Panggung Ahad : Lelaki-Lelaki Dalam Hidupnya (TV1)

October 19, 2015 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum hai semua, lagi 3 minggu untuk Alja habis LI (Yes!) hahaha sebenarnya rindu dengan suasana belajar and nak jadi student. seriussssssss kerja tak best, even best sbb dapat pegang duit je (Elaun LI).

Korang tengok tak panggung Ahad semalam? dekat TV1? Best wey. Kelakar sangat. hahaha Tajuk dia "Lelaki-Lelaki Dalam Hidupnya". Tengok tajuk mcm kisah dia ni macam boypreng ke? apa ke kan. sekali, cerita tentang seorang adik perempuan yang mempunyai 3 orang abang dan seorang pakwe.

ohhh patutlah tajuknya gitu kan. haha sebab tuh jangan menilai luaran, kena tengok dulu baru nilai. biasalah kita manusia mmg gini :p 
Ni Alja cerita serba sedikit lah tau. Adik perempuan yang dibintangi oleh uqasha sensrose yang mempunyai 3 orang abg. Yang suka dan mempunyai pakwe (syafie Naswip).

Time Pakwe ni datang rumah nak jumpa family si perempuan ni, lelaki ni diuji sebab abang dia tak suka betul dengan Syafie ni. Menyampah sangat lah. Tapi dalam version Lawak yang teramat. hahaha

Disuruh makan Cili padi (berlawan dengan Abang Sulung), ditanya kerja apa, duit dalam simpanan banyak mana. dengki pergi pancitkan tayar lah. semata-mata nak tengok lelaki ni bebetul serba boleh atau tidak , boleh jaga adik dorang ke tidak.
Tapi serius cerita ni sangat kelakar, gelaktak henti. keep it up! Next week ada cerita Panggung Ahad juga. Tgk Promo, macam best je :D 

pada yang tak dapat tengok, tak sempat. Boleh lah terjah laman youtube/Tonton mana tau ada ke kan :)

Tapi Kalau alja? Maybe jadi 'Kakak-kakak dalam hidupnya' sebab Kakak Alja ramaiii. Belum campur abang ipar, emak lagi. hahaha sebab Kalau mana-2 lelaki dtg rumah, mesti disoal mcm polis soal perompak. Hahahahaha Family ku gengster.

UPDATE ** - TENGOK ONLINE LELAKI-LELAKI DALAM HIDUPNYA

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤