Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 | Edisi Khas Bagan Datuk, Perak

April 02, 2018 0 Comments A+ a-


"Kalau teringat (ingat), teringat Atok,
Rasa nak pulang ke bagan datuk,
Kalau teringat (ingat), teringat Atok,
Jangan lupa pulang ke bagan datuk"

Lirik lagu yang Alja tulis diatas ni dinyanyikan oleh Yasin, Dato' M Daud Kilau, Altimet, Ramli Rebana & Firlany Malik yang bertajuk "Bagan Datuk". Bila bercerita mengenai Bagan Datuk ini kena ada background lagu baru lebih feel sambil teringat keindahan Bagan Datuk.
Bersemperna dengan Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 Edisi Khas Bagan Datuk, Perak ini, Program ini telah diadakan bagi mempromosikan destinasi menarik agro pelancongan domestik di Bagan Datuk selain Pelancongan Agro di Zon Selatan, Tengah, Wilayah Persekutuan dan Utara tanahair.

Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 ini adalah anjuran MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA (MTC) dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan persatuan Homestay, Bagan Datuk.
MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA (MTC) didalam Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 kali ini membawakan satu slot khas iaitu Sembang Santai bersama YAP Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga telah melancarkan cogan kata ‘Bagan Datuk; Mendukung Tradisi Menjulang Transformasi’ pada Majlis Jamuan Makan Tengahari bersama-sama lebih 2,500 masyarakat Bagan Datuk yang menyertai program santai Aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50)@Bagan Datuk di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Serdang baru baru ini.

Sembang santai kali ini membawa topik "Industri Kelapa di Bagan Datuk dan Agro Pelancongan Berasaskan Kelapa". Program ini bertujuan membincangkan mengenai sejauh manakah hala tuju industri Pelancongan Agro berasaskan kelapa di Bagan Datuk, Perak. Ia juga bertujuan menambahkan lagi pengetahuan dan pendedahan kepada pengusaha-pengusaha industri berkenaan promosi-promosi yang boleh dilakukan untuk menggalakkan pelancong datang ke Bagan Datuk.

"Apa yang kita buat bukan untuk diri kita tetapi untuk cucu-cucu kita. Ertinya, kita lakukan perubahan bukan untuk kepentingan diri kita saja, kita sediakan pembangunan ini untuk anak cucu kita..." YAP Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.
Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) mengambil peluang ini bagi mempromosikan Bagan Datuk sebagai satu destinasi baru pelancongan, meneroka destinasi dan produk baru pelancongan di Bagan Datuk, menjalinkan perhubungan antara pihak industri, pihak berkuasa dan penduduk tempatan, Menjadika kelapa sebagai satu produk ikon pelancongan Bagan Datuk kerana Bagan Datuk sangat kaya akan pokok kelapa yang teramat besar dan luas serta subur.

Antara tempat menarik untuk dilawati di Bagan Datuk ini ialah Tempat bersejarah Beting Beras Basah, Bagan Datuk Water Front, Kilang Memproses Sabut, Coco Peat, Santan, Ladang Kelapa, Pusat Penyelidikan Mardi serta Homestay Bagan Datuk yang sangat selesa untuk didiami.
Bukan itu sahaja, di Bagan Datuk juga terdapat Sky Mirror, Blue Tears, Jeti Bagan Datuk yang menjadi tumpuan ramai, Kampung Pasang Api tempat para pengunjung untuk memancing, Taman Negeri Pulau Sembilan dan Bagan Datuk Water City.

Perubahan Bagan Datuk kini dan akan datang telah membawa kebaikan kepada penduduknya, Malah, Bagan Datoh kini bakal menerima perubahan lebih mantap apabila usaha proaktif beberapa projek pembangunan bernilai jutaan ringgit mula dirasai faedah oleh masyarakat setempat. Ini kerana kerajaan berharap menjelang 2020, daerah Bagan Datoh akan mengalami pembangunan pesat dengan kewujudan Taman Industri Berat Perak, Hab Logistik dan Bagan Datoh Water City.
Pelbagai usaha harus dilaksanakan dalam membangunkan Industri Pelancongan Agro ke tahap yang lebih tinggi. Industri Pelancongan Agro ini tidak boleh berada ditakuk yag lama, ianya memerlukan perubahan mengikut peredaran zaman yang semakin berkembang dan serba canggih kini.

Dengan Program Road to Agro Tourism ini, Bagan Datuk akan menjadi satu daerah pelancongan yang terkenal dengan keunikannya di Pantai Barat Semenanjung. Semoga Bagan Datuk terus maju dan success. Aamiin.

"INGAT KELAPA, INGAT BAGAN DATUK"

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤