Mari Belajar : PUASA

June 17, 2015 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum hai semuaaa. Hari ni Alja nak update tentang Puasa. 

Memang antara kita sudah tahu apa itu puasa, niat puasa dan sebagainya. Tapi, tak salah untuk kita menambah ilmu dan sebarkan ilmu berguna ini pada orang lain tak kira umur. sebab pelajar sekarang lebih suka belajar melalui internet. seronok katanya. Katanyalah. (ke alja yang kata?) hahaha

Pada suatu hari, Anak perempuan Rose menanyakan satu soalan kepada Ibunya. Soalannya berbunyi ..
Maka, Si ibu mengajar anak-anaknya iaitu Aira dan Aiman cara niat puasa Ramadhan ... Baca sama sama ye :)
Aira dan Aiman sangat gembira dan tidak sabar untuk berpuasa pada keesokan hari. 

 Serba Sedikit tentang puasa yang Aira, Aiman dan kawan-kawan yang lain perlu tahu ialah ...
Ayuh Kawan-Kawan, Kita belajar tentang puasa bersama-sama!
Puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Rukun Puasa terbahagi kepada 2, iaitu..

  1. Berniat di dalam hati pada setiap malam pada bulan Ramadhan
  2. Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.
Mengapakah Kita Berpuasa ?
  • Mematuhi perintah Allah.
  • Merasai kesusahan orang yang berlapar disebabkan oleh tiada makanan seperti orang miskin.
  • dapat menyihatkan anggota badan.
  • kita akan disayangi oleh Allah
Yehh, Malam nanti Kita akan bertarawih dan bersahur. Tak sabarnya nak dapatkan suasana macam ni. Bukan selalu kan? Hanya Sebulan dalam setahun.

Jadi pastikan kita buat sebaik mungkin agar bulan Ramadhan kita tak menjadi sia-sia. InsyaAllah.

Jumpa Lagi nanti :)

3 Comments

Write Comments
June 17, 2015 at 3:46 PM delete

terima kasih di atas perkongsian ini...

Reply To This Comment
avatar
June 18, 2015 at 5:36 AM delete

Terima kasih atas peringatan dan perkongsian ini

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤