Movie Review : Goosebumps ( English, Pengembaraan & Komedi )

October 21, 2015 0 Comments A+ a-

Mengisahkan tentang Zach Cooper yang telah berpindah ke sebuah bandar kecil dan bertemu dengan Hannah, jiran barunya. Bapa kepada Hannah, R.L Stine, merupakan penulis kepada cerita "Goosebumps" dan telah menyimpan semua hantu dalam siri bukunya dan menguncinya. Satu hari, Zach dengan tidak sengaja telah melepaskan kesemua hantu tersebut dan mereka bertiga harus bekerjasama membawa kesemua hantu tersebut kembali ke tempat asal mereka.
Assalamualaikum, hai semua. eh sejak lately ni tersuka pulak mengupdate-2 entry ni. hehe, yela time ada masa memang update. bila ada masa + internet connection elok, memang blog lah dibuka je.

ok, Harini Alja nak share tentang filem movie kat wayang sekarang ni, apa lagi kalau bukan Goosebumps!! Hari Rabu lepas kan cuti Awal muharram, dah lah hari rabu, wayang murah. So Pergi seorang diri membawa diri yang lara ke Times Square (TS).

Pergi awal bebeno, sampai sana pukul 12, cadang nak tengok citer Knock-Knock. tapi terlupa yang knock-knock start pukul 3.50 petang. weyy, takkan nak mereput kot, kat TS ada apa lah sangat, lelagi sensorang. Bukan nak pi shopping pong, so dah bosan, grab je lah tiket Goosebumps yang time tuh start pukul 12, tapi alja lewat 15 minit. Alja masuk 12.15 minit Tengah hari.
tidak apa, lewat pun lewat ler, lagipun tak lewat mana, cerita pun belum start. Tapi yag best. waktu memula masuk pon dah tergelak gelak. So tak boring langsung cerita ni. sebab dari awal Alja masuk sampai ke habis, memang terbaik! Asyik gelak-gelak je. Lagipun time tuh lapar giler, so maknanya boleh hilang lapar lah kan sebab asyik gelak-gelak je. hahahaha

tengok, tulis pon nak gelak sebab cerita tuh effect sampai ke hari ini. Rasa nak tengok lagi. weyy ni review ikhlas tanpa berbayar tau. hahaha. Budak-budak pun ramak tengok masa Alja pergi tuh, emak bapak , anak kecik, budak sekolah, semua ada dlm panggung tuh.

Cerita ni kan klasifikasinya P13, so P13 ni bermaksud "Perlu bimbingan dari Ibu Bapa untuk Kanak-Kanak yang bawah umur 13 Tahun" jadi, bawak anak-anak boleh, sebab cerita takde unsur 'Gitu'gitu', faham-faham lah ye ibu ayah semua. Tapi biasalah kalau cerita Omputeh ni, tidak lari dari bab-bab kissing-2 , jadi sebab itu perlu bimbingan daripada ibu bapa. cuma dalam cerita ni Kissingnya bukan hard galak gitu. Kalau was-was, ibu ayah boleh tengok dulu, kalau kandungan ok, boleh bawak anak-anak pulak :D
Cerita ni banyak lawak. Watak lawak dalam cerita ni ialah Ryan lee (Lelaki dalam gambar atas pakai Smart no3 tuh, jap smart ke? haha). Dia jugaklah buat orang lain geram sangat, sebab dia degil banyak cakap. And perempuan last sekali tuh bukan manusia, nak tahu dia siapa? KENA TENGOK! Jeng jeng jeng :D hehehe

Bawah ni Alja sediakan Trailer Goosebumps, Korang-korang bolehlah layan dulu. Kalau nak tengok masa dan tempat supaya senang arrange masa, boleh tengok dekat laman www.cinema.com.my :D

bawah ni juga adalah details bagi Filem Goosebumps

  • Bahasa: Inggeris
  • Klasifikasi: P13
  • Tarikh Tayangan: 14 Oktober 2015
  • Genre: Pengembaraan / Komedi
  • Durasi: 1 Jam 43 Minit
  • Pelakon: Jack Black, Dylan Minnette, Odeya Rush, Amy Ryan
  • Pengarah: Rob Letterman
  • Format: 2D, 3D, 2D D-BOX


Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤