Tips Kecantikkan : Scrub Wajah. Penting ke?

October 30, 2015 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum hi semua. Kali ni Alja nak share sikit pasal Tips Kecantikkan, Scrub wajah, perlu ke atau tidak ye sebenarnya? Sebenarnya terpulang pada setiap individu. Tapi Bagi Alja PERLU! Hahaha

Actually Alja sebelum ni tak suka Berscrub langsung. Then, makin meningkat usia, makin ketara kekusaman dan ketompokkan biji-2 hitam kat muka. perasaan korang terutama gegirls, apa perasaan korg bila dah jadi smpai gittew? Alja rasa nak nagis. So search punya search, orang kata wajah perlu discrub 2-3 kali seminggu (mengikut jenama produk) untuk menghilangkan blackhead, tompok-2 hitam biar muka tak kusam.
Then balek je dari kerja, terus berdesup gi Guardian cari Scrub. hehe Jadi Alja buat keputusan beli Scrub jenama atas ni "ST. Ives" Ada banyak pilihan, tapi Alja ambik Fresh Skin Apricot Scrub. So Far, Alja dah pakai dah nak masuk dua(2) bulan. Tak sangka, 1 pek ni boleh tahan 2 bulan (ikut penggunaan sendiri) sebab Alja pun guna kat bahagian Kaki juga tau. So, bila dah tahan 2 bulan, maknanya, Jimat lah kan? :D

Penting Ke Scrub ni? Scrub ni penting sangat, sebab boleh menanggakan sel kulit mati. Sebab tuh muka boleh nampak kusam kalau tak berscrub. Jadi lepas berscrub, muka nampak lebih segar dan makin cerah tau! :D Tak percaya? Tengok muka alja sebelum berscrub erk.... 
Tengok? Kusam sangat kan. Sampai malu sangat nak jumpa orang. sampai tahap nak menoreh muka, menangis meraung. hamboi melampau! hahahaha Time ni belajar lagi jadi semua minta ehsan emak je. kalau emak kata ON dan OK, barulah beli. Kalau tak, mereput lah dengan wajah kusam ni.

Then, sekarang, ada buat side income, ada duit lebih sikit, Alhamdulillah. Jadi Alja pun mulalah beli satu satu barang kecantikkan. ceh dah start jadi seorang Wanita sebenar. ngaum... hahahaha Beli makanan dalaman, luaran, kiri kanan semua keperluan lah Alja beli. hahaha

Then time ni Pori-pori terutama bahagian pipi ke hidung tuh, pori-2 terbuka, hitam, malunya rasa. rasa nak nagis. hahaha So bila Alja menggunakan Scrub lebih kurang tiga(3) minggu, dah makin ok muka, dah tak kusam and dah tak bermaya mcm sebelum ni.

Kebaikkan Scrub ni boleh mengecilkan pori-pori muka, kulit lebih segar dan berseri serta makin cerah. Blackhead, whitehead semua head-2 makin mengecilkan hilang. hidung pun makin licin gittew. takde menggerutu. hehehe sebab Kulit Mati kita dah ditanggalkan dengan menggunakan Scrub!
Tapi, Scrub hanya pakai 2-3 kali seminggu sahaja, tengok produk juga, macam Alja, Alja pakai 3-4 kali seminggu dan bila perlu sahaja. hehehe lagi satu, jangan sental kekuat muka tuh, macam sental kasut sekolah hokey! takut jadi makin serius pulak. ok? Scrub menipiskan kulit muka ke? Tidak! Scrub tidak akan menyebabkan kulit muka nipis ok. Scrub ni hanyalah membantu kita menangalkan sel kulit mati di wajah.

Ok, di atas tuh gambar alja selepas menggunakan Scrub serta Serum luaran. Alhamdulillah. Rasa bahagia sangat. makin ok kulit Alja. sampai ehem ehem kita tegur "Kulit dah ok, jerawat dah kurang, makin comel, risau betul saya" hahaha sampai macam tuh sekali hokey!

Tapi, Alja tak iakan, cuma dalam hati je berbunga bila kena puji :p hehehe

oh ye, serum apa Alja pakai? Next Post Alja bagitahu ok? Stay tuned! Xoxo :)

5 Comments

Write Comments
Unknown
AUTHOR
October 30, 2015 at 5:30 PM delete

St Ives pun pilihan K.Sal...

Reply To This Comment
avatar
NurAlja
AUTHOR
October 30, 2015 at 5:44 PM delete

wahh sep sikit! hehe sebab Alja tengok review, ramai kata St Ives terbaik, tuh Alja pun try, mmg serasi dengan kulit Alja :D

Reply To This Comment
avatar
eyjalukman
AUTHOR
October 30, 2015 at 7:43 PM delete

baru tahuuu. selama ni ingat scrub ni rsa mcm tipiskan kulit kite, so tk prnh pakai scrub huhu

Reply To This Comment
avatar
YanSaflina
AUTHOR
October 31, 2015 at 1:35 AM delete

Best nya! tak sabar nak tengok serum apa Alja guna sebab saya tengah survey nak beli serum ni..:D

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤