Selamat menjalani Ibadah Puasa 18 Jun 2015/1 Ramadhan 1436H

June 17, 2015 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum hai semuaaaaa.

Tup tap tup tap. Lusa kita dah nak puasa. Allah, cepat betul masa berlalu. Seronoknya, lusa dah nak puasa.
AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN
Masa, kalau kita isi dengan perkara yang berfaedah. InsyaAllah kita tak akan rasa sia-sia langsung apa yang dia buat pada hari-2 sebelum ni.

Tapi, masa, kalau kita isi dengan perkara yang tak bermanfaat, lagha, kita rasa macam sia-2 segala apa yang kita buat selama ni.

Dalam kita sibuk persiapkan diri kita dalam menyambut bulan Ramadhan ni. Sesekali, bayangkan. Bayangkan "JIKA INI ADALAH RAMADHAN TERAKHIR SAYA...."
Kalau kita bayangkan macam ni, insyaAllah mungkin lebih membantu untuk kita dapatkan Puasa di bulan Ramadhan yang lebih berkualiti. Sampai kita rasa tak nak lepaskan, atau lebih tepat, tak nak Ramadhan 'Pergi'.

Bila kita rasa macam ni, kita akan rasa sayu tinggalkan Ramadhan. Lelagi Ramadhan yang terakhir. Allah.

Apa pun, dalan sibuk kita buat itu ini, Alja dengan rasa rendah hati, ingin memohon seribu kemaafan kepada kalian semua atas apa yang Alja buat antara sedar atau tidak. Maafkan Alja tau. Hehe. And Alja dah maafkan semua sebab Alja tak ingat korang ada buat salah pun dengan Alja. hahaha

Minta maaf bukan sahaja pada hari Raya atau tertentu sahaja tau. Hahaha kalau boleh setiap malam kita maafkan orang. Agar hati kita rasa tenteram, tak sakit hati and tak berdendam. InsyaAllah.

Next entry, insyaAllah Alja kongsi perkara bermanfaat dalam bulan Ramadan. Anak-2 pun boleh baca. InsyaAllah. Sama-2 sebarkan kebaikkan.

Moga ketemu lagi ♡♡

2 Comments

Write Comments
June 17, 2015 at 10:18 AM delete

Selamat menjalani ibadah puasa yunk...

Reply To This Comment
avatar
NurAlja
AUTHOR
June 17, 2015 at 3:15 PM delete

Selamat menjalani ibadah puasa jugaaaa <3 :)

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤