Showing posts with label Student. Show all posts
Showing posts with label Student. Show all posts

Ragam Bila Dapat Baucer Buku

Assalamualaikum hai semuaaaaa. Sihat? Minggu depan dah Final exam. Sem 5 agak stress sikit. Rasa nak nagis tak mampu dah. Tapi kena kuat juga. Dah last-2 sem ni. Doakan alja boleh buat final exam tau.

Minggu lepas, hari selasa bersamaan 22 March 2016 students politeknik sultan Azlan Shah (termasuklah Alja) dapat baucer buku! Yeayyyy boleh beli buku! Hihi.

Harituh jugaaaaaa ramai students poli pergi tanjung malim untuk tukar baucer kepada duit. Tapi Alja taklah sebab rasa sayang kalau tukar. Baucer RM250 (5keping) tukar jadi RM200 (4keping) hahahaha sbb niat Alja nak beli alat tulis guna baucer tuh.

tapi tapi tapi nak dijadikan cerita...  

Macam mana students tak tukar Baucer buku ke duit. Barang pun mahal dah sekarang. Disebabkan kesempitan itu, maka student mencari kesempatan agar baucer dapat tukar menjadi duit bagi menampung duit makan minum dan etc.

Last last kelmarin 25 March 2016, Alja pergi MPH, Maluri nak beli Alat tulis tapi tak boleh beli. Sedihnyaaaaa. mesti ada orang kata "Mmg lah dah nama pun baucer buku kan, maka boleh beli buku je lah"

ye mmg tapi tapi tapi Sebelum-sebelum ni boleh je alja beli alat tulis, beli hard disk. Actually dapat baucer buku ni fikir jimat je dapat beli alat tulis. Jimat dah dekat situ even pen atau pensil sebatang hanya RM2 pun nak diberli guna baucer. Kalau beli guna baucer tak ke boleh beli banyakkkkkkkkk.

Nak beli buku? Buku apa? Buku motivasi, buku novel cinta cintun, buku novel fixi, buku keugamaan, buku masak masak, buku marketing dan etc.

Nak beli buku belajar? Kamus dah ada. English English malay. English malay. Kamus arab. Semua ada. Buku pun banyak beli dari lecture dan fotostat je.

Uwahhhh sedihnya. So semalam 26 March 2016, Alja pun Ajak lah kakak Alja sebab dia kata anak dia nak beli buku. jadi Alja bawa lah habis beli buku semua RM150.55 , buku cerita, Al-Quran terjemah dan paling penting Alja dapat beli buku 99 stressssss mummy. Yippie. Hihi

Dapat Free buku nota yang berharga RM15.90 dan juga baucer MPH RM15. berbaloi baloi. Ok nak study untuk final. Babai love ♡

Kehidupan Pelajar : 'PTPTN tak cukup, nak makan pun susah'

Assalamualaikum hai semua.

Tadi Alja ternampak video pasal tajuk ini (tengok tajuk atas tuh) di Facebook. Tengah demam demam ni, Nak tanya jugalah, makanan student ni sehari RM100 ke? bohong lah. Bagi Alja, students lah paling kaya lelagi Yang ada buat pinjaman belajar. Itu pendapat alja sbb alja pun student.

Kalau dpt PTPTipu tuh tapi buat belanja makan hipstur sana sini, hp tukar baru, pergi jalan sana sini, baju beli baru, kemungkinan lah akan jadi tak cukup. KEMUNGKINAN.

Bagi sebab kenapa tak cukup? Alja tak buat pinjaman ptptn, tp takde sampai tak cukup makan, tak cukup bayar nota belajar. Dalam hal mcm ni, kena bijak buat keputusan dan pepandai lah bajet. Bila org suruh bayar duit baju ke buku ke, dahulu kan apa yg patut. Hutang org ke apa ke.

Alja tak pinjam sebab taknak tanggung hutang, takut masa mendatang tak termampu. Masa memula alja macam marah juga lah knp tak bg pinjam, tp lama lama, alja fikir, betul apa emak and kakak-2 alja kata. Dan skrg alja rasa Alhamdulillah sbb takpayah fikir hutang lepas belajar.

Terima kasih lah emak and kakak-2 bersusah payah utk hntr bljr. Sbb tuh bila emak atau kakak-2 abg-2 ipar kata 'kalau tak dekan, kalau tak berjaya. Tak tahu nak kata apa' deep sgt ayat. Tersentak sbb tuh kalau depa kata cmtuh, sorok mna-2 nagis nagis. Kekonon nagis taknak balek poli, tp nagis sbb bila org harapkan kita berjaya.

Lelagi bila emak kata 'duit susah cari dik, kalau kau belanja bebukan, mna nak dpt duit' nagis 
Mmg masa dapat duit bahagia sgt kan , siapa tak suka duit, kalau alja pun bahagia. Ada ke yang tak suka duit? Mohon bagitahu! Hahaha

Masa dapat bahagia, tapi masa cukup time nak kena bayar balek, 'buat-2 lupa' 'dapat kerja, dah gaji, duit hutang ptptn buat endah' itu peel yang kita takmau... betul tak? Manusia mmg suka berdalih. Tapi bab hutang-2 ni, mohon lah jangan berdalih.

Sebab tuh lah time tahun lepas 2015 timbul isu 'ptptn kaut semua duit dlm bank' kalau tak silap, KALAU TAK SILAP, rasanya pihak PTPTN bagi masa and had utk bayar berapa-2 kan kalau gaji tak melebihi 3K? KALAU SILAP, MINTA MAAF.

Alja ada baca perancangan seorang hamba Allah ni, perancangan dia :
1) duit ptptn tuh bayar apa patut dulu
2) makan jgn nak ikut napsu sgt haih.
3) Simpan tepi sikit duit ptptn agar nanti boleh bayar hutang ptptn tuh kemudian kelak. So lps bljr, kalau takde kerja time tuh, duit ptptn yg kita simpan sikit tuh lah jd penyelamat sementara.
4) nanti kena tengok balek ayat dia! Lupa. Hehe.

Just only my 20 cent kata kata. Maafkan salah silap saya. Saya bagi pendapat je dan sungguh lillahi taala saya tak cemburu cuma rasa kenapa ada student tak cukup duit, sampai sanggup ambik duit tabung masjid. Jadi nak tahu kenapa benda ni terjadi. Terdesak sgt ke pelajar? Setiap hari kena bayar yuran ke?

And kita juga as student blh buat 'jualan online' sebagai pendapatan sampingan. Sungguh dpt komisen RM10-20 tuh dah rasa ok sgt blh buat mkn 2-3 hari. Cuma kalau rajin tak rajin je. Skrg banyak je yg minta jadi Dropship / Agent. So student ke suri rumah ke sesiapa shj blh buat. InsyaAllah.

Jadi apa pendapat awak semua? pendapat sebagai pelajar, ibu bapa, Cikgu, pensyarah dan orang ramai? Kongsi jom! ☺

Bittaufiq Wannajah Fil Imtihan, Alja !

Assalamualaikum Hi semuaaa :)
Lama sudah Alja tak membebel dekat sini. Dah lama tak join giveaway , buat giveaway. Join bloglist , buat bloglist . Pokoknyaaa semuanya berkaitan sama blog udah Hilang. Hahahaha

Maaf ye. Alja Cadang nak buat giveaway tapi itu lah masa tak mengizinkan. Lagi-2 nak dekat Final Exam nh. Nak menangis je rasa. Haha ini pun Alja guna Application 'Blogger' di Playstore Sana nun.

Haha , So berserta jadual exam ini, doakan Alja boleh buat dengan tenang ye masa exam ini nnti. Maafkan Alja juga kalau Ada yang tersalah Kata sampai buat Korang sakit hati T_T jauh di dasar hati sungguh Ku menyesal. *Sungguh drama TV* ehh dakkk, Ikhlas ini T_T

Apa pun, After exam Alja akan buat balik semua blog yg mana Alja tak sempat siapkan itu ye! :) InsyaAllah, Maaf sangat sebab ke-slow-an Saya. Line internet Kat sini pun segan hidup mati tak mau. *Geram*

Internet bersungguh-sungguh cari gaduh , sampai tkde mood nak memblogging mcm dulu , sampai takde mood nak buat contest kat blog. Sampai takde mood sampai lost nak edit blog T_T maafkan saya.

Mana Gajah yang boleh panjat bukit itu? (CELCOM) . Mana Span kuning yang 'I will Follow you' tuh? (DIGI) Mana Cakap banyak banyak main internet banyak banyak tuh? (Umobile) Mana Internet 1GB Hanya RM5 SAHAJA tuh? (MAXIS).

Tension. Blog ini jugalah side income Alja. Alhamdulillah Nasib Alja juga Ada Online shop di Instagram. Boleh search @prettyAlhijrahcollection Dan membeli disana ye. Okey jumpa lagi, Assalamualaikum semua , byebye :D