Jom bercuti ke Bagan Datuk, Perak - Day 2 (Last Day) | Program Road to Agro Tourism Siri ke 5

April 07, 2018 0 Comments A+ a-

Hola holaaaa. Harini nak share hari kedua berada di Bagan Datuk, Perak. Bermaknanya hari terakhir kami berada disana untuk explore Bagan Datuk. Rasa tak puas berada di Bagan Datuk sebab ada beberapan tempat lagi belum pergi macam Sky Mirror, Blue Tears, dan pelbagai lagi tempat dan makanan yang menarik di Bagan datuk belum di explore. Mana yang belum baca Part 1 Bagan Datuk boleh baca tau! hehe
Untuk Trip ke Bagan Datuk, Perak ini, Alja naik bas dari Lembaga Pertubuhan Peladang. Sangat selesa. Bas yang dilengkapi dengan Kerusi mewah ala VIP dan terdapat juga tempat untuk USB. Jadi jangan risau kalau Hp, powerbank takda Bateri.

Pagi tu, selepas bersarapan, kami singgah ke Kilang S&P Industries Sdn. Bhd. S&P Industries Sdn. Bhd ini mengeluarkan dan menjual serbuk santan dan merupakan kilang pertama yang terbesar yang menghasilkan Santan berbentuk Serbuk.
Pernah tak korang jumpa santan berbentuk serbuk? Alja tak pernah. Sebab Selalu beli Santan yang dah siap dekat kedai atau dekat pasar yang fresh sebab pasar sebelah rumah je. Hehe So teruja bila jumpa Santan berbentuk serbuk keluaran S&P Industries Sdn. Bhd. ni.

S&P Industries Sdn. Bhd juga telah meng-export lebih dari 30 Negara buat masa sekarang. Wow? Kuno nya Alja sebab baru tau mengenai Santan Serbuk ni. Jangan risau, ianya ada cop Halal. 

Yang bestnya, S&P Industries ini mengeluarkan serbuk kelapa dari kelapa segar terpilih dan mudah kepada pengguna kerana ia menyediakn dalam bentuk serbuk kelapa jadi ia memudahkan cara penyimpanan.

Dibawah ini merupakan produk keluaran S&P Industries Sdn. Bhd. Antaranya ialah,
  • Santan Serbuk
  • Santan cair
  • Ketupat
  • Kerisik
Alja pergi yang ini di Bagan Datuk, Perak. Kilang Utama dia di Damansara. Tapi yang ni dia tak open to public. If korang mungkin nak menjual ke atau apa sahaja. Mungkin boleh buat lawatan, boleh contact nombor di bawah untuk pertanyaan lanjut.

Headquarter & principal place of business
No. 27-2, Jalan PJU 5/13, Dataran Sunway
Kota Damansara 47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: 603-6157 2226

No. 3709
Simpang Tiga, Rungkup
36200 Selekoh,, Perak
05-646 7121
Lepas ke S&P Industries Sdn. Bhd. Alja ke MARDI Bagan Datuk, Perak pula untuk melihat cara mereka menanam kelapa dan cara proses minyak kelapa dara. satu ilmu baru untuk Alja. Di MARDI ini, Alja dapat tahu mana kelapa Jantan atau kelapa Betina.

Masa nak masuk ladang kelapa di MARDI ni, Kami kena naik lori! Hahaha first time naik lori, selalu naik truck polis je masa zaman sekolah dulu. Jadi setakat panajt lompat lori tu no hal! No hal time sekolah lah, sekarang ada hal sebab dah berat. hahaha
Disini, kami di ajar cara untuk macam mana mereka proses pembenihan, pendebungan kelapa Hybrid dan disini jugalah Alja tahu cara untuk mengenal jantina dan jenis jenis kelapa. Mereka juga menerangkan cara untuk untuk mendapatkan minyak kelapa dara, macam mana dorang menjaga elok agar tidak ada satu semut pun masuk kedalam demi mendapatkan kualiti yang terbaik.

KELAPA HIBRID merupakan kelapa yang dihasilkan melalui proses kacukan silang (crossing) di dalam dan antara dua kumpulan utama itu.
Sedang mengasingkan debunga jantan
Selepas proses mengasing, akan dibalut dan disemburkan racun 
Proses pendebungan kelapa Hybrid
  • Pokok induk (Jantan) mesti berusia lapan tahun ke atas kerana pengeluaran buahnya sudah seragam
  • Pokok induk (Betina) mestilah mencapay usia lima tahun ke atas bagi memastikan ia berkualiti
  • Pendebungan dibuat dengan membersihkan dan mengasingkan debunga jantan dari bunga betina yang matang dan dibalut menggunakan plastik telus cahaya
  • Pendebungaan pada setiap bunga betina diulang setiap hari selama lima hingga tujuh hari atau sehingga stigma betina itu bertukar menjadi warna hitam
Benih jantan akan dipotong sebelum proses pendebungaan

Di Mardi, Alja dapat belajar cara untuk mengupas sabut kelapa. Selalu tengok je pakcik kat kampung buat, nak mencuba tidak sama sekali. Tapi di Mardi, Alja beranikan juga untuk mengupas kulit kepala ini. Untuk disimpan menjadi kenangan dan menambah Pengalaman.

Susah. Ye susah. Itu pada pandangan Alja. Mungkin kerana pertama kali buat tapi memang ini merupakan pertama dan terakhir lah sebab takut untuk melihat ketajaman pisau untuk mengupas tu. Untuk membuat lagi sekali, mungkin ia hanya mimpi dan takkan menjadi realiti.
Selepas dah mencuba mengupas sabut kelapa ini. Kami diajak untuk ke bahagian dalam bangunan untuk melihat cara pemprosesan Minyak kelapa dara.

Cara Pemprosesan Minyak Kelapa Dara
  1. Proses pembuangan sabut kelapa
  2. memilih kelapa yang segar
  3. Pembelahan kelapa
  4. memarut isi kelapa
  5. Proses pengeringan isi kelapa yang diparut
  6. Mengestrakan minyak menggunakan alat 'Expeller'
  7. Mengasing lebihan isi parut
  8. Proses penurasan minyak
  9. DAH JADI MINYAK KELAPA DARA! hehe

Proses pengeringan isi kelapa yang diparut

Mengestrakan minyak menggunakan alat 'Expeller'
Selepas kami melihat proses pendebungaan, penghasilan minyak kelapa. Akhirnya kami dibawa untuk merasa sendiri air kelapa hasil penanaman pokok kelapa Bagan Datuk, perak
 
Air kelapa memang elok untuk demam. Masa ni Alja dapat rasa Air kelapa biasa dan Air kelapa Pandan. Biasa dan Pandan sangat berbeza. Alja kurang Air kelapa tapi Jatuh cinta dengan Air kelapa pandan. Kelapa Pandan berwarna Hijau terang berbanding yang biasa. Rasa dan bau dia pun ada pandan. Sangat sedap.

Untuk tahu lebih lanjut mengenai Kelapa di MARDI. Korang boleh hubungi di nombor yang tertera ni 05-6489242 ( Sumber - Blog Rasmi MARDI )

Selepas ke MARDI, Bagan Datuk. Jom kita ke Destinasi Akhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Destinasi akhir ini, kami singgah ke Beting Beras Basah.
BETING Beras Basah, Bagan Datuk, Perak terletak berhampiran dengan muara Sungai Perak adalah kawasan pantai pasir yang kadangkala timbul dan kadangkala tenggelam apabila air pasang. Ia dikaitkan dengan Sultan Perak pertama yang menjejakkan kaki di sini. Setiap kali pertabalan Sultan Perak, sultan terbabit mestilah menghilir Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga ke Beting Beras Basah. Kawasan ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Pasirnya memutih seakan-akan warna beras dan akan menjadi keras ketika surut hingga membolehkan kenderaan melaluinya.
Tempat pertabalan
Beting Beras Basah ini merupakan kisah lagenda. korang boleh search di Google untuk tahu lebih lanjut mengenai Beting Beras Basah ini. 
 
 
itu sahaja lah cerita Alja selama 2 hari di Bagan Datuk, Perak ini. Harap boleh datang lagi sekali disini untuk explore lebih lama lagi Bagan Datuk. Kita travel kesana kesini ini best tau disamping dapat mengetahui kisah di setiap Negeri yang kita pergi. Lagi lagi kisah Lagenda dahulu kala. Best!

Untuk trip kali ini, Alja bercuti selama 2 hari 1 malam di Bagan Datuk, Perak. Dibawah Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 anjuran MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA (MTC) dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan persatuan Homestay, Bagan Datuk.

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤