Product Review : Ecowell Anti-Aging Trial Pack Organic Facial Care Series | Face Tonic

September 07, 2016 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum Hi, Alja rasa dah lama tak update blog. Kali ni ada satu produk Alja nak share dengan korang. Pernah dengar tentang produk ECOWELL Organic Facial Care? Tak? Alja pun tak pernah dengar dan ini pun First Time.

Alja nak share dengan korang tentang salah satu dari produk ni iaitu Face Tonic. Yang Alja guna ni adalah Face Tonic set trial saiz 30ml. Face tonic ni salah satu produk Best Seller Ecowell tau. Memang padan lah Best Seller. Sebab Alja dah try memang Best. Bukan tipu ok.

Setiap brand mesti ada face tonic kan? Alja ada try beberapa produk (taknak share jenama), Alja baru pakai, muka rasa panas je. Memang tak sesuai dengan kulit Alja. Ada tu pulak, Alja pakai, muka jadi berminyak teruk.

Tapi, Review dari Alja, bila pakai Face tonic dari produk Ecowell ni, Best. Muka pon rasa segar je and tak berminyak! Kulit rasa lembab dan tak kering sangat. Face tonic ni dapat memperbaiki tona kulit korang serta dapat membersihkan dan melegakan kulit. Elok sangatlah tengah sunburn ni. haha
Ecowell Face Tonic adalah penyegar wajah tindakan dua yang menghidrat dan melegakan semasa ia membuang kekotoran daripada kulit. Gabungan formula berfungsi untuk mencegah jerawat, keradangan dan jerawat sambil mengekalkan lapisan kelembapan semula jadi kulit. Kulit korang akan terasa lembut dan licin tanpa kesan pengeringan berasaskan alkohol. Berfungsi dengan baik untuk kulit sensitif atau radang.
Nota: kulit akan terasa lebih lembut dengan penggunaan Face tonic, selepas membuat rawatan laser.
Cara penggunaan: Selepas mencuci muka dengan Ecowell Liquid Soap Facial, lembapkan pad kapas dengan Ecowell Facial Tonic dan sapukan pada muka.

Betul ke berasaska organic? Risau? Jangan Risau. Sebab ada Pengesahan oleh Badan Pensijilan Turki tau.

Bahan-bahan organik Semula jadi, yang mudah diserap secara mendalam dan menyuburkan kulit. Yang penting, Sesuai untuk semua jenis kulit.

Harga untuk Set trial ni RM231.97, ada 5 item iaitu,
  1. Liquid Facial Soap – 30ml
  2. Face Tonic – 30ml
  3. Make-Up Cleanser Milk – 30ml
  4. Cell Renewal & Hydrating Face Mask – 30ml
  5. Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream – 15ml
Yang bestnya kalau beli Set trial ni, dapat tahan selama 30 hari, ada dermatologically Tested, sesuai untuk Normal to Oily Skin, Eco-Friendly dan yang best, kecil senang untuk dibawa kemana sahaja. Berminat? Korang boleh beli di,


1 Comments:

Write Comments
Anonymous
AUTHOR
September 10, 2016 at 11:41 AM delete

Banyak juga item dalam trial set dia..
SAiz pun bole tahan, takde la cinonet sangat..

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤