Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Buat duit bernilai USD hanya di Instagram dan Facebook

"Duit duit dimana kau duit" haha kalau dulu tak ada duit, mesti nyanyi lagu ni. Lagu yang di popularkan oleh penyanyi Hattan yang bertajuk Duit. Hidup sekarang memang kena ada duit. Takde duit, macam mana nak makan? Duit gaji pun tak cukup. Bayar bil api air, minyak ulang alik pergi kerja je dah berapa, kalau naik motor dapat lah jimat, kalau kereta? Semuanya duit!

Hidup memang perlukan duit, tapi jangan sampai jadi hamba duit. Sampai lupa tali persaudaraan, sampai lupa nak bersedekah, sampai lupa diri. Zaman sekarang bukan zaman memboros, zaman menyimpan sebab kita tak tahu apa akan jadi pada diri kita kelak. Alja pun cakap dekat diri Alja sebab Alja juga dalam kategori boros. Jadi, Alja nak ajak korang buat duit. Bukan MLM ok. Haha
Pernah dengar tentang Website NARRATRS tak? Alja pernah share dulu dulu, mungkin korang tak ingat. Takpe, Alja share lagi sekali sebab seorang Alja rajin. hahaha NARRATRS merupakan satu website yang membayar kita jika kita share jenama atau kempen dorang. Untuk sign up NARRATRS, korang kena ada akaun Paypal sebab bayarannya dalam US Dollar tau. Cuba convert kan 1 USD ke Malaysia berapa? Kumpul-kumpul, rajin-rajin tak ke jadi banyak? Nak duit kenalah usaha! Jadi apa tunggu lagi?

Korang ada Facebook atau Instagram atau kedua-duanya sekali yang jumlah pengikutnya Satu Ribu ke atas? Nak duit? Kenalah join NARRATRS. Hahaha. Alja dah buat tau, 1 kempen dapatlah nak dekat hampir 10 Usd. Sebab kerja senang je, Share share je dapat duit. Hahaha
Nak sign up NARRATRS sangat lah mudah.
  • Pergi NARRATRS then Sign up melalui Facebook atau Instagram (Pilih salah satu)
  • Kemaskini akaun NARRATRS korang. Jangan lupa letak akaun Paypal sekali.
  • Pergi ke bahagian atas Tulis "Campaigns" then pilih kempen korang
  • Start Share dan Kumpul banyak duit. Mudah kan?

"INI BISNES BUKAN PROPA" Bersama Usahawan Wan Nong Muzafar

Assalamualaikum hi korang. Nak citer pasal Bisnes, Alja bukan orang Pro. Tapi setiap orang dari kita berpeluang untuk belajar dan tahu mengenai Bisnes. Bisnes bukan pakai duit sahaja. Sistem Barter juga merupakan bisnes. Apa itu sistem Barter? Sistem Barter, contohnya, Kalau Si A ingin Ayam, Si B ingin Nasi, dan kedua-2 barang itu ada pada 2-2 orang diantara SI A dan Si B. Mereka boleh je bertukar barang yang mereka inginkan pada orang yang sama. Itu juga merupakan Bisnes. Tak gitu?

Sebut pasal Bisnes, Alja memang minat sangat dengan Bisnes. Bisnes, makin dikembang makin bagus. Ditambah dengan Ilmu yang dikongsi oleh sekeliling kita, makin menjadikan bisnes kita maju. Contohnya, Benang Hijau, SugarScarf dan Power Cat.

Jadi, Pada hari Khamis lepas, Alja berpeluang mendengar talk bersama Wan Nong Muzafar. Tapi sebelum tu, Siapa Wan Nong Muzafar ni? Jom Kita baca lebih lanjut siapakah Beliau.
Wan Nong Muzafar merupakan seorag Bisnes consultant. Beliau memulakan kerjayanya di Bank Bumiputera Discount House setelah memperolehi ijazah Sarjana Muda dalam jurusan  Kewangan dari Massey University, New Zealand pada 1997. Beliau bertugas sebagai  ‘dealer’ pasaran kewangan di jabatan perbendaharaan. Setelah tiga tahun bertugas sebagai ‘dealer’ beliau mula merasakan bahawa dirinya inginkan sesuatu yang lebih mencabar.
Minat mendalam beliau di dalam dunia media menyebabkan beliau terus menerima jawatan di jabatan pemasaran di bahagian majalah sugguhpun jawatan tersebut adalah untuk posisi eksekutif yang mana beliau perlu membuktikan sekali lagi keupayaan beliau. Dalam masa setahun bertugas sebagai eksekutif, nasib meyebelahi beliau dimana beliau dinaik pangkat terus sebagai Pengurus Jabatan Pemasaran yang mempunyai lebih 30 orang pekerja.
Antara program-program yang diilhamkan oleh beliau adalah Malam Anugerah Perlancongan Libur yang disokong oleh Kementerian Perlancongan. Program ini mendatangkan keuntungan lebih daripada RM200,000.00 kepada syarikat. Disamping itu beliau berkerjasama dengan jabatan pengiklanan untuk mengilhamkan beberapa kempen yang mendatangkan keuntungan kepada syarikat. Beliau juga mengetuai kempen pemasaran Sinar Harian apabila ianya mula-mula diterbitkan di Kelantan. Sebulan setelah kempen tersebut dilaksanakan, Sinar Harian menjadi rujukan utama di Pantai Timur sehingga hari ini.
Disamping itu beliau telah mengarang dua buku perniagaan, Kuasai Perniagaan Internet Siri 1 dan Kuasai Formula Perniagaan yang menjadi “Best Seller”. Buat masa ini beliau telah bersara dari Kumpulan Media Karangkraf dan merupakan pengarah di ILM Legacy Sdn Bhd. Beliau masih lagi aktif menjalankan tugas beliau sebagai konsultan perniagaan (Online & Offline) bagi para usahawan dan juga dunia koporat disamping mengadakan latihan keusahawanan dari msasa ke semasa.
Alja happy sebab dapat salah satu buku yang menjadi Best Seller ni iaitu "Kuasai Formula Perniagaan" Nak berniaga kena ada ilmu, baru perniagaan kita lebih KAW dan umphh! Lagi satu, Tuan Wan Nong Muzafar juga ada kata "Jadikan kerja anda sebagai Ibadah" baru kita tak rasa terbeban. Baru kita rasa masa kita sentiasa mencukupi.

Beliau bagi talk mengenai bisnes hanya untuk tolong orang yang ingin diri mereka maju. He guide people to grow dan make a strategic planning. Untuk pengetahuan tambahan korang, beliau study di UITM dalam bidang Bussines dan yang membuatkan Alja Tabik springgg sebab beliau Dean list setiap Sem! Wow. Semasa belajar, beliau balancekan antara education dan Sports. Nama beliau juga disebut-sebut semasa study hinggakan dah habis belajar pun, nama beliau maish disebut-sebut.

Kita buat 1 kerja pun dah mengeluh kan? Wan Nong Muzafar buat 5 hingga 6 kerja selama 4 Tahun. Selepas 4 tahun beliau buat 5-6 kerja, beliau mencuba untuk mencari kerja lain dan akhirnya beliau diterima kerja di Media Karangkraf.

Wan Nong Muzafar juga seorang yang humble, ini kerana beliau diajar untuk sentiasa rendah diri dan yang lebih penting, beliau kata "Don't let your money control you" Yes. Alja setuju. Jangan bagi kita bertuankan duit. Biar kita yang control money tu.
Talk ala ala santai yang hanya lebih kurang 2 Jam lebih ni amat tak cukup bagi Alja. Sebab Sharing yang di kongsikan oleh Tuan Wan Nong Muzafar sangat best. Alja tak risau, sebab Tuan Wan Nong Muzafar akan adakan Seminar "Ini Bisnes Bukan Propa" IBBP 2017 pada bulan Mei 2017 nanti.

Siapa yang patut hadir?
  • Berminat menjadi usahawan tapi tidak tahu bagaimana untuk bermula
  • Berniaga tetapi asyik tidak menguntungkan
  • Usahawan yang 'Stuck' atau berniaga cukup-cukup makan
  • Usahawan yang ingin memahami pengurusan kewangan perniagaan
  • Usahawan yang ingin 'Upgrade' perniagaan
Seminar ini bakal diadakan bertempat

Tempat : Ideal Convention Center Shah Alam (IDCC)
Tarikh : 13 & 14 Mei 2017 (Sabtu , Ahad)
Masa : 9.00 Pagi sehingga 6.30 Petang

Seminar ini bakal di kongsikan oleh seramai 7 orang usahawan yang berjaya, iaitu
  1. Wan Nong Muzafar ( Ceo ILM Legacy )
  2. Wan Zaki ( Ceo Jelitasara )
  3. Noorizam Shah ( Ceo Jel Gambir Jantan )
  4. Faisal Badry ( Pengarah Pemasaran Vidmiil )
  5. Tuan Fazrul Ismail ( Ceo Akademik Sinergi )
  6. Fizo OMar ( Ceo FOC Channel Fizomawar Kitchen ), dan
  7. Fynn Jamal (Fynn Jamal RTW & Susu Juna )
Kuasai ilmu strategi bisnes yang menjana 7 angka dari usahawan  yang telah berjaya melakukannya. Jadi apa tunggu lagi? Kosongkan aktiviti korang pada 13 dan 14 mei 2017 nanti untuk belajar lebih dalam mengenai Perniagaan yang realistik dan strategik serta mampu merancang dan mengurus bises secara optimum.
Untuk maklumat lanjut mengenai apa sahaja aktiviti atau mengenai Wan Nong Muzafar, boleh layari, 

Instagram : discomuz
Facebook Official : wan nong muzafar
Facebook Fanpage : wan nong muzafar official



Tips Menggoreng ayam supaya tidak melekat di kuali

Ehsan gambar Google [ www.lestariweb.com ]

Assalamualaikum hi semua, Rasanya Alja ada share Tips ni dekat facebook. Mungkin ada yang tak perasan. Jadi Alja share dekat sini juga ^^ Harap bermanfaat.

Siapa ada masalah menggoreng ayam lepastuh bila nak terbalikkan ayam tuh, ayam jadi melekat susah nak terbalikkan? T_T Alja ! haha lepastuh dah lah susah nak terbalikkan, kena pulak minyak panas. huwarghhh. haha

Kalau taknak ayam melekat masa menggoreng. Goreng atau panaskan kuali dengan 2 atau 3 keping Asam keping. InsyaAllah masalah susah goreng dapat diselesaikan ^^

Tips diet semasa Bulan Ramadhan

Assalamualaikum hai semua ^^ Esok insyaAllah jika dah nampak anak bulan harini, maka kita sebagai umat islam akan mula berpuasa di bulan Ramadhon yang penuh mulia penuh barakah ni. Alhamdulillah. Harap dipanjangkan umur kita untuk beribadat kepada Allah. InsyaAllah Aamiin.

Jadi, pada bulan puasa ni, bagi Alja boleh lah kita buat Diet disamping beribadah kepada Allah. Diet sihat ye, bukan diet sahur minum air berbuka minum air. Sebab Alja pun nak diet T_T huwarghh bila semua tegur dah gemuk, kita terasa hati jantung limpa :p haha

Okeh, Tahu tak Diet Atkins? Rasanya tak asing lagi Diet Atkins ni dikalangan kita, betul tak? Ada yang Berjaya, ada yang cepat ada yang lambat. Semua ikut disiplin kita. Sebab, Alja pernah buat sebelum ni, dalam masa 2minggu sahaja dah boleh Nampak baju, seluar longgar! Alhamdulillah sangat.

Diet Atkins ni boleh di apply masa bulan puasa. So mood kita nak makan tuh mmg terhad juga sebab Malam kita nak gi terawih pulak :D
So mna yang baru tahu tentang Diet Atkins ni, Diet Atkins ni ada 4 fasa. bagi yang permulaan, eloklah detoks dulu badan bagi buang semua kekotoran dan Diet Atkins ni tak boleh sentuh air bergas, air manis, tepung, Makanan ringan terutamanya! ok?

Selamat berjaya dan semoga Aljawahir dan awak semua dapat kurus balik macam dulu. Aamiin. Haha :p

Tips Blog : Manfaat Blogwalking + Button Comment

Lifestyle | via Tumblr
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dapat update blog lagi. Sesejak Praktikal ni busy ya ampun. hehe dengan report Akhir li, buku log lagi, kerja dekat opis *bukan merungut erkkkkk tapi share* hahaha

Apa nak cite? gini ceritanya, Kelmarin punya kelmarin punya kelmarin ... hamboi banyak beno kelamrin. mcm ni, khamis lepas 17Sep15 , Blog KisahEmasPutih ada buat segmen tinggalkan link kan kan kan? Alah Segmen "Jom Blogwalking ! Tinggalkan Link Blog Anda !" 

Rasa-2 Alja, Hampir kesemua blogger kenal blogger comel bekerjaya ni, bekerjaya bukan sahaja dr segi pelajaran malah dlm Berblogging ni juga. Siapa lagi kalau bukan si kecil molek Kak Uzu :D 

then 19Sep15 kak uzu dah siapkan Entry untuk yang mana join segmen tadi, dah susun cecantik link dalam satu entry. So senanglah untuk Kami berjalan-jalan ke blog rakan yang lain. Seronok sesangat tau dapat berjalan-2 ke blog orang. awak nak juga? Boleh ke Link "Jom Blogwalking Kat List-List Blog Ni !"

Dalam satu hari sahaja Alja dapat Banyak Manfaat dari entry-2 yang mereka update. Bukan sahaja dapat kenal-2 dengan Rakan-2 yang ada blog ni, malah kita boleh tahu apa yang mereka update. Blogwalking ni bukan takat tambah followers blog je. Yang penting apa yang kita dapat baca tuh yang best :D

Such As, Bancuh Kopi kan kita selalu bancuh dengan Gula pasir halus kaler putuh kan ? tapi semalam Alja blogwalking, terjumpa entry ni yang dia selalu bancuh Kopi guna gula merah and suami dia selalu bancur kopi campur dengan Milo. Wow! Menarikkan? Maybe ada yang dah tahu. Tapi Alja tak tahu, so Alja dapat ilmu baru iaitu pelbagaikan air kopi.

iye lah selama ni makan milo je tahu, kalau 1 tin milo tak sampai sebulan habis. hehehe sebab sedap! hahaha pastuh alja dapat baca entry berkenan "Cara Senang dan Mudah dalam Belajar" wah, bestnya dia share cara mudah belajar. yela biasalah student kan macam Alja ni, buka je Nota lebih, tapi tangan On Lagu, main hp, main wechat apa semua sosial media lah kita buka. belum lagi yang calling-2 tuh. hahaha

see? sangatlah tak istiqamah dalam belajar. Terkadang, dalam kta buat apa-2, Niat nawaitu mesti penting. InsyaAllah Belajar pon mudah dan insyaAllah senang masuk. yang penting solat jangan tinggal. Kita nak berjaya, tapi yang ATAS yang Maha Besar tuh kita tak mau tunduk sujud rendah diri. Redha Ibu bapa, yang penting jangan lawan cakap cikgu. Sedih tengok bebudak sekarang, belakang cikgu pun boleh cakap bebukan. Ada gambar mana yang Alja nampak *tak pasti* ..

situasinya macam ni:"Seorang cikgu sedang mengajar dihadapan menghadapy whiteboard, anak murid tunjuk Jari tengah (pepaham je lah, tak paham lagi bagus) hehe" 
macam mana nak berkat ilmu? kalau cikgu sendiri pon dibuat begitu ? last tapi tak last sebab ni secara overall, kalau citer semua, kena buat Part-2 lah jawabnya Entry ni :p hahahaha. 

Last, dapat belajar cara bebaskan muka dari jerawat. weyyy siapa tak suka tips ni? bagitahu pat! hahaha Minum banyak air kosong yang penting. sebab dia cuci dalaman kita. and air kosongpon boleh turunkan berat badan. tak percaya? CUBA! :D Tidur secukupnya...

hahaha payahnya nak tidur secukupnya, siapa sini senang tidur? haha kekadang paksa juga nak tidur awal, tapi rasa macam nak nagis. terpaksa ambik buku dan baca. hahaha buku sejarah Win :D haha 

tapi seriously sangat best bila blogwalking ni, ni baru sikit, ada lagi 200 blog Alja nak blogwalking. Wow ramai nya. kipidap dongibap, siapa kata dengan berblogging is nothing? awak mmg rugi ! serious talk. memacam kita boleh buat dengan blog sebab itu makin lama makin ramai orang sign up blog :)

TAPI TAPI TAPI YANG TAK BESTNYA BILA BERBLOGGING
apa yang tak best bila berblogging? bagi Alja, benda yang tak best bila nak berblogging ialah awak tak nak letak dan tak ada button comment T_T 

macam mana nak tunjukkan yang kita suka entry awak? macam mana nak komen kalau kita nak tanya? macam-2 dan sebenarnya penting button comment ni. Tanyalah blogger-2 otai. Sebab Button Comment ni kira macam Keep in touch kita dalam Blogger selain chat-2 seperti Chatbox. 

Pada pendapat Alja, awak kena letak Button Comment. hehe Pendapat orang lain macam mana? :)

ok, sampai sini sahaja Alja dapat update, Nak balik kerja. Update entry ni dengan sepantas yang mungkin. hahaha Selamat Hari Raya Aidil Adha. Balik Kampung hati-hati, pandu cermat jiwa selamat, ingat orang tersayang, giteewww . hahaha :D





Bismillah \Mujarab untuk penawar/

Photobucket

Bismillah mujarab untuk penawar ? insyallah , Kalau dengan Izin allah semua nya Bolehh ken ? Mana  lha tahu If alja baca nihh dpd terima apa yang diajar oleh cikgu , alja ken nk F5 so memerlukan usaha yang gigih :)
Entry ini alja Copy Paste Oleh Someone . 


Bismillah 5

Bismillah 5..sungguh mujarab buat penawar..
Ayat ini blh di bc 19x dan tiup pd air..Slps membc Al Fatihah, Ayatul kursi dan selawat..bc ayat ini 19x dan tiup pd air..blh buat penawar, pelembut hati dan penerang hati..insyaAllah


Maksudnya:

1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyanyang.

2. Dengan nama Allah yang menyembuhkan.
3. Dengan nama Allah yang mencukupi.
4. Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan.
5. Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

Khasiat Ayat Ini

1. Penawar bisa
2. Penawar kepada penyakit bisa bisa tulang, bisa bisa badan, bisa batu meroyan.
3. Boleh diubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Nota

Ayat ini telah saya amalkan setiap kali selesai solat. Penghidap gastrik tidak akan kena gastrik selagi mengamalkan ayat ini. Begitu jgk utk penyakit2 yg lain.
Tatacara

1. Membaca dengan satu nafas dgn hati yang khusyuk.
2. Ditiup ditangan atau ditempat yang sakit.
3. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.


anda memerlukan bukti ? Sila lihat Gambar dibawah :) 


Insyallah Dengan Izin Allah Semua pasti Boleh . Try dulu yea awak :)

Credit : mukaBuku