dapat praktikal kat sini, harap dapat pengalaman yang banyak. Pengalaman kita yang cipta sendiri. Jadi pandailah cari and corakkan agar ia menjadi kenangan indah! InsyaAllah. Doakan Alja ye?
Jadi ada apa-apa tips atau cerita nak dikongsi bersama Alja? Tak kisah tips atau cerita apa sekalipun. Cerita semasa praktikal, atau bersama pelajar praktikal pun ok. Sebab bila dari cerita, kita boleh betulkan and baikpulihkan lagi kesilapan kita. InsyaAllah :)
Moga bertemu lagi ♡
Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤