Membeli belah di The mines Celebrity Fest sambil berjumpa dengan artis kegemaran Korang !
Ehsan gambar dari Faceook The mines Shopping Mall |
Assalamualaikum hi semua! Alhamdulillah hampir seminggu
sudah kita berpuasa dan berada di bulan yang penuh mulia ini iaitu bulan
Ramadan. Minggu lalu, Alja pergi ke event Media briefing The mines Celebrity
Fest di Teh Tarik Place, The mines.
Seramai 10 Blogger dan 5 Artis yang hadir semasa media
briefing ini. Antara artis yang hadir ialah Erry Putra, Nas Adila, Aliff Razali
(Af6), Keena Mentor dan Zarina Raja Lawak. Mereka adalah antara artis yang akan
membuat jualan di The mines Celebrity Fest.
Ehsan gambar dari FacebookThe Mines Shopping Mall |
Apa yang dikatakan dengan The mines Celebrity Fest ni? Ha,
mana yang tidak tahu lagi, The Mines Celebrity Fest ini adalah satu Karnival
Membeli belah dan akan ada lebih 10 Artis yang akan berada disana dan menjual
barangan dari keluaran mereka sendiri. Seronok bukan?
Bila ni? Korang, Jangan lupa save date 25 dan 26 Jun 2016 ni tau. Hari Sabtu dan Ahad, Minggu ke-3 puasa kalau Alja tak silap. The Mines Celebrity Fest ini akan diadakan di Tingkat 3, The mines.
Antara artis yang akan hadir ialah seperti Nas Adila, Erry
Putra, dan ramai lagi. Nas Adila akan menjual Shawl wangi beliau. Psst, katanya
Shawl ni wangi tau. Takpayah sembur pewangi! Wah eksaited Alja dengar.
Tapi, Sedih
sebab time tuh Nas Adila tak bawa Shawl dia masa Media Briefing. Tapi takpe,
nanti 25 dan 26 Jun nak pergi dan insyaAllah nak beli Shawl keluaran Nas Adila.
Ada 2 jenis Shawl. Kalau nak tahu, kena datang tau! Alja pun nak datang. Kita
dengar pun dah eksaited :D
Erry putra pula akan menjual kasut berlampu. Rare kan?
Memang jarang nampak kasut berlampu. Dekat Instagram harituh Alja nampak juga,
tapi sayang, bukan di Malaysia, bila dah tahu Erry Putra jual, wah eksaited
teruja ok. Boleh kumpul duit beli pula lepas ni.
Alja tunjuk family Alja and
Emak Alja teruja siap lampu dekat kasut tuh warna warni. Kalau tak silap lebih
dari 5 lampu yang akan bernyala tau! Seronoknya pakai lelagi kalai pakai time
malam, dari kejauhan dah Nampak :p hihi. Jadi, mana yang berkenan, boleh lah
beli di Instagram @Ep_Shoes , Instagram Shop official Erry putra atau terus datang pada 25 dan 26 Jun 2016 ni tau dan Mana yang tengok video, boleh tengok dekat Instagram Alja @NurAljaLee
Keena Mentor akan menjual minyak wangi di sana. Jom
wangi bersama dengan pewangi Keena Mentor! Ha, Pewangi apa Keena Mentor ni jual
ye? Ha Alja pun nak tahu! Jadi jom datang 25 dan 26 Jun 2016 ni di The mines
tingkat 3 tau
Jadi, kalau nak tahu lebih lagi kena lah pergi The Mines
Celebrity Fest di The mines Tingkat 3 pada 25 dan 26 Jun 2016 ni tau! Mana tau
dapat diskaun istimewa dari Artis-2? Atau dapat bergambar bersama dan dengar
artis-2 menyanyi live? Atau korang boleh tau apa yang artis-2 ni jual yeeee?
Nak bagitahu, Air green tea kat atas ni sedap betul! macam dekat starbucks. Teringat starbucks pula :p hihi
Ehemmm, apa lagi! Save date dekat calendar rumah, calendar Hp, segala calendar yang ada tau. Boleh lah kita beli barang-2 Raya di sana.
Ehsan dari Facebook The Mines Shopping Mall |
Ehemmm, apa lagi! Save date dekat calendar rumah, calendar Hp, segala calendar yang ada tau. Boleh lah kita beli barang-2 Raya di sana.
The Mines Celebrity Fest
The Mines, Tingkat 3
25 dan 26 June 2016
Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤