Merasaikan keenakan makanan ala ala Arab yang membuatkan anda berpuas hati di D’Arab Station

June 21, 2016 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum hi semua. Apa macam puasa di 10 Ramadhon? Dah terkandas? Oups! Hahaha Semoga kita dipanjangkan umur dapat berpuasa di bulan mulia ni ye. InsyaAllah Aamiin.

Hari Isnin lepas ada Food review di D’Arab Station, Alam Damai. Siapa pernah pergi? Ura ura kedai ni popular tau. Bila baca review di Facebook dari pelanggan-pelanggan yang pernah datang, katanya enak? Emm betul ke enak? Enak sangat ke? MEMANG TAK DINAFIKAN! Sangat Enak tau. Memang selayaknya ramai pelanggan memberikan feedbacks yang baik. Layanan pun tiptop.

Tempoh hari, kami disajikan dengan setalam Set Combo 6 yang boleh dimakan untuk 5 orang. Iaitu Set Nasi Arab Honey Lamb & Chicken. Kambing golek, roti John serta D’Arab Falafel. See? Semua makanan Ala ala berada di padang pasir tumpuk tumpuk unta. Haha Kami makan seramai 6 orang untuk combo 6 pun tak terhabis. Fuhhhh..
Roti John Yummy tgh masak :D

Kenyang ya ampun. Alhamdulillah, Terimakasih sebab sudi jemput dan sajikan kami dengan makanan yang enak ni. Air yang disajikan pula ada 3, Jus oren, Ais lemon tea dan Teh Arab. Uishh, Teh Arab sangat sedap. Kalau datang D’Arab Station, MESTI CUBA TEH ARAB TAU! Teh Utama, rasa pun lain dari teh-teh yang kita selalu minum. Teringat ingat sampai sekarang.
Dato' sedang buat ucapan alu aluan ^^
Teh je ke ingat? Bukan setakat teh Arab je tau. Lamb dia, ya Allah, sangat-sangat lembut. TAK PAYAH TENAGA LEBIH untuk siat-siat kambing tuh. Takde liat. Tenaga korang tuh boleh disimpan, sebab sekali potong je dah boleh masuk mulut. Juicey sangat dikkkk. Kambing golek pun sekali ngap mulut. Banyak isi, rempah semua rasa. Sedap. Apatah lagi Ayam bakarnya. Terasa bagai ditarik suruh datang semula dekat kedai tuh. Hahaha T_T

Boleh ke beli lamb sahaja? Boleh lah. 200g RM10 dan tambah duit sikit untuk Nasi Arab. Menu lain and set combo apa je ada? Combo ada dari Combo 1 sehingga Combo 7. Yang bermula dari harga serendah RM13 sehingga RM50. Set Ekonomi pun ada iaitu serendah RM10. Western pun ada, Tak nak nasi? Pilih lah Ala carte ^^

Hey Dato’ Aznil Haji Nawawi pun pernah datang tau. Ingat calang-calang kedai ke? Bukan takat itu, Abon, Ustaz Don dan Ramai lagi. Ha, korang taknak datang rasa? Sambil type ni kecus ayaq liuq woi. Hahaha.

Jadi Apa lagi? Jom Ke D’Arab station. Setakat ini ada 3 cawangan iaitu di Cawangan Alam Damai, Cawangan Bank Islam (Menara Bank Islam, Jalan Perak) dan Cawangan Air Keroh (Restoran Jejantas, Ayer keroh) . Eh Cawangan baru juga akan dibuka dan akan di rasmikan selepas puasa ni. Fuhhh, lepas ni dimana-mana D’Arab Station ^^ Nak buat Tempahan pun boleh. Call 03-9108 3311 / 013-848 1014 / 013-844 1014

2 Comments

Write Comments
Shet Ling
AUTHOR
June 16, 2016 at 4:54 PM delete

Memang sedap, nasi arab D'Arab Station

Reply To This Comment
avatar
Madam N
AUTHOR
June 25, 2016 at 5:48 PM delete

wah..kena pg ni.. paling dekat menara bank islam jln perak!

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤